Anda di halaman 1dari 27

Novel 6.

20

Sinopsis

Novel ini mengisahkan Sukma, yang telah menghadapi beberapa


peristiwa yang kebetulan berlaku pada waktu 6.20. Pada waktu
tersebut,Sukma telah menerima kedatangan seorang wanita tua,kanakkanak dan seorang lelaki. Sukma ingin mengetahui tentang mereka tetapi
dihalang oleh ibunya. Tindakan ibunya menyebabkan Sukma tidak berpuas
hati hingga membawa kepada pertengkaran kecil.
Jerry, teman sekuliah Sukma telah dipercayai terlibat dengan
kumpulan WX2. Sukma menyedari hal ini sehinggalah dia diberitahu oleh
Alvin ketika mereka sedang melakukan perbincangan kumpulan. Sukma
mengambil keputusan untuk pergi ke kelab kumpulan WX2. Dia telah
berjumpa dengan Iskandar. Sukma mendapati Iskandar ialah salah seorang
ahli kelab tersebut.
Sukma berasa gembira apabila bertemu dengan Aim,kanak-kanak
yang ditemui di rumahnya pada pukul 6.20 pagi. Sukma juga mengetahui
bahawa nenek Aim ialah bidan kepada ibunya.
Sukma semakin mencurigai ibunya sendiri. Kecurigaan ini bertambah
apabila Abang Aim turut bercerita tentang kisah hidupnya dan kaitannya
dengan ibu Sukma. Sukma meminta Jerry memberikan maklumat kepada
pihak polis tentang kumpulan WX2. Rafiq membawa Iskandar menemui
Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan. Akhirnya dalam operasi
tersebut, Ibu Sukma telah ditembak dan koma di hospital kerana dia
merupakan seorang perisik kerajaan.

Cikgu Ain

Novel 6.20

Intipati Bab
Bab 1 Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin
di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir
ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia
atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak
mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya,
perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya
kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah
kegemarannya iaitu Tamadun Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor
Darul.
Bab 2 Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu
pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada
membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut
atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya,
Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma
bertanya tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka
berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan
tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di
kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak
muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di
Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri
Rafiq sebenarnya dan punca dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah
ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.
Bab 3 Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia
disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan
mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar,
muncul dua ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan
seekor berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma
membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan
Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh
Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan
kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut
dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik

Cikgu Ain

Novel 6.20

Kemasyarakatan Islam. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu


misteri 6:20.

Bab 4 Rabu Malam


Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan
ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia tiga tahun yang
menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Pada majlis tersebut juga,
Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap
dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran,
merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang
dan suka meniru gaya barat. Ketika dalam majlis itu juga, Sukma ternampak
perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pukul
6:20 subuh Isnin lalu tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.
Bab 5 Khamis
Jam menunjukkan 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima
tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak
lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanakkanak tersebut ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana
membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di
bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan
Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah
mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah
kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya
sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami
ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari
bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry
memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga
terlibat dalam kelab tersebut.
Bab 6 Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam
6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari
tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka.
Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya
supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma ke Kafe
Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional.
Cikgu Ain

Novel 6.20

Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu


sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan
persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny
tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang
mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di
kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam menunjukkan pukul 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat
berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah
muncul sebelum itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya
masuk ke rumah untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah
Aim. Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke
rumah. Aim yang terdengar suara ibu terus melarikan diri keluar. Apabila
Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma
mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya.
Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma
dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu,
ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu
beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu
daripadanya. Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul.
Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilah
terrorism. Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur.
Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui
aktiviti yang dilakukannya semalam.
Bab 8 Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin
berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2
pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di
seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu
pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan
penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun
lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk
bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi berjumpa
dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka
tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru
tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan
sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang meragukan.
Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma
Cikgu Ain

Novel 6.20

dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2
dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi
Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya hanya Iskandar yang
memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 Jumaat Malam


Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis
diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda
dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa
di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain.
Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri
untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan
bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya
berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa
dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada
Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya
tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim
telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan
masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya
bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20. Rafiq
juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan
Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi
adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual. Walau
bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar
kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal
sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya, Sukma dan Rafiq
mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan
Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka.
Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah
itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya
ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga menyatakan bahawa dia
bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan
membuat pilihan.

Cikgu Ain

Novel 6.20

Bab 10 Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar
rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal usulnya. Nenek
tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma
menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak
aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu.
Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora. Kedatangan
mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa dia mengenali
Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2. Sukma ke
Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma
mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri
kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 Sabtu Lagi


Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak terkejut
dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan
sebelum ini. Iskandar seronok mencerita tentang aktiviti yang dijalankan di
kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga
persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan. Sukma berasa
hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan
kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka
yang bernama Reny dan misi kelab mereka. Sukma berlegar-legar di ruang
kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut
terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma
bertanyakan tentang Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf
kepada Sukma. Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi
kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma
bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian
idea.
Bab 12 Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma
mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada
waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu
kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin
mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma
mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah
Sukma. Teja menanya tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma
Cikgu Ain

Novel 6.20

menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang


diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab
tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang
sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi
kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang
sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka
berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta
mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya.
Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan Aim keluar
dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan
daripada bapanya. Namun begitu, apabila mendapati Aim tertidur di dalam
biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering
keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan
hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia
membantu.

Bab 13 Sabtu Petang


Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi
sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya
memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma.
Buku itu menceritakan cara-cara menangani tekanan. Sukma tidak
menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa. Tuan
Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah
Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti. Sukma
berjanji akan meminta maaf dengan ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih
tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang
berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan
keterangan lanjut daripada Kak Ros. Sukma tahu ayahnya telah
melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu
ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi
yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.
Bab 14 Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan
Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang
rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi
Cikgu Ain

Novel 6.20

dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah
diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.
Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan
menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan
memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba,
Iskandar datang untuk menjelaskan ruang sepi kepada Sukma. Sukma pula
mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry. Iskandar
sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia
menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup. Sukma
beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan
bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah
Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya. Sukma
meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang.
Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek
menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia
sendiri menjaga Sukma selama dua bulan. Nenek juga memberitahu tentang
cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas.
Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusiaempat bulan ada
tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam
6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.

Bab 15 Sabtu Malam yang Sama


Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu
Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri.
Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka
membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang
dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua
perkara yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma
menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya.
Selepas menghantar Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang
Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah
bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang
Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada
pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah
berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apaapa sahaja untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil.
Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada.
Cikgu Ain

Novel 6.20

Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80 peratus remaja berusia antara
15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka
tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma
pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin
berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat
ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya
mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar tibatiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa
kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar,
mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad
untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga
meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan
kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.
Bab 16 Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh
Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap
ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanakkanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu
ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam
kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa
yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan
mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya.
Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan
kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan
siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 Ahad Pagi


Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab
WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis
Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan.
Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia
bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma
meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai
saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar.
Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan.
Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan
yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang
berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti
Cikgu Ain

Novel 6.20

mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi,


terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih
ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan.
Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia
pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry
lagi, Kelab WX2 itu ialah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan
semata-mata.
Bab 18 Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah
memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di
bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka
pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan
membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang
perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada
Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan
dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma
menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka
meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar.
Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam
kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli
kumpulan tersebut.
Bab 19 Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan
itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai
kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan
pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap.
Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan
ahli kumpulan itu semasa operasi.

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang
anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili
oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan
golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus
hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup

Cikgu Ain

10

Novel 6.20

seperti menganggotai kumpulan black metal yang telah dilakukan oleh


Jerry.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;
1. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin
berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada
jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya
kepada dirinya.
2. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu
dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan
dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan
masalahnya.
3. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala
maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya
terancam.
4. Berani menegakkan kebenaran
Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan
bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke
Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab
tersebut.
5. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat
walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
6. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi
membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.
7. Remaja yang mudah terpengaruh.

Cikgu Ain

11

Novel 6.20

Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang


memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran
barat.

Watak
Watak Utama
Nur Sukma
1. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia
yang berusia 19 tahun.
2. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian
tinggi awam.
3. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budakbudak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan
tempat tinggalnya).
4. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati
kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).
5. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah
ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu
misteri yang berada di luar rumahnya).
6. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya
setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).
7. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan
urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).
8. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk
melihat keadaan sebenar kelab tersebut).
9. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi
bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar
daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).
10.
Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan
ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).
11.
Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim
yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).

Cikgu Ain

12

Novel 6.20

12.
Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk
mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).
13.
Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap
tingkah laku ibunya).

Watak Sampingan
Puan Delia
1. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.
2. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada
berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan
pagar rumahnya).
3. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma
menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).
4. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.
5. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
6. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah
buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami
tekanan perasaan).
7. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat
di rumah).
8. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli
kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut
untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).
Tuan Haji Syaqir
1. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung
dengan penuh amanah).
2. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana
bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan).
3. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan
urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu).

Cikgu Ain

13

Novel 6.20

4. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati


masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka).

oleh

5. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam


menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan
Puan Delia).
6. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila
mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri).
7. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar
memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku
kasar dengan ibunya).
Teja
1. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam.
2. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun.
3. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa.
4. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja
sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya).
5. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya
(Teja membantu Jerry yang bermasalah).
6. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja
mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah).
Reny
1. Berketurunan Iban.
2. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta.
3. Mahir segala jenis tarian tradisional.
4. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
5. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan.
6. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon
maaf
kepada
Sukma
kerana
tidak
memberitahu
tentang
penglibatannya dalam Kelab WX2).
7. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya).

Cikgu Ain

14

Novel 6.20

8. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Jerry
1. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.
2. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
3. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya
untuk berpindah).
4. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan
atau kebebasan dalam menentukan hidupnya).
5. Seorang pemuda yang ingin mencari
berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi).

kebebasan

(Jerry

sering

6. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang
tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis).
7. Terlibat dengan kumpulan WX2.
Iskandar
1. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.
2. Tertarik kepada Sukma.
3. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu
dari sudut yang songsang).
4. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain).
5. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang
keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2).
6. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.
Kak Ros
1. Jiran kepada keluarga Sukma.
2. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an.
3. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.

Cikgu Ain

15

Novel 6.20

4. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah
kematian kedua-dua orang tuanya).
5. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab
WX2).
6. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati
Sukma supaya sentiasa berhati-hati).
7. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu
Sukma).
Rafiq
1. Berasal dari Washington.
2. Pelajar cemerlang dari Amerika.
3. Seorang lelaki yang baik hati.
4. Seorang yang mudah dibawa berbincang.
5. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma.
6. Tertarik kepada Sukma.
7. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq
sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang).
8. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah.
9. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia.
10.
Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu
Sukma mahupun Jerry yang bermasalah).
Wanita Tua/Nenek
1. Seorang wanita tua yang berdikari (Hidup sendiri bersama-sama
cucunya, Aim).
2. Sayang akan cucunya.
3. Bidan kepada ibu Sukma.
4.

Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma


(Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma).

5. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia.


Cikgu Ain

16

Novel 6.20

6. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya.


7. Seorang yang tabah (Membesarkan cucunya seorang diri setelah
kematian anak lelakinya)
8. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan
Sukma terhadap ibunya.
Abang Aim
1. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah.
2. Seorang penghidap AIDS.
3. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang.
4. . Bekas ahli kumpulan WX2.
5. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.
6. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan
Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka.
Aim kecil
1. Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun.
2. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun.
3. Matang walaupun masih kecil.
4. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi.
5. Gemar makan roti.
6. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek).
7. Sayang akan neneknya.
Su Ani
1. Ibu saudara Teja.
2. Pemilik Kafe Flora.
3. Berkahwin dengan Su Rawi.
4. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakanrakannya).

Cikgu Ain

17

Novel 6.20

5. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya
makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka).
6. Mesra dengan kanak-kanak.
Pak Rashid
1. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun.
2. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam.
3. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Merahsiakan aktiviti ibu
Sukma).
4. Prihatin terhadap Sukma (Bimbang akan Sukma yang sentiasa
keresahan).
5. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya
untuk membantu Sukma).
Latar
Latar Masa

6:20 pagi
Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang
pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

Petang
Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah
petang.

Senja
Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja
hampir berlabuh.

Malam
Contoh: Ibu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood

Latar Tempat

Banglo Taman Megah


Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

Cikgu Ain

18

Novel 6.20

Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada
pelajar-pelajarnya.

Balkoni kamar
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.

Rumah Ehsan
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani
pembedahan jantung.

Kafe Flora
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian
tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.

Di pintu pagar rumah


Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia
lapar. Dewan peperiksaan

Tempat rehat
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk
menyelesaikan kerja kumpulan mereka.

Kelab WX2
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar
kelab tersebut.

Warung Pak Alias


Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di
seberang jalan.

Rumah Aim
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.

Rumah Tuk Siak


Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

Kawasan tanah perkuburan

Cikgu Ain

19

Novel 6.20

Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu


bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.

Bangunan biru di hujung daerah


Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah berjaya
membuat tangkapan terhadap mereka.

Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena
tembakan ahli.

Latar Masyarakat

Masyarakat pelajar universiti.


Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut dalam
Jurusan Sains dan Falsafah di institusi pengajian tinggi awam.

Masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda.


Contoh: Puan Delia ibu kepada Sukma menyamar sebagai salah seorang ahli
kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk
mengetahui pergerakan kumpulan tersebut.

Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.


Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari
kerja.

Masyarakat
perjuangan

yang

cenderung

menggunakan

kekerasan

Contoh: Beberapa jenis suntikan turut digunakan


membuatkan para pengikut bertindak ganas.

yang

dalam
boleh

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan cabaran.


Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual
buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas
anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari
meninggalkan dia dan Aim.

Masyarakat yang berdikari.

Cikgu Ain

20

Novel 6.20

Contoh: Nenek Aim bekerja di pasar malam dan pasar basah setiap
hari, berjual buah untuk menyara kehidupan.

Masyarakat yang mudah terpengaruh oleh golongan pemikiran Barat.


Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny yang menyertai kumpulan WX2 yang
memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran
Barat.

Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi.


Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan
1. Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di
pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi. Ibunya telah melarang
Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma
begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.
Perkembangan
1. Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.
2. Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan
mengadakan persembahan tarian tradisi Sarawak.
3. Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab
WX2.
4. Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui
tentang Sukma melaluinya.
5. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan
Iskandar.
6. Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.

Klimaks
Cikgu Ain

21

Novel 6.20

1. Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang


Kelab WX2.
2. Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis.
3. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku
kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
4. Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.
Peleraian
1. Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan
WX2 semasa operasi.

Teknik Plot
1. Pemerian

Contoh: Tepat jam 6:20 hari Rabu, dua minggu lepas, saya sudah
duduk di balkoni kamar. Mata saya tertumpu ke arah luar pagar.
Suasana terasa dingin. Saya melirik sekitar balkoni. Embun membasahi
kelopak dan dedaun mawar putih yang saya tanam di dalam pasu di
sepanjang dinding balkoni. Suasana sunyi sepi. Sesekali terdengar
kicauan burung sayup-sayup.

2. Imbas kembali

Contoh: Saya tersenyum ingatan saya tentangnya kembali . Awal pagi


semalam, sewaktu saya mencari wanita tua yang membawa sebakul
buah manggis, pemuda inilah yang melintas di hadapan saya. Dia yang
berbasikal cuba menyapa dengan senyuman. Ya, memang dialah
pemuda itu. Pertanyaannya saya jawab dengan anggukkan.

3. Dialog

Contoh: Sukma kenal dia? Siapa, ya? Awak ni penuntut baharu di


sini? Tanya Teja

4. Monolog dalaman

Contoh: Bijak sungguh anak kecil ini, kata hati saya.

5. Saspens

Contoh:

Cikgu Ain

22

Novel 6.20

Saya menanti dengan penuh debaran. Salah seorang pegawai polis


telah memaklumkan, kumpulan di daerah kami sudah berpecah dan
ketua tertingginya ada bersama-sama di sini.
Ibukah ketua tertingginya, ayah?
6. Kejutan

Contoh:
Pak Rasyid, ibu ke mana pagi tadi? Dia ada hubungan sulit dengan
sesiapa di luar pengetahuan ayah ke?
Haji Rasyid tersentak . Dia tidak menyangka saya saya meragui ibu
sehingga tahap itu.
Oh, selamat datang ke kelab WX2, Cik Nur Sukma!
Saya tersentak dan menoleh ke arah pemilik suara yang menyapa
dengan suara yang lantang.

Gaya Bahasa
1. Personafikasi

Contoh: Cuaca pagi terasa menggigit kerana malam tadi hujan


turun dengan lebat.

Contoh: Hati kecil saya menghidu sesuatu.

Contoh: Angin ikut mendakap bahu, melenggokkan pinggang.

Contoh: Menyedari Asar sudah semakin tua.

2. Sinkope

Contoh: Kenapa akak tak nak cakap. Akak tak suka jumpa Aim?.

3. Simile

Contoh:
Dia hairan melihatkan kami
berhadapan seperti patung cendana.

Contoh: Dia kini menjadi seperti tugu seorang remaja...

Contoh: Bersolek pucat pasi seperti mayat

Cikgu Ain

dua

beranak

duduk

23

Novel 6.20

Contoh: Dia yang sering sinikal dan berprasangka, kini bagaikan


anak kecil yang riang, tenang dan positif mendepani saya.

4. Kata ganda

Contoh: Apa awak cakap ni? Anak kita sihat walafiat. Kenapa fikir
yang bukan-bukan

Contoh: Jawapan Tuk Siak lebih menggemparkan. Saya jadi keliru,


libang-libu, lalu bingkas bangun.

5. Peribahasa

Contoh: rendah diri, hati budi, air muka, berhati kering, hilang akal,
berpeluk tubuh,
tangan yang mengayun buaian dapat
menggoncang dunia.

6. Penggunaan Bahasa Inggeris

Contoh: teroris, fall from grace, enter, power point, underground

7. Penggunaaan Bahasa Arab

Contoh: Insya-Allah, Assalammualaikum, Alhamdulillah, madrasah,


souq, waalaikumussalam.

8. Bahasa puitis

Contoh: Saya memejamkan mata merehatkan fikiran, perasaan dan


tubuh yang keletihan berkejaran ke sana ke mari mencari jawapan

Contoh: Saya memejamkan mata dan menari terasa alam berputar


mengikut irama gendang, mengikut jatuh tapak kaki ke bumi dan
melayang ke udara mengikut langkah tarian. Angin ikut mendakap
bahu, melenggokkan pinggang. terasa amat ringan, amat nyaman.

9. Anafora

10.

11.
Cikgu Ain

Contoh: Mengapa tak pergi bertanya kepada mereka, bukakan


pintu mengapa tak benarkan mereka masuk? Ayah Sukma tak
tahu?
Inversi
Contoh: Dunia yang baharu terasa kini.
Metafora
24

Novel 6.20

12.

13.

14.

Contoh: kolam mata, kerusi panas, pintu jawapan


Bahasa sinis
Contoh: Tak sangka kita akan berjumpa di sini ! Apa khabar Tuan
Haji Syaqir, wakil kami yang amat baik hati dan sentiasa mengambil
berat tentang kami? Suara itu seperti sedikit menyindir.
Kata majmuk
Contoh: kaki lima
Doa
Contoh: Sebelum melangkah keluar, ada doa dan ayat tertentu daripada
al-Quran yang dianjurkan membacanya. Yang paling mudah, maksudnya
Dengan nama Allah, kami bertawakal kepada Allah.

Nilai

Kasih sayang
Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau
tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

Prihatin
Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai
pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

Setiakawan
Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada
terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

Tanggungjawab
Contoh: Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan
perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai
persoalan tetamu misteri.

Saling menghormati
Contoh; Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada
kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.

Kejujuran

Cikgu Ain

25

Novel 6.20

Contoh; Reny berterus-terang kepada Sukma bahawa dia mengenali


Sukma daripada Iskandar dan mempunyai hubungan yang lebih
daripada seorang kawan dengan Iskandar.

Pengorbanan
Contoh: Jerry sanggup memberi
walaupun nyawanya terancam.

maklumat

kepada

pihak

polis

Patriotik
Contoh: Sukma dan Kak Ros saling membantu untuk membanteras ahli
kumpulan WX2 yang akan menggugat keamanan negara.

Keimanan
Contoh: Sukma dan Hj Syaqir taat menunaikan kewajipan solat sebagai
umat Islam.

Kecintaan
Contoh: Sukma, Reny dan Kumpulan Waris Cinta melibatkan diri dalam
seni tarian tradisi walaupun mereka merupakan golongan remaja.

Kerjasama
Contoh: Sukma, Rafiq, Iskandar, Jerry dan Kak Ros saling bekerjasama
untuk membanteras ahli kumpulan WX2.

Rasional
Contoh:
Sukma
berfikiran
rasional
walaupun
mempengaruhinya tentang kegiatan Kelab WX2.

Iskandar

cuba

Pengajaran

Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita


Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui
tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia
ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar

Cikgu Ain

26

Novel 6.20

Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran


barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan
WX2.

Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan


Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk
menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada
terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.

Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air


sendiri
Contoh: Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu
meskipun dia dibesarkan di luar negara.

Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah


Contoh; Tuan Haji Syaqir bertanggungjawab melaksanakan tugasnya
sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.

Kita hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam


Contoh: Haji Syaqir dan Sukma tidak culas menunaikan tanggungjawab
mereka sebagai umat Islam.

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan cabaran


Contoh: Nenek dan Aim tabah menghadapi dugaan dengan menjual
buah manggis untuk menyara kehidupan mereka berdua, selepas
anaknya (ayah Aim) meninggal dunia, ditambah lagi ibu Aim yang lari
meninggalkan dia dan Aim.

Rakyat hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan negara


Contoh: Ibu Sukma sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan
golongan muda daripada terus terjerumus dalam pemikiran barat yang
menggugat keamanan negara.

Cikgu Ain

27

Anda mungkin juga menyukai