Anda di halaman 1dari 15

WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

1

Pendahuluan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.
Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan
daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan
pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.



WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

2

1.Berdasarkan contoh-contoh yang relevan tuliskan satu esei bagi menjelaskan
bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat membantu guru dan murid untuk
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi mata
pelajaran yanga anda mengajar di sekolah rendah.
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus.
Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi
merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.
Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang
menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi
satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk
seseorang individu.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik
manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan
satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak
dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai
aspek.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga
elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni
pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula
lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan
elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

3

Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati
sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari
dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari,
melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-
kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru
perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran
supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

4

Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang
betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan
menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan
menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan
sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling
mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.
. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan
seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan
guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan
dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik
seperti:
Kepentingan seni pendidikan kepada pendidik.
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan
dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

5

seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan
pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran
dan perpindahan pembelajaran.
3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

6

serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti
pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas
seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan
Antara kesan-kesan positif atau faedah semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam
Pendidikan bagi murid ialah:
(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat
membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan
sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-
aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai
murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses
pembelajaran..Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah
untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih
berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh
melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran menggunakan tubuh
badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko,
mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama.
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

7

Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni
Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai
titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa
kepada konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai
anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah
kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni
Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui
pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana
yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan
prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi,
pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat
ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa,
menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara
tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan
sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan,
memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

8

dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi
serta idea dan isi kandungan. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluahan perasaan terhadap ekspresi diri.
(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti
seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan
emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu
yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan
atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti
yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan
tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.






WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

9

2. Sediakan satu rancangan pengajaran harian yang mengaplikasikan tiga
komponen seni dalam pendidikan yang terdiri daripada seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan yang dapat memupuk dan mengembangkan kemahiran
berfikir murid dalam kontek pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Kelas : Tahun 1
Tarikh : 11 Ogos 2014
Hari : Isnin
Masa : 9.00-10.00 pagi
Bil. Murid : 20 orang
Bidang : Haiwan
Standard Kandungan :3.1 Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita
Standard Pembelajaran :3.2.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling
seperti ikan, kucing, burung, ular, katak, lipas, siput dan
rama-rama.
3.2.2 Mendengar bunyi pelbagai jenis haiwan yang
pernah mereka dengar
3.2.3 Menunjukkan pelbagai cara haiwan bergerak
secara simulasi
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Murid pernah melihat dan didedahkan dengan haiwan-haiwan yang dinyatakan
oleh guru di persekitaran mereka.
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

10

2. Murid mengajuk bunyi haiwan
3. Murid mengetahui cara haiwan bergerak.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
1. Menyebut haiwan-haiwan yang terdapat di sekeliling mereka.
2. Menggayakan pergerakan haiwan yang di tunjukkan kepada mereka melalui kad
gambar.

Penyerapan Mata pelajaran :
Pendidikan seni (mewarna gambar haiwan)
Sains
Pendidikan jasmani (pergerakan haiwan)
Muzik (Nyanyian lagu Gerak Haiwan )
Pengabungjalinan kemahiran : menulis, koordinasi dan mengecam.
Penyerapan nilai : Yakin, berani, bersungguh-sungguh untuk belajar.
BBM / Resos : Kad gambar haiwan, pensel warna, lembaran kerja, carta
lagu, komputer riba ,CD bunyi haiwan.






WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

11


Langkah

Isi pengajaran

Cadangan Aktiviti


Catatan

Set
induksi
(5 minit)

.1. Guru memasang
CD bunyi haiwan
2. Suara haiwan
yang telah dirakam
ialah:
Ayam
(kokkokkok)
Burung
(chipchip.)
Katak
(ongong..ong)
Ular
(hish..hish)
Harimau
(aumaum.)
Kucing(
meow.meow)
dan haiwan lain

1. Murid didengarkan
bunyi-bunyi haiwan.
2. Murid meneka bunyi
haiwan tersebut.
3. Murid bersoal jawab
berdasarkan bunyi yang
diperdengarkan.

Teknik : soal jawab,
penyebutan, mendengar

Terapi : Pertuturan,
meniru bunyi

Nilai :
a) Berani
mengemukakan
pendapat.
b) Bersungguh-
sungguh mengikuti
sesi P&P.

Resos :
Bunyi haiwan




Langkah 1
(15 minit)

Guru menunjukkan
gambar tunggal:



1. Guru menunjukkan
gambar tunggal haiwan.
2. Murid diminta meneka
nama haiwan
berdasarkan gambar
yang telah ditunjukkan

secara satu persatu.

Teknik : soal jawab,
penyebutan

Terapi : Pertuturan &
pergerakan

Nilai :

a) Berani
mengemukakan Katak
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

12






















3. Murid menyebut nama
haiwan tersebut
berulang kali.
4. Murid bersoal jawab
berdasarkan gambar
yang telah ditunjukkan di
hadapan kelas.
pendapat.
b) Bersungguh-
sungguh mengikuti
sesi P&P.

Resos :
Kad gambar haiwan


Ikan
Rama-rama
Kucing
Lipas
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

13















Langkah 2
(15 minit)

Aktiviti menyanyi
lagu haiwan
Lirik lagu Gerak
haiwan ikut

melodi lagu Ikan
Kekek
Contoh soalan:
1..Apakah haiwan
yang terdapat di

1. Guru mempamerkan lirik
lagu Gerak Haiwan
2. Murid membaca lirik
lagu yang telah
ditayangkan.
3. Murid menyanyi lagu
tersebut mengikut
melodi Ikan Kekek
4. Murid bersoal jawab
berdasarkan lirik lagu.

Teknik : soal jawab,
penyebutan, mendengar

Terapi : Pertuturan,
nyanyian dan pergerakan


Nilai :
a) Dapat mendengar
dengan baik.
b) Bersungguh-
sungguh mengikuti
sesi P&P.

Ular
Siput
Burung
WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

14

dalam lirik lagu yang
telah dinyanyikan?
5. Murid menyenaraikan
nama haiwan yang
terdapat dalam lagu
tersebut.

Resos :
Komputer



Langkah 3
(20 minit)



Aktiviti Pergerakan
Haiwan
1. Pembahagian
kumpulan
2. Pembahagian
sampul surat yang
mengandungi
gambar haiwan
3. Membuat
pergerakan haiwan
secara simulasi.
4. Lagu Gerak
Haiwan
5. Mewarna gambar
haiwan


1. Murid dibahagikan
kepada 5 kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri
daripada 4 orang.
2. Wakil setiap kumpulan
dikehendaki mengambil
satu sampul surat yang
berwarna daripada guru.
3. Setiap ahli kumpulan
dikehendaki membuat
pergerakan haiwan
tersebut berdasarkan
gambar haiwan di dalam
sampul sambil menyanyi
semula lagu Gerak
Haiwan.
4. Murid diberikan
lembaran kerja yang
mengandungi gambar
haiwan.
5. Murid diminta untuk
mewarnakan setiap
gambar yang telah
disediakan.


Teknik : soal jawab,
penyebutan, mendengar,
permainan, pergerakan

Terapi : Pertuturan &
meniru pergerakan haiwan

Nilai :
a) Dapat mendengar
dengan baik.
b) Bersungguh-
sungguh mengikuti
sesi P&P.
c) Yakin dalam
melaksanakan
sesuatu tugasan
yang diberikan

Resos :
Sampul surat lembaran
kerja, pensel warna

WAJ 3073 : SENI DALAM PENDIDIKAN

15









Penutup
(5 minit)

1 Soal jawab
dengan murid
2. Menyanyi semula
lagu Gerak
Haiwan ikut melodi
lagu Ikan Kekek

1. Murid kemudiannya
akan ditanya semula
apakah yang telah
dipelajarinya.
2. Murid menyanyi semula
lagu Gerak Haiwan

Teknik : lihat & ingat,
mewarna dengan betul,
menyanyi
Terapi :
Pertuturan
penglihatan
motor halus

Nilai: yakin dalam
melakukan sesuatu kerja
Resos:
Komputer riba carta lagu

Anda mungkin juga menyukai