Anda di halaman 1dari 1

Nama : Noriyah Binti Ismail

Unit : SCE 1

SOALAN 1
Apakah masalah yang paling ingin anda selesaikan dalam pdp sains?
Meningkatkan pencapaian murid Tahun 6 dalam menjawab soalan Sains bahagian A
SOALAN 2
Mengapakah ia merupakan masalah dan apa puncanya?
Kelas 6 Zuhrah mempunyai murid seramai 41 orang. Ia merupakan kelas yang terdiri
dari murid aras tinggi dan sederhana. Melalui ujian TOV yang diberikan, majoriti murid
mendapat markah 17/20 bahagian B. Ini menunjukkan pemahaman yang baik bagi
soalan struktur, namun begitu hanya 28 orang murid yang mendapat gred A dengan
markah 80% ke atas. Didapati 13 orang murid telah mendapat gred B. Dari hasil
selidikan saya , didapati murid gagal menjawab dengan betul sekurang- kurangnya
23/30 soalan Sains bahagian A (objektif). Ini menyebabkan murid tidak mendapat gred
A dan peratusan murid mendapat A bagi subjek sains menurun.
Punca kegagalan murid tidak mendapat gred A dalam pelajaran sains adalah
disebabkan kegagalan menjawab dengan betul soalan objektif bagi tahun 4 dan 5 .
Murid kurang membuat ulangkaji dan pengulangan terhadap topik tahun 4 dan 5.
Murid didapati lebih mengingati topik tahun 6 yang diajar pada tahun semasa. Oleh itu,
semasa saya menanya soalan topik tahun 4 atau 5 segelintir murid tidak dapat
menjawab dengan tepat. Murid yang tidak memberi jawapan yang tepat ini,
menunjukkan reaksi yang gelisah. Mereka juga tidak dapat menulis jawapan yang
tepat semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Daya ingatan murid menjadi
lemah untuk mengingat pelajaran sains tahun 4 dan 5 . Kegagalan mengingat dan
memahami topik Sains tahun 4,dan 5 serta tidak dapat memberikan isi-isi penting
yang harus difahami dalam sesuatu topik yang dipelajari, akhirnya menjadikan murid-
murid ini hilang minat , bosan dalam pelajaran sains serta mendapat peratusan
markah kurang dari 80 markah. Jika ini berterusan peratusan gred A bagi mata
pelajaran Sains sekolah akan menurun.
Dengan itu saya berhasrat untuk menggunakan kaedah peta minda untuk
membantu pelajar-pelajar saya.

Anda mungkin juga menyukai