Anda di halaman 1dari 14

MODUL PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
MATEMATIK SPM 2016
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
PULAU PINANG

TAJUK
GARIS LURUS

1
KERANGKA MODUL

A. Objektif

Pada akhir modul ini, guru akan dapat membimbing pelajar

1. memahami dan menggunakan konsep kecerunan,

2. memahami dan menggunakan konsep kecerunan garis


lurus dalam sistem koordinat kartes

3. mengenali dan menentukan pintasan,

4. memahami dan menggunakan konsep persamaan garis


lurus

5. menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan garis


lurus

B. Kaedah

1. Perbincangan

2. Aktiviti secara berkumpulan

3. Sumbangsaran

4. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

5. Pengajaran Pembezaan

6. Penggunaan peta I-Think

7. Kemahiran secara aruhan

8. Penyoalan Berfikrah

C. Alatan

2
1. Kertas Mahjung

2. Kad manila

3. Papan grid

4. Kertas grid/graf

5. Peta I-Think

D. Penilaian

1. Pembentangan

2. Gallery walk / Graffiti wall

E. Rumusan/Refleksi

Berdasarkan hasil analisis keputusan penilaian

KANDUNGAN

3
Kerangka Modul 2

Kandungan 4

Bahan Modul

5.1 Kecerunan 5

5.2 Kecerunan Garis Lurus Dalam

Sistem Koordinat Cartes 7

5.3 Pintasan 9

5.4 Persamaan Garis Lurus 10

5.GARIS LURUS

5.1 Kecerunan

4
Aktiviti 1 Pengenalan kecerunan

1. Guru memaparkan gambar rajah dua budak menunggang


basikal mendaki lereng yang berbeza kecerunan.

2. Guru menujukan soalan berdasarkan gambar rajah kepada


pelajar untuk memberikan maklum balas terhadap aras
kesukaran pendakian lereng.

Aktiviti 2 Pengajaran Pembezaan

1. Pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan. Setiap kumpulan


diberi tugasan melengkapkan peta bulatan situasi penggunaan
konsep kecerunan. Guru boleh memberi contoh kehidupan
seharian yang menggunakan kecerunan.

2. Perkongsian secara gallery walk.

Aktiviti 3. Kemahiran Berfikir

1. Setiap kumpulan diberi kertas grid dan masalah dengan dua


aktiviti. Mereka dikehendaki menghasilkan dua segi tiga
bersudut tegak dengan jarak mencancang 8 cm dan dua segi
tiga bersudut tegak dengan jarak mengufuk 8 cm. Semua
potongan segi tiga set pertama ( jarak mencancang 8 cm)
ditampalkan di atas papan putih dan pelajar dipanggil secara
rawak untuk menyusun segi tiga tersebut mengikut urutan
kecuraman. Ulang aktiviti untuk set segi tiga kedua. (jarak
mengufuk 8 cm).

2. Guru meminta pelajar menghubungkaitkan kesan jarak


mencancang dan mengufuk terhadap kecuraman (kecerunan).

Aktiviti 4 Kemahiran secara induksi (aruhan)

5
1. Guru menulis kecerunan bagi tiga segi tiga yang pertama dan
pelajar diminta melengkapkan turutan bagi kecerunan bagi segi
tiga yang lain.

2. Guru meminta maklum balas pelajar tentang cara dapatan


nilai yang diberi oleh mereka. (*Nota : Pelajar akan
menyatakan ketinggian/tapak, jarak mencancang/jarak
mengufuk) Guru membimbing pelajar untuk membentuk
formula kecerunan (kesimpulan diperoleh secara aruhan)

jarakmencancang
* Kecerunan = jarakmengufuk

(Nota : Latihan Praktis 5.1b Buku teks m/s 117)

5.2 Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Kartes

6
Aktiviti 1 : Siapa cepat dia dapat

1. Pertandingan menamakan koordinat dalam PowerPoint 1.

Aktiviti 1 Kemahiran secara aruhan

1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan dibekalkan satu


set bentuk segi tiga bersudut tegak dan kertas grid pada satah
kartes. Pelajar diberi kebebasan meletakkan segi tiga dengan
syarat sisi AC mesti selari dengan paksi x.

