Anda di halaman 1dari 6

Sediakan satu set kit pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan matematik rendah.

Pengenalan Set kit adalah salah satu alat bantu mengajar bagi guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Set kit ini amat berguna dalam membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran dengan mudah. Set kit perlulah sesuatu yang menyeronokkan bagi murid agar murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu menyampaikan arahan

penggunaan set kit tersebut dengan jelas supaya murid dapat memahami arahan penggunaannya nati dengan udah. Terdapat pelbagai jenis set kit untuk matapelajran matematik di sekolah rendah. Guru boleh membelikannya sendiri dipasaran dan juga boleh membinakannya sendiri. Setiap Set kit yang digunakan perlulah disimpan dengan baik agar dapat digunakan dimasa yang akan datang dan jangka hayat penggunaannya pun lama. Berikut adalah 3 jenis Set Kit pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan unit pernambahan nombor secara berulang. Kit Blok kayu bernombor. Set kit pengajaran dan pembelajaran ini sesuai untuk operasi menambah dan boleh juga digabungkan dengan operasi darab.

Cara penggunaan 1) Permainan ini boleh dimainkan sehingga 2-4 orang pemain. 2) Blok kayu di susun secara rawak nombornya seperti gambarajah. 3) 3 biji dadu akan dibalingkan serentak oleh pemain. Nombor yang muncul pada atas dadu akan di tambahkan kesemuanya. 4) Hasil tambah pada 3 nombor yang muncul akan dikeluarkan pada blok kayu yang telah di susunkan tadi. 5) Contohnya 3 biji dadu di balingkan serentak dan muncul nombor 5,7 dan 8. Ketiga-tiga nombor tersebut akan ditambah 5 + 7 + 8 = 20. Hasil tambah iaitu 20 akan dikeluarkan pada blok kayu yang bertanda nombor 20. 6) Jika hasil tambah nombor tidak terdapat pada bongkah kayu bernombor pemain tersebut akan membalingkan dadu semula sehingga terdapat hasilnya pada bongkah kayu bernombor. 7) Pemain yang telah menjatuhkan susunan bongkah kayu akan terkeluar dari pemainan. Permainan akan disambung dengan susunan bongkah yang baru secara rawak sehingga tinggal seorang pemain yang tinggal akan dikira sebagai pemenang. Domino Set kit pengajaran dan pembelajaran ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran operasi tambah atau juga operasi darab.

Cara penggunaan 1) Set permainan ini boleh dimainkan 2-3 orang pemain sahaja. Jika kad domino lebih daripada 50 keping pemain bolehlah ditambah sehingga 5 orang. 2) Pemain akan diberikan sehingga 8 -13 keping kad sama rata mengikut bilangan pemain sehingga kad domino tinggal sekeping. 3) Sekeping kad domino akan diletakkan di atas meja/lantai pemainan. Secara bergilir-gilir mengikut ketetapan yang telah dilakukan sebelum permainan. 4) Pemain akan menyambung kad domino tadi mengikut tanda yang sama. Sebagai mengira markah pemain, kad yang telah disambung oleh pemain tersebut akan ditambah dan contohnya pemain tersebut telah mengeluarkan kad bertanda 3 dan 4. Jadi markah pemain tersebut sekarang adalah 7. 5) Pemain yang berikutnya nanti akan menyambung kad domino tersebut dengan tanda yang sama dahulu. Kemudian jumlah tanda pada kad yang dikeluarkan akan ditambah seperti tadi. 6) Markah setiap pemain perlulah dicatatkan supaya pemain tersebut tidak terlupa markahnya tadi. 7) Pemain yang tidak dapat menyambung kad yang bertanda sama akan terkeluar dari permainan dan markah terkumpul tadi akan dikira sebagai markah terakhir pemain berkenaan. 8) Permainan akan diteruskan sehingga oleh pemain yang lain sehingga semua pemain telah berjaya menyambung kad bertanda tadi. 9) Pemain yang mengumpul markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Set Kit Mikado Spiel Set kit pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya adalah juga sesuai untuk operasi tambah.

Cara penggunaannya 1) Set kit ini dapat dimainkan sehingga 5-6 orang pemain. 2) Batang kayu stik yang bertanda seperti pada gambarajah akan disusun secara rawak seperti yang ditunjukkan di atas. 3) Pemain secara bergilir-gilir yang telah ditetapkan sebelum permainan bermula akan mengambil sebatang stik kayu sahaja mengikut giliran. Proses mengambil stik tersebut adalah menggunakan tangan tanpa mengerakkan stik kayu yang lain. 4) Jika semasa pemain tersebut mengambil salah satu stik dan stik kayu yang telah bergerak maka giliran untuk pemain tersebut akan diambil oleh pemain yang seterusnya. 5) Jumlah markah terkumpul akan dikira setelah kesemua stik telah habis diambil oleh pemain. 6) Markah akan dikira mengikut tanda-tanda berlainan yang telah diambil oleh pemain-pemain. 7) Setiap stik mempunyai tanda markah yang berbeza. Markah tersebut adalah seperti pada gambarajah di atas.

Refleksi Individu Mohamad Zaidi Bin Ismail 830203-13-5013 Di dalam tugasan bagi matapelajaran Resos Dalam Matematik MTE 3106 kali ini saya telah mempelajari beberapa perkara yang penting dalam memantapkan ilmu pengetahuan sebagai seorang guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Resos yang pertama adalah berkaitan dengan bahan bercetak dimana kami telah memilih buku cerita yang bertajuk Maths with...The Thirsty Crow, Buku Teks Matematik SK KSSR Tahun 2 Jilid 1dan Katalog Promosi Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai contoh bahan bercetak yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat pelbagai jenis bahan bercetak yang berguna sebagai resos dalam perlaksaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasil daripada penggunaan bahan bercetak yang mempunyai unsur-unsur matematik amat berkesan dalam mencapai objektif dengann mudah. Selain bahan bercetak, bahan bantu mengajar yang berbentuk set kit pengajaran dan pembelajaran dalam matematik juga amat berkesan sebagai menarik minat murid untuk aktiviti matematik yang pelbagai. Set kit umpama pembantu kita di dalam kelas di mana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah untuk difahami oleh murid dengan adanya aktiviti yang menyeronokkan. Set kit yang telah kami pilih dalam pengajaran dan pembelajaran bagi operasi menambah kali ini adalah menggunakan 3 set kit iaitu set kit Bongkah kayu bernombor, Domino dan Mikado Spiel. Ketiga-tiga set kit ini lebih kepada pengajaran dan pembelajaran berkemahiran permainan yang mempunyai unsur operasi tambah. Hasilnya nanti akan dapat memantapkan penguasaan operasi tambah dikalangan murid jika set kit permainan ini dibawa ke rumah. Di dalam resos pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan aplikasi komputer kami sekumpulan telah berbincang dan telah memilih perisian aplikasi Microsoft Excel, MyCD Mathematics Year 6 dan Geometers Sketchpad sebagai resos kami yang ketiga. Pada masa sekarang, pelajar kita lebih terdedah dengan penggunaan teknologi yang terkini terutamanya penggunaan komputer. Secara tidak langsung kita sebagai guru juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan beberapa perisian computer yang berguna dalam pembelajaran

matematik yang berkesan. Ketiga-tiga jenis aplikasi yang telah kami pilih ini adalah contoh terbaik dalam penggunaan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Akhir kata daripada saya, sebagai seorang guru yang berguna kita perlulah mempunyai daya pemikiran yang kreatif dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa agar kita tidak ketinggalan daripada pelajar nanti. Adalah sesuatu yang agak memalukan jika kita masih lagi menyusahkan diri sendiri dengan menggunakan cara yang sudah lapuk sebagai pengajaran kita. Kesannya nanti murid kita akan mudah bosan dengan aktiviti yang sama berulang setiap masa kita masuk ke kelas. Sebagai langkah yang berguna kita perlulah sentiasa menyelidik dan mengkaji resos-resos yang berguna di masa-masa yang akan datang. Penggunaan internet amat membantu guru dalam mencari dan berkongsi idea-idea baru dalam menghasilkan resos-resos yang terkini.

Anda mungkin juga menyukai