Anda di halaman 1dari 5

3.

0 PERMAINAN MATEMATIK
3.1 Membina Nombor Terbesar 3.1.1 Bahan-bahan Dalam Permainan a) 4 set kad angka yang berlainan warna. Contohnya :

0 0 0 0
b) Kad nilai tempat.

9 9 9 9
Kad nombor ini bermula dengan 0 hingga 9.

Kad nilai tempat digunakan murid sebagai ruang untuk mereka membina nombor yang sesuai dengan kad nombor yang diperoleh.

3.1.2 Prosedur Permainan a) Jumlah pemain : 2 hingga 4 orang untuk satu set permainan. b) Setiap pemain akan diberikan kad nilai tempat untuk mereka membina satu nombor bulat yang sesuai. c) Kad-kad nombor yang diberikan tadi akan dikocok terlbih dahulu supaya kad-kad tersebut bercampur dan tidak tersusun supaya dapat mengelirukan pemain. d) Kad yang telah dikocok akan diletakkan di tengah-tengah kawasan permainan. e) Pemain pertama akan mengambil sekeping kad yang paling atas dan dibukakan kad tersebut Kad pertama yang dibuka ini adalah wajib untuk digunakan oleh setiap pemain untuk ditulis di dalam mana-mana petak kosong pada kad nilai tempat. (Langkah ini wajib untuk pemain pertama lakukan pada setiap pusingan baru.) f) Kemudiannya pemain pertama tadi akan mengambil satu lagi kad nombor dan kemudiannya dituliskan pada kad nilai tempat. Langkah ini dilaksanakan mengikut giliran sehingga penuh tempat kosong pada kad nilai tempat. Contohnya : Kad yang untuk

9 8 1

9 8 9 8 9 1

wajib

semua pemain.

Nombor 8 dan 1 yang ditullis ini berdasarkan giliran d kedua dan untuk ketiga setiap

pusingan.

g) Selesai membentuk satu nombor bulat yang bermakna oleh semua pemain yang terlibat, maka tamatlah permainan untuk pusingan tersebut. Pemain yang membentuk nombor paling besar adalah pemenang untuk setiap pusingan permainan. h) Sekiranya kad angka habis digunakan, maka kad-kad yang telah dibuka tadi bolehlah dikocok semula dan dan digunakan bagi menyambung permainan. i) Permainan ini juga boleh diubahsuai untuk membina nombor : a. 2 nilai tempat b. 3 nilai tempat c. Asas nombor perpuluhan

3.2

Membentuk Arca 2D 3.2.1 Bahan-bahan dalam Permainan a) 4 kotak yang berlainan warna.

b)

Bentuk-bentuk asas dalam Matematik (2D).

c)

Kad manila bewarna.

3.2.2

Prosedur Permainan

a) Murid akan dibahagikan kepada empat kumpulan. b) Setiap kumpulan akan diberikan set kad bewarna berdasarkan kotak-kotan yang telah disediakan.

Di dalam set kad bewarna ini, setiap set yang disediakan adalah berbeza mengikut susunan nombor yang tertera pada kad yang diberi. Contohnya :

1 1

2 2

3 3

4 4

Contoh

set

kad

yang

disediakan.

c) Berdasarkan urutan nombor pada set kad tersebut, setiap kumpulan haruslah mengambil satu bentuk yang terdapat di dalam kotak berpandukan warna kad. ( Bentuk yang terdapat di dalam setiap kotam adalah bercampur ) d) Untuk bergerak mengikut turutan setiap kumpulan haruslah menghantar wakil yang berbeza untuk mengambil satu bentu\k sahaja dari setiap kotak sebelum bergerak ke kotak lain. e) Bentuk yang dipilih haruslah membentuk satu arca 2D pada kad manila yang disediakan. f) Antara bentuk yang boleh diberikan pilihan pada murid ialah rumah atau bangunan, kenderaan, atau robot. Kumpulan tersebut dikehendaki untuk memberikan nama yang sesuai untuk bentuk yang disiapkan. g) Markah yang lebih akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai kreativiti untuk menghias atau mencantikkan hasil kerja mereka dengan menambah lukisan-lukisan atau corak yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai