Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LADAP

SK KEPIS,JOHOL,KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN

TARIKH / HARI : 07 MAC 2013/ KHAMIS

MASA : 2.00 HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
KEHADIRAN : 18 / 20 orang
PENCERAMAH : ENCIK RIDZUAN BIN SALIM(PPD KUALA PILAH)
TAJUK CERAMAH : KUALITI PEDIBADI DAN PROFESIONALISME SEORANG GURU

Aktiviti LADAP SK Kepis Johol telah dijalankan mengikut apa yang telah dirancang.Sesi
pendaftaran telah dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan bacaan doa. Acara seterusnya ialah
penyampaian ceramah oleh tetamu jemputan.
Antara isi ceramah yang disampaikan ialah:
1. Guru adalah salah satu profesion yang mulia.
2. Guru perlu ada teknik dalam meningkatkan kualiti diri.
3. Guru perlu sentiasa ikhlas terutamanya ikhlas dengan Allah sebelum menjalankan tugas-
tugas lain yang melibatkan masyarakat sekeliling khususnya pelajar.
4. Guru berkualiti juga pertama sekali perlu menjaga ketaatan kepada Allah dan kedua ibu
bapanya untuk mendapat redho Allah , barulah kejayaan untuk mencapai kualiti yang
unggul tercapai dengan izinNya.
5. Guru perlu atasi konflik yangbterdapat dalam diri agar ianya tidak mempengaruhi tugas
dan tanggungjawabbya di sekolah.
6. Seorang guru berkualiti akan sentiasa bertanya dan belajar serta mengurangkan panas
baran dalam diri,berfikiran positif dan menerima masalah pelajar dengan terbuka
disamping mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
7. Guru perlu wujudkan hubungan baik dengan pelajar seterusnya menggalakkan kasih
sayang agar pelajar tidak rasa takut atau tekanan semasa belajar.
8. Nilai murni dan sifat-sifat baik perlu diterapkan dalampengajaran agar guru menjadi
ikutan murid.
9. Guru berkualiti bijak mengurus emosi.
10. Satu kualiti guru yang ideal ialah keseimbangan dalam semua perkara.

Kesimpulannya, peribadi guru perlu sentiasa ditingkatkan sepanjang hayat dan pengurusan
kerjaya guru akan dirahmati serta mendapat rahmat Allah dan akhirnya kejayaan guru dibalas
dengan kejayaan para pelajarnya.Ilmu guru yang berterusan memberi petunjuk pentingnya
kualiti peribadi guru dan profesionalisme seorang guru.
Majlis diakhiri dengan ucapan ringkas daripada guru besar,diikuti dengan jamuan ringan dan
bersurai.
Sekian,terima kasih.
Disediakan oleh;
___________________
(PATIMAH SHAM BT RAZAK )
Disahkan oleh ,

Anda mungkin juga menyukai