Anda di halaman 1dari 4

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar

Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja
Indera Sari mahu mengadakan pesta menyabung ayam.

Raja : Bendahara, khabarkan kepada seluruh pelusuk negeri, beta


ingin mengadakan pesta sabung ayam 3 hari lagi.

Bendahara : Menjunjung titah tuanku. Ampun tuanku.

Pak Kadok terdengar perkhabaran tentang Raja Indera Sari yang hendak
mengadakan pesta sabung ayam. Penduduk kampung sering berkata ayam Pak
Kadok, Biring itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara.

Pak Kadok : Ha, ha, ha… kali ini ayam hamba pasti menang dalam
pertarungan itu nanti. Ayam hamba bukan sebarang
ayam, Si Biring pasti membawa tuah kepada hamba.

Begitualah tingginya angan-angan Pak Kadok.


Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar
untuk ke pesta itu. Walau pun miskin tetapi dia tetap suka bergaya.

Pak Kadok : Siti… ooo… siti


Mak Siti : Ada apa kanda, terjerit-jerit… terperanjat dinda
( berlari-lari mendapatkan Pak Kadok )

Pak Kadok : Kanda hendak menyertai pesta menyabung ayam 3


hari lagi. Nah, ambil kertas ini dan buatkan kanda
baju dan seluar daripada kertas ini.

Mak Siti : Baiklah kanda

Mak Siti segera menggunting baju dan seluar kertas itu.

Pak Kadok : Dinda, baju kertas ini tak usahlah dijahit, pakai
pelekat sahaja.

Mak Siti : Baiklah kanda.

Mak Siti mengikut sahaja kemahuan suaminya. Setelah siap, Pak Kadok pun
memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak kadok memakai
tengkolok. Pak Kadok nampak bergaya dan kacak seperti juara yang mahir
dalam hal sabung-menyabung ayam.

Pak Kadok menangkap ayam Biring dan menuju ke gelanggang raja untuk
menyabung ayam.
Pak Kadok pun dititah menghadap sebelum bermula.

Raja : Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam
beta ini, ayam beta ini lebih hebat dan bertuah
berbanding ayam Pak Kadok, Si Biring.

Pak Kadok : Ampun tuanku. Patik sangat berbesar hati menerima tawaran
tuanku itu.

Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu. Tanpa berfikir panjang
Pak Kadok pun bersetuju untuk bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda
begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu
ayam bertuah.

Raja : Hai Pak Kadok, apakah taruhannya kita menyabung ayam


ini?

Pak Kadok : Ampun tuanku, patik bukannya berharta, yang patik


ada cuma perkampungan patik sahaja. Jika tidak
keberatan, izinkan patik gadaikan kampung untuk
taruhan kali ini.

Raja : Baiklah, beta bersetuju dengan tawaran kamu.

Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara Si


Biring dan Si Jalak Putih. Pertarungan yang sengit itu akhirnya dimenangi
oleh Si Biring.

Pak Kadok : Horey, horey… ayam hamba menang


( bertepuk sorak dan melompat-lompat )

Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku, dan
kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas pak Kadok habis
koyak rabak.

Penonton : Ha, ha, ha…. ( penonton ketawa geli hati melihat gelagat Pak
Kadok )
Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok tanpa pakaian di tengah-
tengah gelanggang. Oleh kerana berasa malu, pak Kadok terus berlari pulang.

Raja : Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai.

Anda mungkin juga menyukai