Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran murid Tahun 5 dalam menyelesaikan soalan bahagi yang

melibatkan pembahagi dua digit. Kajian ini dijalankan keatas 5 orang responden yang mempunyai masalah melakukan komputasi bahagi dengan menggunakan kaedah SPAD dan UP and Down. Pendekatan kualitaitf digunakan dengan instrumen yang dipilih termasuklah analisis dokumen, latihan awal, latihan akhir, temubual, pemerhatian dan senarai semak. Kajian ini telah didapati dapat meningkatkan kemahiran responden dalam melakukan komputasi bahagi dengan pengurangan polapola kesilapan seperti penambahan berulang untuk menentukan sifir, menggunakan hasil bahagi yang lebih besar atau kecil dari nilai yang sepatutnya, komputasi darab dan tolak. Responden juga dapat menunjukkan pencapaian yang baik pada latihan akhir dengan aplikasi penggunaan kaedah SPAD dan UP and Down. Selain itu, responden didapati lebih mempunyai motivasi dengan menunjukkan keyakinan dan minat semasa menyelesaikan soalan bahagi yang melibatkan pembahagi dua digit.

Anda mungkin juga menyukai