Anda di halaman 1dari 1

CARA PERMAINAN GULI

1. Setiap saringan akan dimainkan oleh 8 orang peserta.


2. Permainan ini dimainkan secara individu.
3. Permainan dilansungkan dalam 6 pusingan.
4. Setiap pemain hanya dibekalkan dengan 10 biji guli.
5. Pemain akan memasukkan 5 biji guli taruhan ke dalam lubang yang telah dilukis.
6. Baki 5 biji guli akan digunakan oleh pemain untuk bermain.
7. Giliran pemain ditentukan dengan balingan dadu.
8. Pemain yang dapat jumlah yang banyak dikira sebagai pemain pertama memulakan
permainan dan diikuti dengan pemain kedua dan seterusnya.
9. Pemain pertama akan melontarkan gulinya (satu buji guli sahaja) dan disasarkan ke
arah guli taruhan yang berada dalam bulatan.
10. Kedudukan pemain tidak boleh melebihi garisan permulaan yang telah ditandakan
(jarak 2 meter dari garisan bulatan permainan).
11. Guli taruhan yang keluar dari bulatan akan menjadi hak milik pemain tersebut.
12. Guli yang masuk dalam lubang induk tidak boleh diambil.
13. Sekiranya lontran tidak mengena, pemain tersebut dikira mati dan pemain kedua
akan membuat lontaran dan begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai
membuat lontaran ke atas guli taruhan.
14. Permainan akan diteruskan sehingga selesai pusingan keenam. Jika pemain telah
kehabisan guli sebelum selesai pusingan, pemain dikira mati.
15. Pemain akan mengira jumlah guli masing-masing.
16. Pemain yang mempunyai guli terbanyak dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai