Anda di halaman 1dari 23

Permainan tradisional

Anggota, Pearl Fidelis Jessica Vincent Mohd Eswadie Ahmad Tharmizi Roslan Ramli

En Raymie A. Bakar Pensyarah Pembimbing PJM 3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & sukan

Permainan tradisional merupakan suatu khazanah bangsa yang amat bernilai sekali.

Kewujudannya memperlihatkan betapa manusia mempunyai daya cipta, daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Permainan tradisional telah dimainkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Lantaran itu, memandangkan pemainan tradisional mempunyai nilai yang tinggi, uasaha-usaha un tuk mengekalkan agar tidak hilang ditelan zaman perlulah dilipatgandakan.

PENGENALAN PERMAINAN
Di Pulau Pinang permainan Aci Sep ( Safe) dipanggil Aci Lup Sep, manakala di daerah tertentu seperti Perak dan Kedah, permainan ini dinamakan Aci Sep atau Aci Cup. Walaupun panggilannya berbeza, cara permainan ini agak sama, seperti juga dengan permainan Aci atau Tur seperti yang dipanggil di Terengganu dan Kelantan. Tujuannya adalah untuk menguji kepantasan Pengejar menyentuh peman-pemain lain. Permainan ini sesuai dimainkan pada waktu petang.

TEMPAT

Kawasan lapang seperti halaman rumah atau padang. Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.

PERALATAN

Tiada peralatan diperlukan kecuali penanda untuk menandakan kawasan permainan.

PEMAIN

Bilangan pemain tidak dihadkan tetapi sebaiksebaiknya jumlah pemain melebihi enam orang.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
1 Sebelum permainan dijalankan, undian hendaklah dilakukan bagi menentukan Pengejar Pertama.

Setelah pengejar dipilih, pemain-pemain lain perlu berada jauh sedikit daripada kedudukan Pengejar.

Permainan bolehlah dimulakan setelah semua ahli bersedia untuk bermain.

Pengejar dikehendaki mengejar dan cuba menyentuh pemain lain dengan tujuan untuk menggantikannya sebagai pengejar.

Sambungan

Pemain yang dikejar dengan seberapa daya cuba mengelakkan diri daripada disentuh oleh Pengejar.

Untuk mengelakkan diri, pemain kyang keletihan dikejar dibolehkan berehat dengan berkata cup dan dia dikehendaki duduk bercangkung.

Pemain yang cup boleh bermain semula setelah disep (disentuh) oleh pemain lain yang masih hidup, ( iaitu dia masih belum disentuh Pengejar)

Pemain yang disentuh oleh Pengejar akan menjadi Pengejar pula. Permainan akan berjalan seperti biasa dengan Pengejar yang baharu.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN
Pengejar hanya perlu menyentuh seorang pemain sahaja untuk menggantikannya menjadi pengejar yang baharu. 1

Permainan akan terus berjalan dengan cara yang sama. Walaupun mempunyai Pengejar yang baharu, Pengejar yang lama akan kembali menjadi pemain biasa (pemain yang dikejar). Pemain yang keletihan apabila dikejar oleh Pengejar merehatkan diri atau menyelamatkan diri dengan cara duduk dan mengucapkan perkataan cup Pemain yang cup tidak boleh mengubah tempat duduknya dan bermain semula apabila disentuh olah Pengejar, pemain ini dikira mati.

SAMBUNGAN.

Pemain yang mati boleh bermain semula sekiranya dia disentuh oleh pemain yang lain (pemain yang hidup). Cara ini dinamakan sep
Sekiranya semua pemain telah mati atau cup, Pengejar perlu mencari satu kedudukan yang membilehkan dia nampak pemain-pemain yang sedang bercangkung. Pengejar akan membilang 1,2,3 sambil tumpuan matanya ke arah semua pemain. Pemain yang terakhir bangun berdiri akan bertukar peranan menjadi Pengejar yang baharu. Permainan diteruskan seperti biasa dengan Pengejar yang baharu

Permainan boleh ditamatkan atas persetujuan semua pemain.

10

Foto 1 Pengejar cuba mengejar dan menyentuh pemain yang lain.

Foto 2 Pemain boleh berehat dengan berkata cup.

Foto 3 Selepas berkata cup pemain dikehendaki duduk bercangkung.

Foto 4 Sekiranya semua pemain mati atau cup Pengejar akan membilang 1 hingga 3 bagi menentukan Pengejar baharu.

PENGENALAN PERMAINAN
menguji ketahanan pemain yang menjadi kandang atau pagar. menguji kepintaran Kambing untuk mengelakkan diri daripada dimakan oleh pemain yang menjadi Harimau dan memperlihatkan bagaimana helah Harimau untuk menangkap Kambing.

TEMPAT

Kawasan lapang seperti halaman rumah atau padang. Kawasan permainan hendaklah ditanda atau dihadkan.

PERALATAN

Tiada peralatan diperlukan dalam permainan ini.

PEMAIN

Bilangan pemain tidak dihadkan.

LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
1 Undian perlu dilakukan untuk membuat pemilihan pemain yang akan menjadi Kambing dan Harimau.

Setelah undian dilakukan,pemain yang tidak terpilih menjadi harimau atau Kambing dikehendaki merangkai tangan untuk membentuk bulatan.

Bulatan yang dibina disebut sebagai pagar atau kandang. Dalam permainan ini, pemain yang menbentuk pagar tidak boleh melepaskan rangkaian tangan. Sebelum permainan dimulakan,pemain yang menjadi Kambing hendaklah berada di dalam kawasan pagar. Pemain yang menjadi Harimau pula perlu berada di luar kawasan pagar.

Sambungan

Apabila permainan dimulakan, pemain yang menjadi Harimau perlu mencari helah untuk menangkap pemain yang pemain yang menjadi Kambing.

Pemain yang menjadi kambing akan cuba mengelakkan dirinya daripada ditangkap oleh pemain yang menjadi Harimau.

Pemain yang menjadi pagar akan bertindak untuk membantu pemain yang menjadi Kambing dan menghalang pemain yang menjadi Harimau daripada menangkap pemain yang menjadi Kambing.

Sambungan

Sekiranya pemain yang menjadi Kambing berjaya ditangkap oleh pemain yang menjadi Harimau, undina semula perlu dilakukan untuk memilih pemain yang akan menjadi Harimau dan Kambing yang baru .

Permainan yang diulang semula, perlu melalui car. Permainan yang sama.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN
Terdapat tiga peranan pemain dalam permainan ini. Seorang pemain akan menjadi Kambing, seorang lagi menjadi Harimau dan lainlainnya menjadi pagar. Pemain-pemain boleh juga memilih lebih daripada seorang untuk menjadi Kambing dan Harimau. 1

Pemilihan pemain yang menjadi Harimau dan kambing dilakukan secara undian.

Pemain yang menjadi pagar akan merangkaikan tangan antara satu sama lain dengan tujuan untuk mengawal dan menghalang kambing daripada ditangkap oleh Harimau.

Pemain yang menjadi pagar juga dibenarkan beridiri atau duduk untuk menghalang Harimau masuk ke dalam kandang.

Harimau dibenarkan melompat,menyorok atau merempuh pagar yang dibina dengan tujuan untuk masuk ke dalam kandang dan menagkap Kambing.

Kambing boleh bebas keluar dan masuk kandang untuk menyelamatkan diri daripada oleh Harimau.

Sekiranya Harimau berjaya menangkap Kambing, permainan dikira tamat. Undian untuk memilih Kambing dan Harimau baru bolehlah dilakukan.

Foto 1 Dua orang pemain mengundi menentukan Kambing dan Harimau.

Foto 2 Pemain-pemain kecuali Harimau dan Kambing akan merangkai tangan membentuk bulatan.

Foto 4 Harimau mencari helah untuk menangkap Kambing yang berada di dalam pagar.

Foto 3 Pemain yang menjadi Kambing berada di dalam pagar pada awal permainan.

Foto 5 Kambing dan Harimau berkejaran antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai