Anda di halaman 1dari 9

EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

1

PENGENALAN
Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui main kerana main
adalah cara paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Main dapat
menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan menggalakkan interaksi
positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan
bakat atau potensi yang pelbagai.
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison,
2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan
anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan
memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah
persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak
yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).
Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa,
guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting
dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini Huraian
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang
pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan
meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara
semula jadi.
Kepentingan aktiviti aktiviti permainan bagi kanak-kanak prasekolah dapat dilihat
berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini
yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal,kognitif, mental, bahasa dan sosio
emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua
aspek perkembangan sebagai landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang
lainnya (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama
kanak-kanak akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar
mengikut pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano &
Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003).
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

2

Terdapat beberapa jenis permainan yang sering dijalankan di prasekolah berdasarkan pengkaji-
pengkaji sebelum ini iaitu permainan imaginatif yang mana dikenali juga dengan simbolik atau
dramatik. Permainan ini adalah bergantung pada objek atau material yang disediakan dan objek
ini akan digunakan sebagai simbol bagi objek sebenar(Marjanovic-Umek & Lesnik-
Musek,2001; Abu Bakar & Rohaty, 1998) dan membantu memperkembangkan kreativiti,
kecerdasan menunjukkan aksi dan kemahiran sosial kanak-kanak (Smilansky & Shefatya,1990;
Smilansky,1979) di samping penguasaan bahasanya (Sophie L.Lovinger 1974).
Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau
yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan
bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh
wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi
peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003;
Johnson,1999).
Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam kelas
prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub kategori
permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan kumpulan
(Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk kepada
permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost, 1992).
Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu
Unoccupied(kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa dan juga sebarang permainan),
Solitary (kanak-kanak bermain seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), observer(
kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain,fokus diberikan kepada
permainan lain), parallel( kanak-kanak bermain bersendirian tetapi dengan cara yang sama
dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang serupa) , associative(
kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain, menggunakan alatan yang sama
tetapi mereka tidak berkongsi) dan permainan Koperatif (Melibatkan permainan yang agak
komplek, berkongsi alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif). Hamzah Dadu ( 1994)
dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada enam kumpulan
dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan, permainan fizikal permainan kreatif,
permainan dramatik, permainan berstruktur dan permainan bebas.
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

3

PERMAINAN YANG DIPILIH
PERMAINAN KAD- PERMAINAN KAD HAPPY FAMILY
Dalam tugasan ini saya memilih permainan kad yang mana permainan ini tergolong dalam
kategori permainan berstruktur. Permainan kad yang saya pilih ialah permainan kad Happy
Family. Permainan ini telah dimainkan oleh kanak-kanak pada tahun 70-an lagi. Saiznya
adalah sebesar daun terup biasa. Tetapi ia merupakan kad-kad gambar yang mempunyai cara-
cara permainan yang tertentu. Kad permainan yang baru dibeli ini telah diberikan wajah baru
tetapi gambar yang terdapat pada kad dan cara bermainnya adalah masih sama. Dalam
permainan ini, beberapa nama keluarga telah diletakkan iaitu keluarga Bone, Plod, Bun, Stone,
tack, weeder,Fillet, Dose dan Daube. Permainan ini boleh dimainkan oleh beberapa orang
pemain. Ia tidak terhad. Cara permainan ini dimainkan adalah seperti berikut:-
Semua kad diagihkan kepada pemain dengan gambar yang ditelangkupkan.
Setiap pemain menyusun kad-kad mengikut keluarga. Satu keluarga mempunyai 4 ahli
sahaja. Keluarga yang cukup ahlinya diletakkan di bawah dan di hadapan pemain.
Pemain di sebelah kiri adalah pemain yang akan mengagihkan kad. Dia akan
memulakan permainan dengan meminta kad dari mana-mana pemain untuk
melengkapkan keluarga kadnya. Jika pemian itu mempunyai kad yang diminta, dia
harus menyerahkannya. Jika dia tidak ada, dia perlu menjawab maaf, saya tidak ada.
Jika ini berlaku, pemain itu mendapat giliran yang seterusnya. Turutan ini diulang
sehingga permainan tamat.
Pemain yang berjaya menggenapkan ahli keluarga kadnya dianggap sebagai
pemenang.
Bagi menyesuaikan permainan ini untuk kanak-kanak pra sekolah saya mengubah
beberapa perkara yang mana sesuai dengan tahap pemikiran dan usia kanak-kanak.
Permainan ini saya ubah dengan menggunakan huruf vocal sebagai menggantikan nama
keluarga. Saya memilih Konsonan a, o, I,e dan u. Setiap kad saya meletakkan satu huruf
konsonan bagi menjadi ahli keluarga huruf vocal tersebut. Perinciannya adalah seperti berikut:
Bagi Keluarga a saya menamakan kad sebagai ba, ca, da dan fa.
Bagi keluarga o saya namakan kad sebagai go, ho, jo dan ko.
Bagi keluarga I saya menamakan kad sebagai li, mi, ni dan pi.
Bagi keluarga e saya menamakan kad sebagai re, se, te dan de.
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

4

Bagi keluarga u pula saya su, tu, bu dan ku.

Peraturan permainan masih lagi sama, namun agak berbeza dari segi keluarga bagi kad
yang dimainkan. Ini adalah untuk memberi pengenalan kepada kanak-kanak tentang
penggunaan huruf vocal, di samping untuk memastikan kanak-kanak dapat membuat
perbezaan huruf vocal dari segi bentuk, bunyi dan juga penggunaannya. Kanak-kanak akan
diedarkan kad. Semua kad diagihkan kepada kanak-kanak dengan posisi kad yang
ditelangkupkan. Setiap pemian akan menyusun kad mengikut huruf vocal. Satu huruf vocal
mempunya 4 ahli sahaja. Keluarga huruf vocal yang cukup ahlinya diletakkan di bawah dan di
hadapan pemain. Pemain disebelah kiri akan memulakan permainan dengan meminta kad dari
mana-mana pemain untuk melengkapkan bilangan ahli keluarga huruf vokalnya. Jika pemain itu
mempunyai kad yang diminta, dia harus menyerahkannya. Jika tidak ada, dia perlu menjawab
maaf saya tidak ada dan pemain itu akan mendapat giliran yang keseterusnya. Turutan ini
akan diulang sehingga permainan tamat. Apabila pemain itu berjaya mengumpul dan
menggenapkan ahli keluarga huruf vokalnya, ia dianggap sebagai pemenang.
Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi dapat membantu mengembangkan
kemahiran social kanak-kanak serta kemahiran kognitif mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak
akan berkomunikasi sesama sendiri serta belajar untuk membuat permintaan yang mana di sini
kanak-kanak dapat memperkembangkan kemahiran mereka berbahasa. Selain itu, kanak juga
boleh berbicara secara sopan yang mana nilai murni juga boleh diterapkan dalam diri kanak-
kanak melalui permainan ini dengan kanak-kanak membuat permintaan secara bersusila serta
menguji tahap kesabaran yang tinggi semasa menunggu giliran. Kanak-kanak yang memainkan
permainan ini haruslah didedahkan dahulu dengan huruf vocal dan juga huruf konsonan agar
kanak-kanak dapat belajar dan juga sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran mereka.
Melalui permainan ini juga guru boleh membuat penilaian terhadap kanak-kanak
semasa mereka melakukan aktiviti. Guru boleh menilai perkembangan bahasa dan
perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak akan belajar berfikir dan memasang strategi
ketika bermain permainan ini agar keluarga huruf vokalnya akan dapat dikumpul dan
seterusnya menjadi pemenang. Disamping itu kanak-kanak akan belajar mengeja sukukata
yang terdapat pada kad agar proses pengumpulan kad mereka betul mengikut keluarga
masing-masing.
Gambar permainan ini yang asal dan yang telah diubah suai adalah seperti lampiran.
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

