Anda di halaman 1dari 3

Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa

negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya apabila
pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun
pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Selain pelapah pinang, pelepah kelapa juga digunakan.

1. Dimainkan oleh dua orang atau lebih.


2. Seorang menjadi tukang tarik, seorang atau lebih duduk di atas upih.( bergantung kepada
saiz upih)
3. Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik
peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar
peranan.
4. Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap
sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan
permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti
5. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.

1. Seorang peserta akan menjadi penarik, seorang atau dua akan duduk atas upih.
2. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.
3. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih
sebelum sampai ke garisan penamat.
4. Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandingan
5. Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari
pertandingan.
6. Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan.
7. Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan.
8. Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan

Alatan[sunting | sunting sumber]


Getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan
berlangsung

1. Tentukan giliran, guna kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika
tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som.
2. "Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli
pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
3. Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada PARAS TAPAK KAKI. Semua yang
melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game".Pemain tidak boleh
menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.
4. PADA PARAS LUTUT. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah
5. PARAS PAHA. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua
pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.
6. PARAS PINGGANG. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.(ikut persetujuan)
7. PARAS DADA.(Boleh kena tali)
8. PARAS TELINGA. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata
dan muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan)
9. PARAS KEPALA.
10. SEJENGKAL DARI ATAS KEPALA. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua
pasukan.
11. Giant,(Bahasa Kelantan) atau merdeka (Bahasa indonesia), Tangan harus ditegakkan ke
atas kepala, untuk lebih mencabar,,
12. Huruf Z ( Permain harus melepasi ini,ketinggian di paras pinggang)
13. Huruf C ( Permain harus bijak melompak jauh , sebelum tali dilepaskan, di paras pinggang
juga)
14. Melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada
paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong
membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua
pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.
Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan
getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.
Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika
demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang
akan memulakan permainan apabila tiba giliran.

Anda mungkin juga menyukai