Anda di halaman 1dari 8

DATUK HARIMAU

PERMAINAN TRADISIONAL

AHLI KUMPULAN : MIRA MAISARAH BINTI MOHAMMAD SAFRI (08DPM23F1054)


NUR SALSABILA BINTI MOHD FARID (08DEP23F1028)
PENGENALAN
• Permainan Datuk Harimau atau Tuk Harimau masih lagi dimainkan dan
popular sehingga sekarang. Permainan ini boleh menghiburkan dan sesuai
dijadikan sebagai salah satu permainan kecil dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-
kanak tak kira lelaki atau perempuan. Permainan ini juga bertujuan untuk
menguji pemain supaya bertindak dengan pantas. Seperti kebanyakan
permainan kanak-kanak yang lain, permainan ini tidak memerlukan sebarang
alatan. Datuk Harimau ini hampir sama dengan permainan A.E.I.O.U
KAWASAN PERMAINAN
• Datuk Harimau sesuai dimainkan di halaman rumah atau di kawasan yang
lapang.
BILANGAN PEMAIN
• Jumlah pemain tidak dihadkan. Namun begitu perlu bersesuaian dengan
keluasan tempat permainan supaya permainan ini jadi lebih menarik. Datuk
Harimau boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan.
PERATURAN PEMAINAN
• Pemain mestilah berada dalam kawasan yang telah ditetapkan pemain yang
disentuh atau ditangkap akan mengantikan tempat Datuk Harimau.
• Masa adalah tidak terhad
Cara menentukan pemenang
• Pelajar yang menjadi datuk harimau perlu menangkap anak ayam dari yang
paling belakang.
LANGKAH –LANGKAH PERMAINAN
• Andaikan terdapat 11 orang pemain. Undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau. Cara undian yang
dicadangkan untuk dilakukan ialah dengan mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Kemudian, cabutan akan dibuat satu per
satu oleh setiap pemain. Seterusnya, pemain yang mendapat batang kemuncup paling pendek akan menjadi Datuk Harimau.

• Datuk Harimau akan berjalan perlahan-lahan ke hadapan. Biasanya pemain ini berjalan setapak demi setapak. Pemain-pemain lain mengekorinya
dari belakang.

• 10 pemain lain perlulah berhati-hati semasa mengikuti Datuk Harimau.

• Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan bertanya kepada Datuk Harimau, "Tuk.....tuk.....tuk pukul berapa Datuk Harimau...?

• Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab "Pukul 1.00...!" Pemain-pemain lain akan terus bertanya sehinggalah Datuk Harimau
menjawab "Pukul 12.00." Sekali-sekala datuk harimau akan mengacah atau mengacau pemain-pemain. Selalunya pemain-pemain akan terkejut.

• Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab "Pukul 12.00," Datuk Harimau akan mengejar pemain. Pemain-pemain segera berlari melepasi garisan
kawasan selamat.

• Mana-mana pemain yang berjaya ditangkap oleh Datuk Harimau akan menjadi Datuk Harimau pula. Pemainan akan dijalankan dari mula oleh
Datuk Harimau yang baru. Jika Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain, maka permainan diulang semula.

• Permainan boleh diberhentikan atas persetujuan semua pemain.


THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai