Anda di halaman 1dari 1

Berasaskan Teori Herzberg, bincangkan kepentingan faktor hygiene dalam mempengaruhi prestasi

sesebuah organisasi

Pada pendapat saya, faktor hygiene penting dalam mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi.
Hal ini kerana, apabila individu itu berasa puas hati dengan kerjanya, maka prestasi kerjanya akan
meningkat secara automatik. Oleh sebab itulah, Herzberg (1968) menyarankan organisasi – organisasi
untuk menggunakan teori ini untuk mengelak rasa tak puas hati dalam bekerja untuk meningkatkan
prestasi bekerja.

Sebagai contoh, jika teori Hygiene ini tidak dititikberatkan oleh majikan, pekerja yang tidak
mendapat kepuasan bekerja akan menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti ponteng kerja. Pekerja
yang rajin pula akan mendapatkan pekerjaan di organisasi lain. Manakala, pekerja yang tinggal hanyalah
pekerja yang sederhana sahaja untuk membantu meningkatkan prestasi organisasi. Kehilangan sumber
– sumber manusia yang berkualiti dalam sesebuah organisasi mampu merencatkan prestasi organisasi
tersebut. Oleh itu, faktor Hygiene ini mampu mempengaruhi prestasi sesebuah organisasi.

Walaubagaimanapun, menurut Fred dan Doh (2012), faktor kepuasan bekerja adalah terpisah
daripada faktor yang membawa kepada ketidakpuasan bekerja. Oleh itu, walaupun sesebuah majikan
mampu menyediakan segala prasarana dan mengelakkan segala faktor ketidakpuasan bekerja, ianya
tidak menjamin kepada peningkatan prestasi bekerja seseorang pekerja.

Anda mungkin juga menyukai