B/Q

A/P C/R

2.Pelajar diminta melabelkan koordinat A dan B masing-


masing. Kumpulan diminta melengkapkan jadual yang
dipaparkan di papan putih.(Guru boleh menggunakan jadual
pada m/s 118 dengan jawapan kecerunan yang sama)

Pelajar diminta memberi kesimpulan secara aruhan dengan


menghubung kait jarak mencancang dan jarak mengufuk
berdasarkan koordinat A dan B dan seterusnya membentuk
formula kecerunan.

y 2  y1
Kecerunan , m =
x 2  x1

7
3. Dengan mengulangi langkah 2, gambar rajah dipantulkan
seperti rajah di bawah.

Q/B

R/C P/A

Pelajar dibimbing membuat kesimpulan bahawa nilai


kecerunan garis lurus yang condong ke atas dari kiri ke kanan
mempunyai nilai positif dan nilai kecerunan yang condong ke
bawah mempunyai nilai negatif.

4. Kumpulan diberikan kertas grid untuk melukiskan garis lurus


berdasarkan koordinat yang dibekalkan oleh guru (Nota: guna
PowerPoint atau jadual) dan mengira kecerunan setiap garis
dan menulis kecerunan di tepi garis lurus. Setiap wakil akan
membentangkan hasil dapatan masing-masing dan pelajar
dibimbing membuat kesimpulan bahawa

kecerunan garis lurus yang selari dengan paksi x adalah sifar


dan kecerunan garis lurus yang selari dengan paksi y adalah
tidak tertakrif.(  )

5. Latihan seperti 5.2b m/s 122

5.3 Pintasan

8
Aktiviti 1: Inkuiri dan penemuan dengan penggunaan graffiti
wall

1. Wakil setiap kumpulan diminta melukis satu garis lurus yang


melalui satu koordinat yang ditetapkan oleh guru pada paksi- x
pada grid di atas graffiti wall.

2. Guru memperkenalkan istilah pintasan -x.

3. Langkah 1 diulangi dengan koordinat pada paksi- y yang


mana nilai pintasan adalah pintasan y.

4. Pelajar diberikan lembaran kerja untuk menentukan pintasan-


x dan pintasan-y dari garis lurus dalam gambar rajah. (Rujuk
lampiran )

*Nota: Guru harus menekankan bahawa pintasan –x


adalah koordinat –x bagi titik persilangan garis lurus
dengan paksi-x manakala pintasan –y adalah koordinat –y
bagi titik persilangan garis lurus dengan paksi-y.

5.4 Persamaan garis lurus

9
Aktiviti 1 Perbandingan/ramalan/peta i-Think /Pertandingan

1. Kumpulan diberikan satu persamaan garis lurus yang


mempunyai kecerunan yang sama tetapi pintasan-y yang
berbeza. Mereka perlu membina jadual dan melukiskan garis
lurus pada kertas grid.

Contoh y = 2x y = 2x + 2 y = 2x + 5 y = 2x - 3 dsb

2. Setiap wakil kumpulan memindahkan jawapan ke atas papan


grid/ kertas graf/perisian IT .Pelajar membuat perbandingan
tentang kecerunan graf dan pintasan-y berbanding dengan
persamaan garis lurus. (*Nota : Guru perlu memberi
penekanan bahawa dalam persamaan garis lurus 2
mewakili nilai kecerunan manakala pemalar merupakan
pintasan-y.)

Persamaan garis lurus boleh diwakili dengan persamaan am

y= mx + c

3. Pertandingan mencari ahli-ahli kumpulan mempunyai garis


lurus yang sama kecerunan.

Setiap pelajar mencabut persamaan garis lurus dari peti bertuah


dan mencari ahli-ahli kumpulan dalam masa tersingkat.
Kumpulan yang menang akan diberikan insentif.

(Nota: Garis lurus yang mempunyai kecerunan yang sama


adalah selari)

3. Dengan menggunakan contoh satu garis lurus di atas papan


grid, guru meminta pelajar menamakan beberapa titik yang
berada di atas garis lurus tersebut peta bulatan.

4 Guru menggunakan beberapa titik yang diberikan oleh pelajar


untuk menentu sahkan bahawa titik itu berada pada garis lurus
dengan kaedah gantian.

10
5. Guru meminta pelajar menentukan sama ada titik –titik baru
yang diberi (di luar julat satah kartes tadi) terletak pada garis
lurus yang sama tadi. Pelajar diminta untuk membentangkan
jawapan mereka.

