Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Seloka Pak Kaduk

MAKSUD

R1- Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya
tergadai
R2- Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada
R3- Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin
R4- Akhirnya dia merempat di tempat orang

TEMA

T-Tidak boleh berfikir secara rasional akan mengakibatkan diri ditimpa nasib malang.
C-Kebodohan Pak Kaduk bertindak tanpa menggunakan akal fikiran secara waras
menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa malang.

PERSOALAN

P1- Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan akal fikiran.


C- Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya yang bertukar
ayam dengan Raja dibuat tanpa berfikir panjang.
P2- Kesan buruk perbuatan suka berjudi
C- Sikap Pak Kaduk yang suka berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib
yang malang.

BENTUK

B1-Mempunyai tiga hingga lima perkataan


B2- Berbentuk bebas

GAYA BAHASA

GB1- Aliterasi - Ayamnya menang kampungnya tergadai


GB2- Sinkof (singkatan perkataan) - Nyaris mati oleh tak makan

PENGAJARAN

P1 - Kita hendaklah bersabar apabila menghadapi sesuatu masalah.


P2- Kita seharusnya berfikir dahulu sebelum melakukan perbuatan yang merugikan
diri sendiri.
P3- Kita hendaklah menjauhkan diri daripada tabiat suka berjudi.

Anda mungkin juga menyukai