5

PERMAINAN FIZIKAL PERMAINAN BOLING
Permainan yang kedua yang saya pilih adalah permainan fizikal. Permainan fizikal ialah yang
melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti fizikal. Permainan fizikal melibatkan
pergerakakkan menendang, membaling, menangkap memanjat, memusing dan sebagainya.
Permainan ini dapat meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Permainan melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang
badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan
bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak
meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan
boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan
sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg,
2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
Permainan fizikal yang saya pilih adalah permainan bowling. Permainan ini juga
dikategorikan sebagai permainan mengacu. Permainan bowling untuk kanak-kanak boleh
didapati di pasaraya atau juga kedai menjual alatan permainan kanak-kanak. Material yang
digunakan adalah daripada material plastic. Material yang digunakan juga amat bersesuaian
dengan fizikal kanak-kanak yang mana mempunyai bentuk fizikal dan tubuh badan yang kecil.
Alatannya juga ringan dan sesuai untuk kanak-kanak bermain. Dalam satu set permainan boling
terdapat sebiji bola yang mempunyai lekukan untuk diletakkan jari. Lekukan ini adalah bertujuan
untuk memudahkan kanak-kanak memegangnya dengan kemas dan mengelakkan bola ini
terjatuh sebelum lontaran dilakukan. Di samping sebiji bola, terdapat 10 pin boling yang mana
mempunyai pelbagai warna yang menarik dan dengan menggunakan pelbagai warna ini dapat
menarik minat kanak-kanak yang memang sukakan warna-warna yang pelbagai.
Cara memainkannya adalah, pin bowling diletakkan di satu sudut yang mempunyai satu
jarak yang sesuai lebih kurang 2 meter. Kanak-kanak akan melakukan lontaran bola untuk
menjatuhkan pin boling tersebut. Pemain yang paling banyak menjatuhkan pin bowling dikira
sebagai pemenang.
Permaianan ini bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal yang mana berlaku aktiviti
lontaran tetapi juga melibat kognitif iaitu macam mana mahu menjatuhkan kesemua pin dalam
setiap balingan. Melaui permainan kanak-kanak akan belajar menumpukan perhatian secara
focus dan berfikir secara aktif bagaimana untuk mengkordinasikan tangan dan deria
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

6

penglihatan mereka agar lontaran yang dibuat akan mengena sasaran dan tidak melencong ke
arah lain. Permainan ini juga memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, dimana kanak-kanak
akan cuba untuk menjatuhkan kesemua pin walaupun ia perlu dilakukan berulangkali.
Bagi menyesuaikan permainan ini untuk pembelajaran kanak-kanak pra sekolah agar
permainan mereka selaras dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka, sedikit
perubahan saya lakukan agar bersesuaian. Permainan ini saya gelar baling dan sebut. Dengan
menggunakan pin boling yang sama tetapi saya lakukan sedikit pengubahsian yang mana saya
lekatkan kad huruf pada setiap pin boling tersebut.
Cara memainkan juga adalah sama tetapi jika permainan asal boling, bilangan pin paling
banyak jatuh dikira pemenang. Tetapi dalam permainan baling dan sebut ini pemenang tiada.
Permainan ini hanyalah untuk keseronokkan dan juga untuk meningkatkan dan
memperkukuhkan pengetahuan kanak-kanak tentang huruf konsonan dan juga huruf vocal.
Kanak-kanak akan membuat lontaran. Setelah membuat lontaran, pin yang jatuh akan diangkat
dan ditunjukkan kepada kanak-kanak oleh guru. Kanak-kanak yang membuat lontaran akan
menyebut nama huruf yang terdapat pada pin boling tersebut. Jika kanak-kanak tidak dapat
menyebut kerana tidak mengenali huruf yang ditunjukkan, kanak-kanak itu tersingkir dari
permainan. Manakala jika kanak-kanak boleh menyebut dengan baik dan betul kanak-kanak itu
berpeluang untuk bermaian pada pusingan seterusnya. Jika kesemua kanak-kanak yang
bermain dapat mengenal dan menyebut dengan betul huruf-huruf itu, guru bolehlah mengubah
dengan setiap jatuhan pin, kanak-kanak perlu membina perkataan mudah yang mempunyai
KVKV.
Di sini melaui permainan ini guru dapat membuat penilain terhadap kanak-kanak tentang
penguasaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak dapat
menyebut huruf, itu bermakna kanak-kanak masih belum menguasai pengajaran yang guru
lakukan dan boleh menjalankan aktiviti pemulihan kepada kanak-kanak. Namun begitu jika
kesemua kanak-kanak dapat menguasainya, bermakna guru bolehlah meneruskan pengajaran
mereka dengan kemahiran yang lebih tinggi.
Walaupun permainan ini melibatkan aktiviti fizikal kanak-knak iaitu tangan dan kaki
namun begitu melaui permainan ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek
social yang mana kanak-kanak akan bergaul mesra dengan rakan-rakan lain dalam permainan
ini. Disamping itu juga perkembangan bahasa kanak-kanak juga akan berlaku bilamana kanak-
kanak menyebut huruf dan perkataan yang dibinanya. Dari aspek emosi kanak-kanak akan
EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