(Nota: Sekiranya titik itu terletak pada garis lurus, koordinat –x


dan koordinat-y bagi titik tersebut memuaskan persamaan
garis lurus tersebut.

Latihan merujuk kepada 5.4b m/s 128

Aktiviti 2 Peta Titi

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas A4 dengan rajah


peta titi dan set nilai kecerunan,m dan pintasan-y, c. Pelajar
diminta melengkapkan peta titi dengan persamaan garis lurus
berdasarkan nilai m dan c.

y= 2x + 3

m=2, c = 3

RF:Adalah persamaan garis lurus dengan

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa persamaan


garis lurus dalam bentuk am . Mereka perlu melengkapkan
rajah dengan menentukan nilai m dan c. Pembentangan secara
gallery walk atau ‘ one stay the others stray’.

11
3 Dengan menggunakan beberapa garis lurus yang selari
dengan paksi-x di atas papan grid, guru meminta setiap
kumpulan menyenaraikan beberapa titik yang berada pada garis
lurus yang diberikan. Kumpulan diminta membuat kesimpulan
berdasarkan hasil dapatan masing-masing .(*Nota :Semua
nilai y adalah tetap manakala nilai pemboleh ubah adalah
x, jadi persamaan garis lurus adalah y = pintasan-y) .

4. Langkah 3 diulangi dengan menggunakan garis lurus yang


selari dengan paksi-y. (*Nota: Semua nilai x adalah tetap
manakala nila pemboleh ubah adalah y, jadi persamaan
garis lurus adalah x=pintasan -x) .

Aktiviti 3 Penggunaan peta alir/ Pembelajaran Berasaskan


Masalah

1.Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa set masalah


persamaan garis lurus yang melalui suatu titik dan mempunyai
kecerunan tertentu. Mereka dikehendaki berbincang dalam
kumpulan dan mencari persamaan dengan bimbingan peta alir.

Contoh

y=mx+c Bila m= 3, x=2, y=11,

y=3x+c 11= 3(2) +c

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa set masalah


persamaan garis lurus yang melalui dua titik . Mereka
dikehendaki berbincang dalamy= 3x+5
kumpulan dan mencari c= 5
persamaan dengan bimbingan peta alir.
jhkjhkjhkjh
Contoh: Persamaan yang melalui titik (1,6) dan (2, 8)

12
Cari kecerunan m=2, Gantikan nilai x dan

86
y=2x+c y dari salah satu
2 1
titik

y= 2x + 4 6=2(1)+c,

c=4

3.Setiap kumpulan dibekalkan dengan set masalah dalam


gambar rajah yang mempunyai persamaan garis lurus yang
selari dengan suatu garis lurus dan melalui satu titik tertentu.

Contoh

Garis lurus yang diberikan y=2x-3. Cari persamaan garis lurus


yang selari dengan garis lurus tadi dan melalui koordinat (4,-2)

Kenal pasti Gantikan nilai Ganti koordinat


kecerunan garis kecerunan 2 dalam (4,-2) ke dalam
lurus, m=2 y = mx + c y= 2x+c
y= 2x + c -2 = 2 (4) + c

y = 2x-10 Tentukan nilai c


c= -10

*Nota: Pastikan persamaan garis lurus adalah dalam bentuk am


y = mx + c (koefisien y adalah 1) sebelum mengaplikasikan
nilai m dalam pembentukan persamaan garis lurus .

Contoh

13
Persamaan diberi Persamaan dalam Nilai kecerunan,m
bentuk am

2y = 3x + 6 3 3
y= x+6 m=
2 2

3y + 4x – 2 = 0 4 2 4
y=- x+ m= -
3 3 3

Aktiviti 4: Penyelesaian soalan berbentuk SPM/KBAT

Pelajar diberikan contoh-contoh soalan tahun lepas dan soalan


contoh KBAT untuk dibincangkan.

Pelajar dalam kumpulan menyelesaikan masalah dalam kad


tulis/kertas mah-jong.

Pelajar akan membentangkan hasil dapatan menggunakan


kaedah one stay the others stray.

UNTUK RUJUKAN

http://3.bp.blogspot.com/-OVZBDiVj_-
4/ULbNTrN8DTI/AAAAAAAAAHU/tzwCzm-
6KgA/s1600/teorimath-blogspot-16a.jpg

14

Anda mungkin juga menyukai