Anda di halaman 1dari 25

Mengajar Math dengan Permainan

Macam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan pengajaran
Math ni menarik.
Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan kawan-kawan
boleh jadi satu aktiviti yang menarik.
So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti.
Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik.

Jom tengok apa yang ada.

Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication.


So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep pendaraban tu.
Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law.

Comutative law:
4 x 5 = 5 x 4.

Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama.

Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan?

Next,

Yang ni paling menarik.


Sebab main kad.
Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental.
Cara main:
Setiap pemain dapat 3 kad.
Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0.
Siapa kombinasi kad dia boleh bagi jawapan 0, dialah pemenang.

Contohnya, 9, 13, 1, 3 boleh buat operasi 9+3+1-13=0.

Saya tak menang pun main ni.


Even kawan-kawan yang lain pun blur sebab mencabar.
Just yang cepat kira je leh menang.

Lagi!

Roda Impian!!
Bukan. Bukan.
Ni roda untuk main Bingo.
Boleh putar taw. Menarik kan. Saya rasa setiap guru math perlu ada roda ni sebab banyak
gunanya.
Bukan setakat ajar tambah, tolak, darab dan bahagi. Boleh juga ajar Bahasa.
Kena improvisasi la kan.

Cara main:
Putar roda 2 kali dan tambah nombor yang kita dapat.
Pastu sama step ngan main Bingo.

Nombor kat dalam ni boleh suruh student isi ikut suka.


Dari 1-18.
Kotak yang kosong tu isi la nombor apa-apa dari 1-18. Janji penuh.
Lepas putar 2 kali, tambah, then tanda.

Dapat je satu line menegak, melintang atau penjuru bertanda, anda menang.
Sama kan ngan bingo.
Cuma bingo kita pilih sendiri nombor.
Yang ni bergantung nasib pada wheel tu.

Game ni saya menang.


Hihi...

Ni lagi satu game untuk ajar darab.


Baling dadu 2 kali pastu darab nombor yang dapat tu.
Tanda tempat.
Siapa yang dapat tanda tempat sekeliling dia ngan penanda sendiri, dia menang.

Bila buat aktiviti macam ni, student tak perasan pun yang diorang tengah tajamkan skill
dalam math sebab aim diorang nak menang je.

Cuba bagi buku latihan suruh buat sejam.


Konfem nangis or tido sebab malas buat.

Bagi aktiviti ni.


2 jam pun diorang nak main lagi.

Last but not least, kawan number arrow dalam post INI

Nama dia Number Expendent.


Ni rupa dia.
Ni untuk rumah sa. Cikgu boleh tulis nombor di kad putih tu.

So, students boleh tahu cara membaca nombor sebab mereka tahu nilai tempat nombor
tersebut.

Lepas lipat, jadilah begini.


Kad tadi dah dilipat masuk ke dalam envelope.

Dengar kata dah mendapat sambutan Alat Bantu Mengajar (ABM) ni.
Dah ada yang nak pinjam untuk mengajar.

Semua ni sebahagian je daripada aktiviti dan ABM yang dah saya dan rakan sekelas buat.

Hah.. Untung kan budak sekarang.


Budak dulu-dulu tak ada la nak merasa benda-benda ni.

So, senang ke nak jadi CIKGU?

Bahan bantu mengajar pemulihan


Antara Alat Bantu Mengajar yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan adalah seperti berikut:

Kad permainan "Ketuhar dan kek nombor"


Kad permainan "Carikan Ibu Itik"

Kad nombor

Kad Permainan Domino


Kad soalan Matematik operasi tolak dalam lingkungan 50

Kad soalan Matematik operasi tambah dalam lingkungan 10

Bola ping pong suku kata KV


Buku bacaan bergred

Contoh bahan bantu mengajar..


Gambar di bawah merupakan beberapa contoh bahan bantu mengajar yang
digunakan untuk kelas pemulihan. Bahan bantu ini dapat meningkatkan
kefahaman murid serta menarik minat murid untuk belajar. Semoga mendapat
manfaat daripadanya...

1.kad sisip perkataan-gambar


2. mari buka dan pasang

3. roda perkataan

4. roda impian
5. lengkapkan silang kata

6. kembalikan ke rumah saya

7. kad selak
8. mari bermain sorong tarik

9. seronoknya bermain colet atau permainan hantu


10. kad nombor

Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Matematik
Bahan-bahan aktiviti :

Bertulis – Lembaran kerja / Kad kerja


Lisan – Latih tubi / congak
Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur /
penimbang

Kit bahan bantu mengajar matematik

Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu
mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya.

Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah;

1. Papan flanel bermagnet - semua topik

2. Abakus/dekak-dekak - Topik : nilai tempat, operasi tambah, operasi


tolak.
3. Carta-carta - semua topik

4. Kad-kad nombor / kad jalur – Topik : nombor, susunan nombor ↑ ↓ .

5. Benda-benda pembilang - Topik : nombor, operasi +, -, x dan - .

6. Lembaran-lembaran kerja / kad kerja - semua topik

Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan


dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan
konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka. Bahan-bahan ini boleh
digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku
Panduan Khas Matematik.

Set permainan matematik

Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai


dan boleh digunakan untuk aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah. Di antaranya
ialah:

 Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik


yang
lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda
yang tersembunyi.

 Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan keluar.

 Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

 Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.

 Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.

 Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran


operasi
tambah dan tolak
 Membentuk gambar daripada tangram.

 Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)

 Jigsaw puzzle bernombor

 Boling nombor

 Roda impian

 Dart bermagnet

 Pancing ikan
http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

Belajar Sambil Bermain


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek pemulihan, aktiviti
bermain merupakan salah satu langkah yang perlu ada. Pelbagai aktiviti bermain yang
boleh digunakan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Malah, murid-murid dapat
bekerjasama dan aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti permainan dapat meransang dan menarik minat murid untuk belajar. Di bawah
merupakan contoh aktiviti permainan yang boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murd-murid pemulihan.

Permainan 1: Mix n Match Bagi Perkataan KV + KVK


Langkah 1 : Meletakkan suku kata KV dan KVK secara berterabur
Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KV dan KVK untuk
membentuk perkataan bermakna
Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan
bermakna

Mix n Match Bagi Perkataan KVK + KVKK


Langkah 1 : Meletakkan suku kata KVK dan KVKK secara berterabur
Langkah 2 : Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KVK dan KVKK untuk
membentuk perkataan bermakna
Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KVK dan KVKK untuk membentuk perkataan
bermakna

Permainan ini boleh di ubah suai untuk kemahiran-kemahiran membaca perkataan


yang lain. Ianya merupakan salah satu permaian yang dapat menguji ketangkasan
pemikiran murid untuk mencari padanan suku kata yang boleh membentuk perkataan
yang bermakna.
Permainan 2: Bingo Roda Bergambar

Langkah 1 : Menghasilkan papan roda berputar yang mempunyai pembahagian


Langkah 2 : Melatakkan gambar atau perkataan bagi kemahiran KV+KV+KVKK
Langkah 3 : Menyediakan kad bingo untuk dibekalkan kepada setiap pemain

Permainan ini boleh dimaiankan secara individu atau berpasanagn. Pemain yang
memulakan permainan akan memutar roda. Anak panah yang berhenti pada gambar
atau perkataan yang tertera pada roda, perlu dihitamkan pada kad bingo setiap
pemain. Permainan diteruskan sehingga salah sorang pemain
dapat menghitankan satu garisan sama ad secara melintang, menegak atau
berpenjuru. Pemain pertama yang berjaya melakukannya dianggap pemenang.
http://chekgunoorlyza.blogspot.com/2012/09/belajar-sambil-bermain.html

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


Rod@ Impi@n ...

Pandangan Depan

Dicipta khas utk kegunaan guru yg suka membuat kuiz


kpd pelajar selepas habis mengajar sesuatu topik di dalam kelas.
Boleh dicuba dan rasailah kenikmatannya...hehehe.
Juz play dOn't stress anymOre!!!!!! ^_^

* Cara bermain senang jer,,


juz suruh pelajar putar roda impian tersebut
dan lihat warna apakah yg pelajar itu dapat.
Jika dia dapat warna pink, maka soalan yg wajib dia jawab
ialah kad soalan warna pink...senang kan???
Juz try it...sO nice.
http://renhersblog.blogspot.com/2010/10/bahan-bantu-mengajar-bbm.html

Anda mungkin juga menyukai