7

belajar bersabar dan gigih dalam mencapai apa yang diingininya. Kanak-kanak akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh agar dapat peluang bermain lagi.
Walaupun permainan ini menyeronokkan, namun aspek keselamatan perlu diambil kira
oleh para guru. Permainan ini perlulah dijalankan di tempat terbuka dan luas untuk
mengelakkan kanak-kanak tercedera semasa bermain. Peluang haruslah diberikan sama rata
kepada semua kanak-kanak. Tiada pengecualian. Dengan memberi peluang kepada semua
kanak-kanak, guru dapat membantu kanak-kanak yang mungkin mempunyai masalah kendiri
yang lemah boleh ditingkatkan dengan penglibatan dalam permainan ini. Disiplin amat penting
dalam menjalankan aktiviti ini agar kanak-kanak tidak berebut dan tidak berlaku pergaduhan.
Permainan ini bukan sahaja memberi keseronokkan dan kegembiraan kepada kanak-
kanak tetapi juga dapat meningkatkan kerjasama diantara mereka dismping dapat
meningkatkan tahap kemahiran psikomotor , kognitif serta tahap kecekapan dan ketangkasan
individu kanak-kanak tersebut. Selain itu kanak kanak dapat meningkatkan kecerdasan tubuh
badan kerana permainan ini melibatkan kordinasi seluruh anggota tubuh badan. Kanak-kanak
juga dapat menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi membolehkan mereka
meneruskan permainan. Sebagai guru yang kreatif, pendekatan seperti ini dapat membantu
kanak-kanak bukan sahaja dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran mereka tetapi juga
dari sudut sosio-emosi, fizikal dan juga mental kanak-kanak.
Gambar permainan ini yang asal dan yang telah diubah suai adalah seperti lampiran.









EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

8

KESIMPULAN
Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak, ibu bapa,
guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting
dalam usaha agar kanak-akank ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini, Huraian
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang
pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan
meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara
semulajadi.
Kesimpulanya walaupun main merupakan satu konsep yang sukar untuk ditakrifkan,
tetapi ia mudah dikenalpasti. Kanak-kanak biasanya bermain secara individu, berpasangan dan
kumpulan kecil atau besar. Memandangkan main berkaitrapat dengan perkembangan kognitif,
sosioemosi dan fizikal, ia merupakan satu komponen dala program pendidikan kanak-kanak
khasnya dan pendidikan amnya. Oleh itu, membina pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, guru perlu kreatif dan inovatif dalam menyesuaikan sesuatu permainan untuk
diaplikasikan dalam aktiviti pengalajaran dan pembelajaran.











EPB 3143: CHILDREN, TOYS AND PLAY 2013

9


RUJUKAN
Jalongo,M.R., & Isenberg, J. P.(1997) Creative Expression and Play in Early Childhood.(2nd
Ed.) New Jersey: Merill.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Piaget, J.(1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York : Nortan
Spodek, B (1985).Teaching in early years, (3rd Ed). New Jersey: Prentice Hall.
http://www.slideshare.net/neverletitrest/permainan-kanak-kanak-972003
http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/aktiviti-bermain-dalam-dunia-si-kecil-1.37189

Anda mungkin juga menyukai