Anda di halaman 1dari 8

MANUAL PENGGUNAAN SET KIT PEMBELAJARAN Mata pelajaran Topik : Matematik : Pertukaran unit antara sentimeter (cm) dan

meter (m)

AKTIVITI PERKEMBANGAN KEFAHAMAN KONSEP 1. Pembaris Meter

Gambar: Pembaris Meter Terdapat dua jenis skala dalam pembaris iaitu sentimeter (cm) dan meter (m)

Gambar: Skala pembaris dalam sentimeter (cm)

Gambar: Skala dalam meter (m)

Cara mengukur bahan konkrit dengan menggunakan pembaris meter

Gambar: Cara mengambil ukuran, mula dari 0

Gambar: Mengambil ukuran pen marker dalam cm

Gambar: Mengambil ukuran pen marker dalam m

Contoh: Panjang pen marker dalam unit: Sentimeter : 15 cm Meter : 0.15 m

2. Rahsia Pertukaran

Gambar: Rajah Rahsia Pertukaran Meletakkan kad unit (cm, m, x100, 100) ke dalam ruangan yang disediakan. Merujuk kepada arah anak panah yang dituju. Meletakkan operasi yang perlu dibuat untuk melakukan pertukaran unit samaada dari m ke cm atau cm ke m. m ke cm = x 100 cm ke m = 100

Meminta murid untuk melukis rajah pertukaran dan membuktikan dengan menjalankan operasi darab atau bahagi. Jawapan boleh dibuktikan dengan menggunakan ukuran yang diambil dari Pembaris Meter. Boleh digunakan untuk pertukaran unit-unit yang lain dengan menyediakan kad-kad nombor dan unit yang berlainan. Contoh: cm ke mm atau km.

3. Titik Ajaib

Gambar: Titik Ajaib Menulis ukuran yang perlu ditukar.

Pastikan unit yang perlu ditukar dan ke arah mana titik perlu digerakkan.

Katak akan melompat mengikut arah dan bilangan lompatan yang sesuai.

Tulis dengan lengkap ukuran yang ditukar berserta unit.

4. Aktiviti Pemulihan Cari Laluan Saya

Gambar: Kad Soalan

Gambar: Laluan Upin untuk balik ke rumahnya. Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut kesesuaian (4 orang) Setiap kumpulan diberikan satu set kad soalan dan masing-masing akan mendapat 1 peta laluan Upin untuk balik ke rumahnya.

Murid pertama akan membuka kad soalan 1, semua murid dalam kumpulan menyelesaikan soalan 1 masing-masing dan mewarnakan jawapan mereka pada pilihan jawapan yang terdapat pada peta laluan. Murid akan mengambil giliran membuka kad soalan tersebut Pastikan semua murid habis menjawab sebelum beralih kepada soalan yang seterusnya. Guru atau rakan perlu menyemak jawapan yang betul bagi setiap soalan dengan menandakan betul atau salah pada ruangan bulatan.

5. Aktiviti Pengayaan: Memory Game Siapa banyak, Dia Menang Murid dibahagikan kepada 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan Setiap kumpulan akan diberikan satu set kad memori Murid perlu menyusun kad-kad tersebut terlebih dahulu mengikut Tweety dan Bugs Bunny

Murid menentukan giliran masing-masing dengan Bu Sam Murid pertama akan membuka satu kad Tweety dan satu kad Bugs Bunny

Sekiranya padanan unit ukuran pada kedua-dua kad tersebut sama, murid tersebut akan mengambil kad-kad tersebut. Sekiranya salah murid dikehendaki menutup kembali kad tesebut pada tempat asalnya. Pada masa yang sama, murid-murid yang lain perlu memberi perhatian dan mengingati apakah nombor pada kad yang telah dibuka supaya mereka senang untuk mendapat pasangan bagi kad yang akan dibuka seterusnya. Aktiviti diteruskan dengan murid kedua sehinggalah kesemua kad tersebut habis. Ahli kumpulan yang memperoleh kad terbanyak dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai