Anda di halaman 1dari 2

Pak Kaduk

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para hakim yang


bijaksana. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menceritakan tentang kebodohan
Pak Kaduk.

Ada sebuah negeri bernama Seri Gading. Rajanya sangat suka menyabung
ayam. Baginda sering menumpukan perhatian pada permainan itu sehinggakan
setiap penduduk lelaki Seri Gading juga turut menghabiskan masa menyabung
ayam. Baik di pekan atau di kampung, orang akan menyabung ayam dan bertaruh.

Di salah sebuah kampung Seri Gading, tinggal sepasang suami isteri


bernama Pak Kaduk dan Mak Kaduk. Pak Kaduk sangat bodoh. Semua orang di
kampung itu, termasuk Raja tahu akan kebodohannya. Pak Kaduk ada membeli
seekor ayam sabung. Dia selalu berangan hendak menyabung ayamnya dengan
ayam Raja.

Pada suatu hari, Pak Kaduk bertanya kepada Mak Kaduk “Bagaimanakah
kalau ayam kita dilagakan dengan ayam Raja?” “Bagus juga cadangan kamu tapi
apakah yang hendak kamu taruhkan sekiranya kamu kalah atau menang?” kata
isterinya pula. “Itu senang saja, kita pertaruhkan kampung kita” jawab Pak Kaduk.

Pak Kaduk meminta Mak Kaduk menjahit baju untuknya menggunakan kertas
tetapi Mak Kaduk enggan. “Eh Pak Kaduk, alangkah malunya sekiranya pakaian
kamu koyak di khalayak ramai” “Eh aku tidak peduli. Tentu orang ramai akan fikir
aku menarik kerana tidak ramai yang berpakaian seperti itu”, terang Pak Kaduk.

Mak Kaduk menggeleng kepalanya lalu terus membuat baju dan seluar
menggunakan kertas. Setelah siap, diberikannya kepada Pak Kaduk untuk
dipakai.“Wah, menarik sekali! Pak Kaduk kelihatan seperti ahli sabung ayam.
Selepas itu, Pak Kaduk pergi ke reban untuk menangkap ayam sabungnya.

Pak Kaduk terus berjalan menuju ke gelanggang sabung ayam Raja dengan
memakai baju dan seluar kertas. Dia hendak mencuba nasibnya. Di gelanggang,
Raja dan rakyat jelata sudah berhimpun untuk menyaksikan perlawanan yang
dijangka hebat, Apabila sampai, dia terus menghadap raja dan memberitahu Raja
yang dia ingin melagakan ayamnya dengan ayam Raja.

“Apakah yang kamu pertaruhkan untuk perlawanan ini?” tanya Raja. “Hamba
tidak punya duit tapi hamba ingin mempertaruhkan kampung hamba” jawab Pak
Kaduk bersungguh-sungguh.

Pada masa yang sama, Raja sudah tertarik dengan ayam Pak Kaduk dan
merasakan ayam itu akan menang. Lantas, baginda ingin menukar ayam dengan
ayam Pak Kaduk. “Pak Kaduk, beta rasa lebih baik ayam kamu ditukar dengan ayam
beta. Ayam beta sangat kuat dan sukar dikalahkan” pujuk Raja. Pak Kaduk tidak
berfikir panjang lalu terus bersetuju dengan cadangan Raja.

Perlawanan pun dimulakan. Pada mulanya, kedua ayam itu nampak sama
kuat. Orang ramai bersorak-sorak. Pak Kaduk berlari ke kiri dan ke kanan. Namun
lama kelamaan, ayam Raja menjadi lemah. Ayam Pak Kaduk sungguh kuat. Ia pasti
menang dalam perlawanan itu. Tapi kasihan Pak Kaduk, dia terlupa ayamnya bukan
kepunyaannya lagi. Dia terus menjerit-jerit suka hati kerana ayamnya menang.

Pak Kaduk sungguh gembira. Dia melompat-lompat. Raja dan orang ramai
tersenyum melihat kelakuan Pak Kaduk.Pak Kaduk masih terlupa ayamnya telah
ditukarkan. Dia berlari ke kiri dan kanan. Tiba-tiba… pakaiannya koyak. Pak Kaduk
berhenti bersorak. Dia sudah bertelanjang di gelanggang. Orang ramai mula
mengejeknya. Kasihan Pak Kaduk. Dia sungguh malu lalu segera berlari pulang ke
rumah.

Sesampai saja di rumah, dia menceritakan kejadian itu kepada Mak Kaduk.
Mak Kaduk menangis. Pak Kaduk hairan kerana dia berasa ayamnya sudah menang
walaupun dia sudah malu bertelanjang di hadapan orang. Pak Kaduk, sebenarnya
awak kalah. Ayam sabung awak menang tetapi sudah menjadi kepunyaan Raja.
Sekarang kita tidak ada kampung lagi,” kata Mak Kaduk teresak-esak. Dan
menangislan Pak Kaduk semahunya mengenangkan kebodohannya itu!

Begitulah cerita tentang kebodohan Pak Kaduk. Kawan-kawan, pengajaran


dari cerita ini ialah kita jangan mudah percayakan orang. Kita juga hendaklah
mendengar nasihat orang supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai