Anda di halaman 1dari 2

8 contoh aktiviti DIDIK HIBUR

By Bastami Zakaria on Friday, March 16, 2012 at 12:25am


Aktiviti di bawah adalah antara aktiviti Sukan Terapi Minda (SUKANEKA MURID LINUS &
PEMULIHAN) yang saya buat tahun lepas

1) Cara permainan: Kotak Berharga
1. Di sediakan lima kotak bersaiz A4 yang dilabelkan pada setiap kotak RM5, RM7, RM9,
RM12 dan RM14.
2. Kelima-lima kotak di letakkan rapat-rapat dengan jarak lima meter dengan peserta.
3. Peserta dibekalkan dengan 5 unit pundi kacang. Apabila tiba giliran, mereka harus berdiri di
garisan dan membaling pundi kacang satu persatu ke dalam kotak-kotak. Wang akan
diberikan kepada mereka berdasarkan kepada pundi itu masuk ke kotak mana (Jika masuk
ke dalam kotak RM9 maka Wang RM9 akan diberikan.
4. Murid yang berjaya mengumpulkan Wang yang terbanyak dikira pemenang.

2) Cara permainan: Bowling Terbalik
1. Disediakan 18 botol air mineral berisi pasir dan diletak dengan jarak 7 meter dari garisan
murid dengan mengikut susunan pin bowling.
2. Peserta dibekalkan dengan sebiji bola sepak saiz kecil. Apabila tiba giliran, peserta harus
berdiri membelakangi pin bowling dan menggolek bola ke arah pin.
3. Peserta dikehendaki membilang sendiri jatuhan pin dan mencatat di dalam borang skor
miliknya. Contohnya 18 6 = 8
4. Setiap peserta diberi 3 kali giliran. Peserta yang mengumpul skor tertinggi dikira pemenang.

3) Cara Permainan: Kedai Nak Tutup
1. Peserta diberi sejumlah wang, senarai barang dan harga.
2. Peserta diberi 10 minit untuk membeli barang. Peserta perlu membayar kepada jurujual
berdasarkan harga dalam senarai.
3. Peserta yang berjaya menghabiskan senarai barang perlu dibeli terlebih dahulu dikira
pemenang.
4) Cara Permainan: Teka Siapa Aku

1. Peserta diberi cebisan kertas (puzzle) yang dibelakang terdapat soalan matematik.
Selesaikan soalan tersebut. Cth jawapan adalah 8.
2. Tampalkan pada senarai jawapan bernombor 8 dengan kedudukan gambar di atas dan
nombor dibawah.
3. Setelah semua cebisan di tampal terbentuk gambar yang bermakna contohnya katak.
4. Peserta dapat membentuk gambar dahulu dikira pemenang.


5) Cara Permainan: Gambar Berselerak
1. Peserta diberi set suku kata dan gambar.
2. Peserta perlu menyusun gambar dan menyesuaikan suku kata yang betul berdasarkan
gambar.
3. Peserta yang berjaya menyiapkan dahulu dikira pemenang.
6) Cara Permainan: Ke Zoo Negara
1. Peserta dibeberapa gambar binatang. Kemudian mereka perlu mencari suku kata begi
membentuk nama binatang.
2. Tampal gambar dan suku kata yang betul dalam kertas yang disediakan.
3. Peserta yang berjaya menyiapkan terlebih dahulu dikira pemenang.

7) Cara Permainan: Bas Nak J alan
1. Peserta diberi senarai barang keperluan yang perlu dibawa untuk perkhemahan.
2. Mereka diberi masa 10 minit untuk mencari barang tersebut sebelum bas bergerak pergi.
3. Peserta yang berjaya menyiapkan terlebih dahulu dikira pemenang.
8) Cara Permainan: Tolong! Aku Hancur.
1. Peserta diberi set cebisan gambar (puzzle)
2. Mereka perlu menyusun puzzle dan membentuk gambar bermakna. Kemudian mereka perlu
mencari huruf bagi membentuk perkataan seperti gambar yang terbentuk.
3. Peserta yang berjaya menyiapkan terlebih dahulu dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai