Anda di halaman 1dari 10

1.

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermaksud menggerakkan. Motivasi didefinisikan sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan, dan tingkah laku; ia adalah keadaan yang menggerakkan dan mengawal tingkah laku ke arah pencapaian matlamat (Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2004). Motivasi belajar bermaksud menggerakkan pelajar ke arah membuat persediaan untuk menghadapi perjuangan belajar. Menurut Malek Muhamat Said (2004) terdapat dua aspek penting dalam motivasi belajar yang perlu dijelaskan oleh guru bimbingan atau guru kaunseling kepada semua belajar, iaitu kesediaan belajar dari segi fizikal, mental dan minda serta membina matlamat belajar dan matlamat kehidupan. Dari segi kesediaan fizikal, murid-murid perlu menjaga dan memelihara kesihatan tubuh badan seperti mendapatkan rawatan apabila sakit, mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, dan lain-lain. Selain itu, mereka perlu bermotivasi untuk menjaga makanan dan pemakanan, mendapatkan peralatan belajar yang lengkap seperti alat tulis, buku teks, dan nota, menyediakan jadual waktu secara persendirian dan membentuk kumpulan belajar yang serasi. Dari segi kesediaan mental dan minda, murid-murid perlu menjaga kesihatan mental supaya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Mereka perlu melatih minda berfikir secara sistematik, teratur, spontan, dan tepat tentang topik pembelajaran ataupun menjawab soalan peperiksaan. Motivasi belajar membantu murid-murid membina matlamat belajar dan matlamat kehidupan. Mereka perlu membina matlamat jangka pendek melalui pencapaian akademik dalam peperiksaan sekolah, membina matlamat peperiksaan iaitu sasaran pencapaian dalam peperiksaan yang terdekat, iaitu UPSR. Pelajar-pelajar selalu tertekan dengan peperiksaan. Program motivasi dapat memberikan persediaan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan ini. Programprogram seperti ini banyak memberi faedah kepada pelajar. Antaranya, mereka akan diajar cara mengurus masa dengan sistematik. Pengurusan masa adalah penting kerana pelajar dapat belajar dengan efektif. Selain itu, pelajar juga akan diajar teknik belajar yang efektif. Hal ini akan memudahkan pelajar memahami sesuatu topik yang telah dipelajari dan juga membantu pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Di samping itu, program ini akan 1

melahirkan pelajar-pelajar yang bersemangat tinggi untuk belajar. Motivasi intrinsik yang ada dalam diri pelajar mendorong mereka berazam untuk menghadapi kesusahan dan mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

2.0

MAKLUMAT SEKOLAH BERDASARKAN HASIL TEMUBUAL Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah Karambunai terletak di kawasan

Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Karambunai dan Sekolah Kebangsaan Sukarela Rakyat Kampung

Karambunai. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah ini, ia telah dibina dalam lingkungan tahun 40-an. Kawasan sekolah seluas 4.96 ekar ini merupakan kawasan yang didermakan oleh tuan tanah iaitu Pengiran Siti Hafsah, oleh itu nama sekolah ditukar sempena nama beliau bermula pada tahun 1990. Murid-murid di sekolah ini berketurunan Bajau, Brunei dan Dusun yang berasal dari Kampung Gayang, Kampung Gentisan, Kampung Malawa dan Kampung Kebayau. Pada tahun 2013, seramai 200 orang murid telah berdaftar untuk menimba ilmu di sekolah ini. Dalam sektor pengurusan pula, terdapat 27 orang termasuk pentadbir dan pekerja am. Bagi pencapaian akademik sekolah tahun 2012, terdapat seorang calon UPSR mendapat 5A, iaitu adik Che Maizatul Aswa. Manakala dalam bidang kokurikulum, pencapaian terbaru telah dicipta oleh pasukan bola baling sekolah lelaki dan perempuan yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola baling peringkat zon Menggatal, seramai 4 orang murid telah terpilih untuk mewakili daerah serta seorang wakil untuk beraksi dalam pasukan bola sepak lelaki. Dalam acara olahraga peringkat zon juga, sekolah ini mendapat 1 pingat emas bagi acara lompat jauh oleh adik Aisyah dari Tahun 6. Sehubungan dengan itu, untuk melahirkan lebih ramai lagi murid yang berpotensi tinggi, sekolah ini telah mengadakan beberapa program motivasi sebagai pemangkin keyakinan diri murid-murid agar terus berjaya dan memberikan sumbangan kepada sekolah. Antara program yang dijalankan di sekolah ini ialah program NILAM, Guru Penyayang, Anak Angkat dan Kem Motivasi.

3.0

PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI Program Kem Motivasi merupakan salah satu program tahunan yang dijalankan oleh

semua sekolah di seluruh Malaysia. Program ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan SK. Pengiran Siti Hafsah Karambunai. Sebenarnya, walaupun program ini amat singkat tempoh pelaksanaannya, namun program ini memberi kesan yang 2

amat besar terhadap kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu atau belajar demi masa hadapan mereka. Program ini banyak menyumbang dengan menyuntik semangat ingin berjaya dalam diri para murid-murid. Program Motivasi Tahun 6, SK. Pengiran Siti Hafsah Karambunai telah dilaksanakan pada 9 Februari 2013 bertempat di bilik ICT. Program yang bertajuk Saya Juara dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru Tahun 6. Seramai 45 orang murid yang terdiri daripada 28 orang murid Tahun 6 dan 27 orang murid Tahun 5 yang menjadi peserta dalam program ini. Saya bersama beberapa guru pelatih yang lain ditugaskan untruk membantu guru-guru dalam program tersebut. Kami di tugaskan untuk menyediakan kain rentang dan mengagihkan makanan kepada murid-murid semasa jamuan ringan. Matlamat Program Motivasi ini dilaksanakan adalah untuk mencetuskan kesedaran dalam kalangan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai murid disamping meniupkan semangat dan azam yang tinggi untuk belajar serta bertekad untuk lulus dengan cermerlang dalam peperiksaan UPSR 2013. Manakala , objektif bagi program ini adalah membimbing dan menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka sebagai murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, ia bertujuan untuk mewujudkan murid yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi murid untuk menghadapi UPSR. Antara aktiviti-aktivti yang dijalankan dalam program motivasi ini ialah ucapan alualuan daripada Guru Besar iaitu Tuan Haji Hassan bin Mohamad dan seterusnya sesi suai kenal bersama penceramah jemputan iaitu En. Slyvester Dulip Sintia. Dengan berakhirnya ucapan suai kenal penceramah jemputan tersebut, maka bermulanya aktiviti utama program motivasi Saya Juara. Terdapat beberapa aktiviti berkumpulan dijalankan di dalam bilik ICT seperti membuat kapal terbang sebagai simbolik diri murid-murid dan sesi soal jawab tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal seperti Wright Bersaudara, pencipta kapal terbang dan Alexander Graham Bell, pencipta telefon. Kemudian, diikuti dengan aktiviti ceramah Saya Juara. Pada kira-kira jam 11 pagi makan tengahari telah disediakan. Penceramah jemputan dan murid-murid dijemput makan dan berehat selama 30 minit. Seterusnya program tersebut diteruskan dengan aktiviti ceramah Saya Juara. Acara penutupan program motivasi kirakira pada jam 1.00 tengah hari dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang

berbentuk hamper kepada penceramah jemputan oleh Guru Penolong Kanan iaitu Puan Binukat.

4.0

PENGLIBATAN MURID-MURID DAN SOKONGAN PELBAGAI PIHAK TERHADAP PROGRAM MOTIVASI

Program ceramah ini telah disertai oleh seramai 27 orang murid tahun 5 dan 28 orang murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pengiran Siti Hafsah, Karambrunai. Murid tahun 5 terdiri daripada 8 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Manakala murid tahun 6 terdiri daripada 11 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Selain itu, guru-guru kelas dan guru mata pelajaran murid-murid Tahun 6 telah menunjukkan sokongan mereka terhadap program ini dengan menyertai ceramah ini. Terdapat 10 orang guru terlibat dalam jawatankuasa untuk program ini. Guru-guru terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Walaupun ibu bapa tidak hadir ke program ini, namun mereka telah memberikan sokongan moral kepada anak mereka dengan menghantar mereka ke sekolah untuk menyertai program ini. Mereka juga membayar kos sebanyak RM10 seorang untuk program ini. Butiran Murid tahun 5 Murid tahun 6 Guru sekolah Lelaki 8 11 5 Perempuan 19 17 5 Jumlah 27 28 10

Rajah 1: Jadual Penglibatan Murid dan Guru

5.0

KEKUATAN

Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008), lazimnya matlamat kaunseling mestilah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walau bagaimanapun, kehendak-kehendak itu mestilah dipersetujui bersama antara kaunselor dan klien. Pendapat ini turut disokong oleh Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) yang menjelaskan lima matlamat tingkah laku iaitu, memudahkan perubahan tingkah laku, meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan, membantu keberkesanan klien mengurus diri, dan menggalakkan proses membuat keputusan. 4

Berdasarkan matlamat tersebut, terdapat beberapa kekuatan dalam pelaksanaan program motivasi ini. Antaranya ialah melalui aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program motivasi tersebut seperti membaling kapal terbang, sesi soal jawab atau teka teki, dan ceramah Saya Juara. Sebenarnya, ciri-ciri penceramah juga menyumbang dalam penyampaian ceramah motivasi Saya Juara ini. Penceramah tersebut menggunakan gaya bahasa yang senang difahami, intonasi yang bersemangat dan menarik perhatian muridmurid, bahasa badan yang sesuai, mimik muka yang ceria dan meyakinkan, serta penampilan profesional beliau yang dapat memukau murid-murid untuk setia mengikuti program ceramah ini sehingga tamat. Penceramah telah menggunakan pendekatan teori Gestalt teori Tingkah Laku. Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1986), konsep utama teori Gestalt ialah sekarang. Kaunselor kaunseling Gestalt menumpukan kepada membantu klien membuat hubungan dengan waktu masa kini, bertanyakan apa dan bagaimana dan jarang sekali menanyakan mengapa atau kenapa. Semua ini bertujuan supaya klien dapat menemui pengalaman masa kininya dengan menggalakkan dialog dalam keadaan sekarang. Pandangan ini turut disokong oleh Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008), di mana terapi Gestalt merupakan satu terapi yang menekankan kesedaran di sini dan pada masa sekarang serta penyatuan di antara pemikiran, tubuh dan perasaan. Umumnya, teori ini merupakan satu eksperimen atau percubaan untuk membantu klien mengalami masa sekarang secara keseluruhan dan mengingatkan kesedaran apa yang difikirkan, dirasakan, dan dilakukan oleh mereka pada masa sekarang. Bagi pendekatan teori Tingkah Laku pula, menurut Suradi Salim (1996), kaunseling tingkah laku adalah untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pada orang yang menerima kaunseling. Dianggapkan bahawa masalah klien berpunca daripada tingkah laku yang telah dipelajari dan bahawa tugas kaunseling ialah untuk menolong mereka mempelajari tingkah laku baru yang membawa kepada penyelesaian kepada masalah mereka. Pendekatan ini dilaksanakan melalui teknik pembelajaran melalui pemerhatian. Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2008), dalam proses pembelajaran satu tingkah laku, deria adalah komponen penting di mana ianya turut berperanan dalam proses pemerhatian dan ingata. Bandura percaya bahawa kebanyakan proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan modeling daripada orang lain. Pendekatan teori Gestalt dapat diperhatikan melalui pelaksanaan aktiviti yang dilakukan dalam program ceramah motivasi tersebut. Aktiviti membaling kapal terbang 5

dengan sekuat hati yang diadakan oleh penceramah adalah sebagai pencetus awal semangat untuk menerima apa itu erti kejayaan dan kapal terbang yang dilepaskan adalah umpama melepaskan pemikiran yang negatif terhadap kemampuan diri sendiri. Kelebihan program yang pertama ini sebenarnya sebagai permulaan kesedaran minda atau pandangan diri murid terhadap apa yang ingin dicapai dan melepaskan segala pemikiran negatif terhadap potensi diri. Manakala pendekatan teori Tingkah Laku pula dapat diperhatikan melalui aktiviti sesi soal jawab atau teka-teki. Penceramah mengadakan aktiviti ini dengan memberikan ganjaran berbentuk wang sebagai rangsangan untuk murid berusaha untuk menjawab soalan yang dikemukan. Malahan, penceramah tersebut meningkatkan nilai wang ganjaran berdasarkan tahap kesukaran soalan yang diajukan dan hal ini menjadikan murid lebih bersemangat untuk berusaha mendapatkan jawapan. Kelebihan program yang kedua adalah melalui aktiviti ini, di mana penceramah membantu untuk memotivasikan murid-murid agar lebih berusaha mendapatkan jawapan yang dicari dengan melihat contoh kejayaan murid yang berjaya menjawab dan mendapat ganjaran sebagai pemangkin untuk turut berjaya. Selain itu, ianya turut memberikan kesedaran betapa pentingnya untuk membaca bahan-bahan ilmiah. Pendekatan teori Gestalt juga turut digunakan dalam aktiviti terakhir iaitu penyampaian ceramah motivasi Saya Juara. Kelebihan program yang terakhir ini adalah dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang potensi diri mereka yang sebenar dan apa yang mereka sepatutnya boleh capai. Sesi ceramah ini menggalakkan perkembangan pemikiran yang positif terhadap diri sendiri dan membantu murid-murid untuk merancang kejayaan secara berperingkat, selain berkongsi rahsia bagaimana untuk berjaya dalam hidup dengan menunjukkan contoh-contoh kejayaan yang dicapai oleh orang lain. Teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah Teknik Prinsip Masa Sekarang. Menurut Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008), teknik ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan komunikasi dengan menceritakan pengalaman masa sekarang. Secara keseluruhannya, program ini memberikan banyak faedah kepada muridmurid untuk mengubah perspektif diri dan meningkatkan keupayaan potensi diri masingmasing melalui perancangan, strategi serta rahsia untuk mencapai kejayaan yang diingini.

6.0

KELEMAHAN Setiap yang baik itu adalah datang daripada Yang Maha Esa, akan tetapi setiap yang

buruk itu adalah datang daripada diri sendiri. Begitu juga setiap perkara yang dilaksanakan. 6

Terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan program ini dan antaranya ialah kurangnya penyertaan murid-murid dan begitu juga dengan penglibatan ibu bapa. Dapat diperhatikan, penyertaan murid-murid adalah tidak ramai. Hanya sebahagian murid-murid Tahun 6 dan Tahun 5 yang hadir pada hari kem motivasi Saya Juara ini diadakan. Seharusnya, kem motivasi seperti ini perlu dihadiri oleh seluruh murid Tahun 6 dan Tahun 5 sebagai persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan yang penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tambahan pula, sememangnya tujuan kem motivasi ini diadakan sebagai persediaan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tersebut. Hal ini mungkin terjadi kerana, kurangnya wang peruntukan bagi melaksanakan program seperti ini. Kos perbelanjaan ini diatasi dengan duit murid sendiri iaitu hanya murid-murid yang ada membayar yuran makan sahaja dapat mengikuti program ini. Selebihnya, seperti kos cenderahati dan bayaran penceramah jemputan adalah di bawah tanggungan wang sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain daripada itu, kurangnya penglibatan ibu bapa. Murid-murid yang mengikuti program ini adalah murid-murid yang ibu bapanya mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya anak-anak mengikuti program motivasi seperti ini. Tambahan pula, program ini dilaksanakan pada hari cuti sekolah iaitu hari Sabtu. Mungkin hal ini disebabkan ada kalangan ibu bapa yang mempunyai tanggungjawab lain dan tidak dapat menghantar anak-anak ke program motivasi ini pada hari cuti. Mungkin juga, ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak ke program seperti ini tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan dan faedah pelaksanaan program ini terhadap

kecemerlangan anak-anak. Hal ini adalah kerana kebanyakan murid-murid di sekolah ini adalah berlatarbelakangkan penduduk kampung yang ada di sekitar kawasan Karambunai ini di mana kesedaran mereka terhadap kepentingan pendidikan masih lagi rendah. Tidak seperti cara pemikiran dan kesedaran ibu bapa yang berlatarbelakangkan penduduk bandar.

7.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN Kehadiran bagi program motivasi ini sepatutnya wajib bagi semua murid Tahun 6.

Murid-murid Tahun 5 pula digalakkan untuk menghadiri program ini sebagai pendedahan awal untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Oleh itu, peruntukan PIBG perlu ditingkatkan agar program-program yang berfaedah seperti program motivasi ini dapat dilaksanakan dengan penglibatan sepenuhnya oleh

murid-murid sekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa adalah diperlukan untuk mencari kesepakatan bagaimana untuk meningkatkan tabung dana PIBG. Kesedaran tentang kepentingan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk murid-murid sewaktu perjumpaan dan mesyuarat PIBG perlu diterapkan terhadap ibu bapa. Hal ini boleh membantu meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya sokongan mereka dalam pencapaian kecemerlangan potensi diri anak-anak. Tambahan pula, jemputan harus diberikan kepada ibu bapa supaya mereka boleh menyertai ceramah ini dan mempelajari cara untuk membantu anak-anak mereka dengan strategi pembelajaran yang berkesan. Hal ini adalah kerana ibu bapa merupakan orang yang tedekat kepada murid-murid dan meluangkan masa yang paling banyak dengan muridmurid di rumah. Pendidikan anak-anak tidak akan berjaya jika ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah. Pendidikan asas yang baik sepatutnya bermula dari rumah. Selain itu, tempoh pelaksanaan program motivasi ini agak singkat, iaitu dari awal pagi hingga tengah hari saja. Program ini boleh ditingkatkan lagi pada masa depan dengan memanjangkan tempoh masa kepada dua hari atau lebih. Dengan ini, pelajar dapat menyerapkan dengan lebih banyak maklumat. Motivasi intrinsik yang dalam dapat dipupuk di naluri mereka. Program juga tidak dijalankan secara tergesa-gesa.

8.0

RUMUSAN

Sistem pendidikan moden ini memerlukan perkhidmatan bimbingan yang sistematik. Demi menjayakan Program Bimbingan dan Kaunseling di sesebuah sekolah, perkhidmatan ini memerlukan sokongan material, kemudahan fizikal, personal terlatih serta personal sokongan yang mempunyai sikap membantu. Perkhidmatan ini dapat membantu murid dalam menghadapi cabaran pertumbuhan mereka dan menjadi insan manusia yang bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada analisis yang dilakukan terhadap ialah kem motivasi telah memberi kesan yang positif ke atas pelajar terhadap peperiksaan UPSR yang akan datang. Pelajar menjadi lebih yakin dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran. Mereka telah didedahkan teknik pengurusan masa dan teknik pembelajaran yang efektif. Selain itu, kejayaan sesebuah program itu sangat bergantung kepada objektif program yang jelas, pengurusan masa yang efektif, kemudahan prasarana yang baik dan pengisian program yang mantap. Hubungan yang baik antara peserta dan tenaga kerja program menjamin kejayaan program motivasi ini. 8 Walau bagaimanapun, pemantauan yang

berterusan

terhadap

peserta-peserta

program

perlu

dilaksanakan

bagi

melihat

keberkesanan program secara menyeluruh. Walaupun terdapat sedikit banyak masalah telah berlaku semasa program motivasi ini dijalankan, tetapi pelajar telah mendapat banyak manfaat daripada program ini. Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.

BIBLIOGRAFI Amir Awang. (1984). Pengantar bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Kamus Dewan edisi keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malek Muhamat Said. (2004). Studi Smart. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Marof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2004). Psikologi (ed. 2). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Muhd. Mansur Abdullah. (1986). Kaunseling teori, proses, dan kaedah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof. (2008). Pengantar kaunseling individu. Selangor: Arah Pendidikan. Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2008). Teori kaunseling dan psikoterapi. Negeri Sembilan Dahrul Ehsan: Universiti Sains Islam Malaysia. Suradi Salim. (1997). Bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions. Tan, C. Y. (1988). Bimbingan dan kaunseling: Perkhidmatan, prosedur dan kemahiran. Selangor: Kumpulan Budiman.

10

Anda mungkin juga menyukai