Anda di halaman 1dari 7

CATUR OPERASI 1) Bahan : papan Catur Operasi, kad arahan, penanda (token), kertas kosong, pensel.

2) Masa : Terpulang pada guru atau pemain. 3) Pengetahuan sedia ada murid: murid telah mempelajari dan menguasai kemahiran asas penambahan, dan penolokan 1digit dengan 2digit.

Memandangkan permainan tersebut adalah untuk digunakan pada murid tahun tiga, maka dalam penciptaan papan catur tersebut, saya memasukan elemen kartun yang diminati oleh kanak-kanak pada masa kini iaitu angry bird. Menurut Rubin, Fein, Vandenberg dan Smilansky kanak-kanak melakukan peran imajinatif memainkan tokoh yang dikenalnya melalui film kartun atau dongeng (Laura E. Berk,1994). Untuk bermain permainan ini, papan catur tersebut boleh dihasilkan dengan menggunakan polistrin. Kepelbagaian warna dimasukan pada kotak-kotak supaya murid tidak keliru, dan tidak cuba melakukan penipuan dengan mengubah kedudukan penanda (token).

Gambar 1: Papan catur operasi


1

Di setiap kotak, saya memasukkan nombor dalam gandaan 10 kerana isi pelajaran yang hendak saya sampaikan adalah melibatkan jumlah hingga 1000. Guruguru boleh menukar nombor-nombor tersebut mengikut objektif yang hendak dicapai dalam pembelajaran tersebut. Warna latar belakang yang berwarna putih dimasukan supaya murid dapat melihat dengan jelas dan mudah memberi tumpuan semasa bermain. Dalam permainan catur tersebut, saya menggunakan kad arahan (seperti gambar dibawah) sebagai syarat mengerakan penanda (token).

Dalam kad arahan ini mempunyai nilai antara 1 hingga 10 dan berwarna hitam dan merah. Warna-warna tersebut memainkan peranan penting dalam permainan ini.

Kad-kad ini lah yang menjadi isi pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan. Jika objektif pengajaran adalah menyesaikan masalah harian, guru hanya perlu menukar soalan pada kad arahan dengan memasukan soalansoalan masalah harian dan mengubah sedikit peraturan permainan. Permainan ini boleh dimainkan seberapa banyak pemain, walau bagaimanapun saya mencadangkan agar bilangan pemain adalah diantara 2 hingga 4 orang. Setiap pemain akan memilih penanda (token). Token yang saya sediakan adalah token berbentuk kereta kebal mainan.

Gambar 2: token berbentuk kereta kebal mainan Tujuan saya memilih token tersebut dalam permainan ini adalah untuk menarik minat kanak-kanak dan menambahkan lagi keseronokan bermain. Walau bagaimanapun guru boleh memilih atau mencipta penanda yang lain.

Cara bermain Catur Operasi. 1) Murid membentuk beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 2 hingga 4 orang murid. 2) Setiap murid memilih penanda (token). 3) Setiap kumpulan diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya. 4) Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada papan catur. (kad diletakkan pada bentuk awan hijau dan awan biru) 5) Giliran bermain ditententukan dengan ketua kumpulan memilih salah satu kad arahan. Kumpulan yang dapat nilai tertinggi dikira pemain pertama. 6) Setelah giliran bermain ditentukan melaui cabutan kad arahan, kumpulan yang mendapat giliran pertama akan memulakan permainan dengan mengambil 2 kad arahan. Mereka tidak dibenarkan memilih kad arahan. Mereka perlu mengambil Kad arahan yang berada pada kedudukan paling. 7) Jika kad arahan yang sama warna diperolehi ( hitam dengan hitam atau merah dengan merah), mereka perlu melakukan operasi tambah dengan menambah nilai yang terdapat pada kad arahan tersebut. 8) Jika kad arahan yang berlainan warna diperolehi, ( merah dengan hitam), mereka perlu melakukan operasi penolakan dengan mencari perbezaan antara dua nombor tersebut(Contohnya jika dapat nilai 10 dan 7, maka 10-7=3) 9) Penanda (token) digerakan mengikut jumlah nilai yang diperoleh selepas melakukan operasi penolakan atau penambahan. 10) Nilai yang diperoleh dicatat pada kertas sebagai rekod. Sebagai contoh, katakan kumpulan pertama mendapat kad arahan bernombor 7 dan 10 dan kedua-dua kad arahan berwarna hitam, murid tersebut akan melakukan operasi penambahan. Nilai 17 yang diperoleh melalui hasil tambah nombor 7 dan 10 dicatat pada kertas dan penandanya
4

diletakkan pada petak yang bertanda 11-20 kerana petak yang bertanda 11-20 adalah untuk nilai 11 hingga 20. Pada pusingan kedua pula, jika kumpulan tersebut mendapat kad nombor 10 dan 3 dan berwarna merah dan hitam, mereka perlu melakukan operasi tolak pada kerta iaitu 10-3 = 7. Nilai yang 7 akan ditambah dengan nilai yang dicatatkan pada pusingan pertama iaitu nilai 7. Nilai baru yang diperoleh ialah 24, maka penanda diletakkan pada petak 21-30. Nilai 24 dicatatkan dan digunakan pada giliran seterusnya. 11) Begitu lah seterusnya. 12) Kumpulan yang berjaya melepasi nombor 210 dikira pemenang.

OBJETIF CATUR OPERASI. Permainan catur ini adalah dibina supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran; Menambah 2 nombor bulat Menolak 2 nombor bulat

Permainan ini saya cadangkan digunakan selepas habisnya topik penambahan dan penolakan sebagai pengukuhan bagi topic tersebut. Walau bagaimanapun, guru boleh menggunakannya pada mana-mana topik dengan mengubah suai papan catur mengikut objektif pengajaran dikehedaki.

KESAN PERMAINAN CATUR OPERASI TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR. Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk Model Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally Appropiate Practice), Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan kegembiraan. Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas matematik, saya yakin dengan permainan catur operasi ini murid dapat keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah. Dalam aspek piskomotor pula, permainan catur memperkembangkan kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas. Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan kepimpinan. Harapan saya agar permainan catur operasi menjadi satu altenatif dalam menarik minat pelajar terhadap matematik. Secara tidak disedari murid, ia juga adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. Sama ada disekolah mahu pun dirumah permainan catur operasi dapat dapat dimain dimana-mana sahaja.

Anda mungkin juga menyukai