Anda di halaman 1dari 2

1.

Tema dan Persoalan Tema yang terkandung dalam Novel 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim ialah jati diri remaja yang diuji dengan pengaruh Barat. Dalam novel, watak utama iaitu Sukma telah menunjukkan jati diri yang teguh walaupun kawankawannya telah dipengaruhi dan menyertai kelab WX2. Melalui interaksi Sukma dan keluarganya, jati diri remaja yang dibimbing juga akan menghasilkan insan yang prihatian terhadap keadaan sekeliling, perassan kasih sayang dan memupuk persahabatan. Novel ini juga mempunyai beberapa persoalan yang terkandung dalamnya. Pertama, Dedikasi terhadap tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Contohnya, ayah kepada Sukma merupakan wakil rakyat yang bertungkus lumus untuk bekerja supaya membantu rakyat-rakyat di daerah perwakilannya. Ibu Sukma juga pernah bekerja sebagai seorang pemimpin di tempat kerjanya. Kedua, perasaan ingin tahu terhadap perkara di sekeliling. Sukma terkesan dengan kehadiran tetamu-tetamu misteri yang muncul di depan rumahnya dan dengan perasaan ingin tahu, dia telah mencari jalan untuk menempuh kisah-kisah silam keluarganya dan kini berkaitan dengan apa yang berlaku di daerahnya. Ketiga, ketidaksefahaman antara generasi tua dengan generasi muda. Sukma sering bertengkar dengan ibunya kerana ibunya sering khuatir bahawa suatu buruk akan beralku kepada anaknya. Jerry pula berasa bahawa ibu bapanya sering mengongkong hidupnya. 2. Watak dan Perwatakan Watak utama dalam novel Novel 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim ialah Sukma. Sukma merupakan Anak tunggal yang berumur 19 Bertubuh kurus Sentiasa kemas dan cantik Belajar di IPTA dan tidak tinggal di asrama Mempunyai kawan-kawan seperti Teja, Alvin, Jerry dan Rafiq Mempunyai pontensi sebagai seorang pemimpin Lebih rapat dengan ayah daripada ibu Rafiq : Ayah Ibu Suri rumahtangga selepas berhenti kerja Selepas bekerja, emosinya tidak stabil Agen khas kepada negara dan menyamar sebagai orang penting dalam WX2 Wakil rakyat di daerahnya Rapat dengan anaknya Suka menolong orang Pemimpin yang baik 19 tahun, segak dan tampan Berdarah kacukan Tinggal di Washington sebelum ini Mempunyai jati diri yang teguh

3. Latar masyarakat Terdapat beberapa latar masyarakat dalam Novel 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim. Pertama, masyarakat yang melakukan kesalahan serta menyalahi undang-undang. Contohnya, ahli Kelab WX2 cuba mempertahankan ideology kebebesan yang ditunjangi oleh pemikiran Barat. Kelab ini disanjungi oleh remaja-remaja yang berpendidikan dan terpengaruh oleh muzik Black Metal. Kedua, masyarakat yang mengambil berat tentang hal rakan sebaya. Contohnya, Sukma amat mengambil berat rakan-rakannya. Dia juga tidak mahu rakan-rakannya terjebak dalam masalah-masalah. Ketiga, masyarakat yang mengekalkan adat turun-temurun. Contohnya, Reny amat kuat berpegang pada kepercayaan daripada kuam Iban.

Latar masa Dalam Novel 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim, latar masanya adalah pada Zamam moden dan kisah ini berlangsung hanya selama 7 hari. Semasa cerita ini berlaku, Sukma berusia 19 dan masih bertuntut di sebuah universiti. Pada waktu pagi, tetamu-tetamu misteri muncul di depan rumahnya Pada waktu petang, Sukma ternampak seorang lelaki yang pernah datang rumahnya berhampiran dengan kelab WX2. Pada waktu malam, kelab WX2 beroperasi dan remaja berkumpul di ruang sepi

Latar Tempat Dalam Novel 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim, latar tempatnya adalah seperti Kawasan bandar tempat tinggal Sukma dan kawan Banglo miliki ayah Sukma peristiwa tetamu datang ke rumah Kampus universiti Sukma tempat Sukma belajar Bangunan biru di hujung daerah kelab WX2

4. Nilai

Kasih sayang Sukma mencintai ibunya Berdikari Sukma tidak bergantung sepenuhnya pada keluarga Prihatin Sukma dan keluarga serta kawan pergi membantu di majlis amal Berani Sukma menunjukkan keberanian semasa menyiasat tentang kes WX2

Pengajaran Golongan remaja tidak seharusnya terpengaruh dengan pengaruh Barat. (muzik dan budaya WX2) Golongan remaja perlu mempunyai jati diri yang kukuh. (Rafiq mengetahui budaya kaum sendiri iaitu Iban) Menghormati orang tua (Sukma menghormati orang tuanya) Tidak mudah putus asa. (Sukma bersungguh-sungguh mencari jawapan tentang ibunya dan WX2)

Anda mungkin juga menyukai