Anda di halaman 1dari 3

Rentetan kisah Pak Kaduk

yang diisytiharkan ayam miliknya menang dalam perlawanan namun tanah miliknya

tergadai apabila dia telah bersepakat dengan raja di negerinya itu untuk menukar ayam

masing-masing sebelum perlawanan sabung ayam berlangsung.Ketika perjalanan pulang

ke rumah,dia kelaparan kerana bekal yang dibawanya ketika perlawanan sabung ayam itu

dia buang di tengah jalan.Apabila dia berperahu ketika pulang,dia mengalami kesukaran

untuk mengendalikan perahu miliknya itu kerana apabila dia hendak menghala perahunya

ke hulu,didayungnya ke arah hilirdan sebaliknya.Setelah lama mendayung barulah dia

sampai ke rumah dengan keadaan yang penat dan lapar.Isterinya pula tidak memasak

kerana menyangka dia telah makan sebelum pulang ke rumah.Dia mula naik angin dan

isterinya nyaris mati dipukulnya kerana tidak menyediakan makanan.Sudahlah ketika

diaberperahu pulang ke rumah mengalami masalah,apabila sampai di rumah isterinya

tidakmemasak dan rumahnya pula diambil oleh raja negeri tersebut akibat kalah dalam

taruhansabung ayam.

Nasib malang Pak Kaduk sinonim dengan segelintir individu dalam masyarakat

Melayu zaman pasca moden ini kerana masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata

tanpa berfikir panjang.Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila

ingin mencapai sesuatu.Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara

faktor kejahilan diri sendiri.Individu-individu yang lalai ini tidak dapat membezakan

samada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun


berkekalan.Seloka Pak Kaduk ini memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang

alpa dengan keseronokan duniawi semata-mata.

Dalam seloka ini,Pak Kaduk kehilangan tanah yang merupakan satu-satunya harta

yang dia ada kerana terpengaruh dengan omongan kosong raja yang tidak berhati perut

itu.

Maksud Seloka:-
 *Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya
tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam
raja.
 *Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan
yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang
pasang. *Dia hampir mati kerana tidak makan kerana membunuh isterinya (kerana sikap
panas baran)
 *Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan
apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup.
 *Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah.

Tema:-
 Nasib malang dan faktor bodoh menyebabkan Pak Kaduk sering menghadapi
kesulitan dan kerugian yang bertimpa-timpa.

Persoalan:-
 *Segelintir golongan pemimpin / atasan yang sanggup mengambil kesempatan
terhadap rakyat yang lemah dan bodoh.
 *Manusia akan sentiasa mendapat kerugian jika suka bertindak tanpa menggunakan
akal yang waras.
 *Kesan buruk perbuatan suka berjudi.
 *Manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi perasaan marah.
 Sikap tamak membawa padah.
 
5 Votes

Anda mungkin juga menyukai