Anda di halaman 1dari 5

BUDAYA TRADISIONAL MELAYU

TENG TENG
PENGENALAN
Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan
sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin
disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang
banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Kajian membincangkan sejarah dan asal usul teng-teng, dan menemui


2 teori: dikatakan berasal dari Rom atau China Purba. Faktor kurangnya
penglibatan dan minat kanak-kanak terhadap permainan ini juga dikenalpasti
seperti skop permainan yang lebih sesuai dengan kanak-kanak, kemunculan
permainan digital, kurang pendedahan, faktor keselamatan dan sifat permainan
itu sendiri.

GUNDU DAN GELANGGANG


Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan
petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu.
Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak
gelanggang.
LATAR BELAKANG
Wujud 1 teori tidak kukuh yang menyatakan Hopscotch atau Teng-teng dicipta

olehaskar Rom bagi melatih askar-askar mereka. Dikatakan gelanggang latihan

bersaizkira-kira 100 kaki, dan askar Rom berlatih di gelanggang tersebut dengan

memakaiperisai penuh bagi melatih kekuatan fizikal, kelincahan dan mental. Jika

diamati,ianya mirip kepada sesi latihan ragbi Amerika masa kini. (Whiteman,

2005), (Taylor,2011). Kanak-kanak pada ketika itu meniru sesi latihan mereka

dengan skala yanglebih kecil, dan melompat pada petak-petak tertentu,

sehinggalah berevolusi menjadipermainan Hopscotch atau Teng-teng yang kita

kenali kini.Teori kedua menyatakan permainan ini berasal dari China, dan ianya

lebih miripkepada Teng-teng moden. Batu yang digunakan merupakan simbolik

“nyawa”pemain.

Petak permulaan dipanggil Earth dan petak terakhir dipanggil Heaven.Permainan

mereka ini melambangkan simbolik perjalanan kehidupan dari alam hidup(Bumi)

hingga ke syurga (Heaven), (History of Hopscotch, 2012), (Tai Holidays,2011)

Masyarakat Malaysia umumnya beranggapan bahawa permainan Teng-

teng ini berasal dari Melayu dan Nusantara. Justeru wujud percanggahan fakta

yangmungkin ramai yang tidak menyedari hakikat dan fakta sebenar.

FAKTOR KESELAMATAN

Faktor keselamatan kanak-kanak sewaktu bermain di luar rumah. Lokasikediaman

masyarakat di bandar mungkin tidak sesuai dengan permainan ini.Tambahan pula

dengan peningkatan kadar jenayah dan kes-kespemerdagangan manusia


CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi
dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke


dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku
dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam
petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan
mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu


kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain,
pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki
mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak


kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri
mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga
menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama.
Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak
pertama dan terus ke garisan penamat.

MEMBINA RUMAH
Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh
membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh
pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah
ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena
garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak
dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan
berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa
memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
PEMENANG
Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.

MATI / HILANG GILIRAN


Pemain dikira mati (giliran) jika :

> Buah yang dilontar terkena garisan petak

> Kaki terpijak garisan petak

> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya

> Pemain menukar kaki sewaktu giliran

> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak
sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan

> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D

> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya

> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.


KESIMPULAN
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang

kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat

menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka . Contohnya

permainan teng – teng.

Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka

semasa melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan

ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran

yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat

hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri

masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat

mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai

yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi

ini.

Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan

zaman. Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan

oleh nenek moyang kita terdahulu dan aset penting dalam kehidupan kita.

SEKIAN,TERIMA KASIH

NAMA: MUHAMMAD AHNAF MUQRI BIN ROZIMI

KELAS: 2A3

Anda mungkin juga menyukai