Anda di halaman 1dari 9

Pepsi Cola 1, 2, 3

Oleh: 5 PISMP BC/PJ/RBT_2

Permainan Tradisional

Chua Li Hui, Lee Boon Hao, Lee Hoei Yee, Lim Jia Sheng, Lim Mei Yuan, Tan Sew Lim, Wong Kang Wen

Apa itu Pepsi Cola 1, 2, 3?


Permainan ini merupakan sejenis permainan tradisional yang disukai kanakkanak dan ia merupakan sejenis permainan tradisional yang senang dimainkan. Permainan ini tidak memerlukan apa-apa alatan dan pemain hanya perlu cuba sedaya upaya menggalahkan kawan-kawannya dengan memijak kasut atau kaki mereka. Biasanya permainan ini dimainkan dalam 4 6 orang. Siapa yang berjaya menggalahkan semua orang maka dia akan menjadi pemenang. Semasa permainan ini dijalankan, semua pemain harus berhati-hati supaya tidak mencederakan mana-mana pihak.

Cara Bermain
1. Dimainkan secara berkumpulan. 2. Semua pemain membentuk bulatan dan menyebut Pepsi-Cola bersama-sama. Kemudian masing-masing melompat setapak ke belakang. 3. Menentukan giliran pemain dengan menyebut Pepsi Cola Nombor 1, Pepsi Cola Nombor 2 dan seterusnya mengikut giliran arah pusingan jam. 4. Pemain Pepsi Cola Nombor 1 akan memulakan permainan dengan bergerak satu langkah.

5. Pemain yang mendapat giliran pertama akan cuba memijak kaki mana-mana pemain. Pemain akan menyebut Pepsi-Cola 1, 2, 3 apabila hendak memijak kaki mana-mana pemain.

6. Jika terkena pijakan atau dipijak kakinya, pemain itu akan terkeluar daripada permainan tersebut.

Peraturan Permainan
1. Setiap opsyen menghantar 1 kumpulan (6 orang) untuk bermain bagi pusingan pertama. 2. Seterusnya, pemenang bagi setiap opsyen dalam pusingan pertama akan terus memasuki pusingan akhir untuk menentukan pemenang keseluruhan. 3. Semasa bermain, pemain hanya dibenarkan bergerak satu langkah sahaja. 4. Setelah melangkah, pemain harus kekal pada posisinya. Sekiranya pemain menggerakkan langkah, maka dikira batal dan dikeluarkan dari permainan.

5. Apabila tiba giliran anda untuk bergerak, anda boleh memilih untuk memijak kaki pemain yang lain ataupun melangkah ke belakang untuk melindungi diri sendiri. 6. Sesiapa yang terkeluar dari kawasan permainan juga dikira batal dan dikeluarkan dari permainan.

Cara Menentu Pemenang


1. Setiap opsyen akan bertanding sesama opsyen sendiri. Kemudian, pemenang bagi setiap opsyen akan bertanding antara satu sama lain dalam pusingan akhir. 2. Peserta yang pertama dikalahkan dalam pusingan akhir ini akan mendapat 2 markah, dan markah dikira seperti berikut: - peserta yang pertama kalah : mendapat 2 markah - peserta yang kedua kalah : mendapat 4 markah - peserta yang ketiga kalah : mendapat 6 markah - peserta yang keempat kalah : mendapat 8 markah - peserta yang kelima kalah : mendapat 10 markah - peserta yang terakhir (pemenang): mendapat 12 markah

3. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan menjadi pemenang permainan. 4. Sekiranya berlakunya tidak dapat menentukan pemenang, misalnya keduadua peserta yang terakhir masing-masing mampu mengelak serangan satu sama lain, maka keluasan kawasan bertanding akan dikecilkan. 5. Jika tidak dapat menentukan pemenang lagi, pemenang akan ditentukan berdasarkan Wan to som.

Sekian, Terima Kasih :D

Anda mungkin juga menyukai