Anda di halaman 1dari 3

PERSEMBAHAN : TEATER BERCERITA “PAK KADUK”

Anggaran Masa: 5 Minit

Watak-watak:

1. Pencerita 6. Pengadil sabung ayam -1


2. Pelantun dialog watak 7. Ayam x 2
3. Pak Kaduk -1 8. Penonton sabung ayam
4. Mak Siti -1 9. Dayang x 2
5. Raja -1

Pelakon / Skrip
Narator
Pencerita: (Mak Siti sedang menyapu halaman rumah/membuat kerja rumah)
(Pak Kaduk memberi makan kepada ayamnya)
Di sebuah desa yang permai, tinggallah sepasang suami isteri, iaitu Pak
Kaduk dan Mak Siti. Mereka berdua sudah tua dan tidak mempunyai
anak.
Pak Kaduk sangat lurus orangnya dan amat baik hati. Pak Kaduk terkenal
di seluruh negeri kerana mempunyai seekor ayam sabung yang kuat dan
sukar dikalahkan kerana mempunyai taji yang amat tajam. Nama ayam itu
Biring Si Kunani. Pak Kaduk selalu membawa ayam sabungnya pergi
bersabung ayam di pelosok negeri.
Pencerita: (Penghantar surat menghantar surat kepada Pak Kaduk)
Pada suatu hari, Pak Kaduk telah mendengar berita tentang perlawanan
sabung ayam bersama raja. Pak Kaduk berkobar-kobar untuk menyertai
perlawanan itu. Pak Kaduk pun bersiap-siap ke istana raja.
Babak 1 (Latar tempat: Rumah Pak Kaduk & Mak Siti)
Mak Siti: Amboi, bang! Cantiknya pakaian hari ini. Hendak ke mana tu?
Pak Kaduk: Oh, abang dengar, raja hendak mengadakan perlawanan sabung ayam!
Jadi, abang mahu ke sana bersama Biring Si Kunani yang bertuah ini.
(sambil bersiap-siap memakai pakaian)
Mak Siti: Oh, jika begitu, Siti pun mahu ke situ juga. Nak lihat aksi Biring Si
Kunani.
Pak Kaduk: Tak usahlah kau ke sana, Mak Iti ooii. Biarkan abang seorang sahaja.
Lagipun, inikan permainan orang lelaki.
Mak Siti: Hmmm…baiklah, bang.
Pencerita: Maka, bergegaslah Pak Kaduk ke istana raja untuk menyertai perlawanan
sabung ayam.
Babak 2 (Latar tempat: Istana Raja)
Pencerita: Setibanya di tempat perlawanan…
Pak Kaduk: Wah, ramainya orang! Nampaknya ramai yang akan bersabung ayam pada
hari ini.
Pencerita: Semasa Pak Kaduk melihat-lihat suasana di situ, raja ternampak Pak
Kaduk lalu menyapanya.
Raja: Hai, Pak Kaduk. Hendak menyabung ayam jugakah?
Pak Kaduk: Ampun tuanku, benar, patik berhajat untuk menyabung ayam dengan
tuanku.
Raja: (Ketawa besar) Bersungguh-sungguh Pak Kaduk hendak bersabung ayam
dengan beta, ya.
Pencerita: Semasa perbualan tersebut, raja telah melihat ayam Pak Kaduk, Biring Si
Kunani yang terkenal itu. Raja mendapat satu akal…
Raja: Wahai Pak Kaduk! Ayam Pak Kaduk kelihatan lemah sahaja. Lihatlah ayam
beta yang kuat, gagah dan besar ini. Mahukah Pak Kaduk bertukar ayam
dengan beta? Kalau Pak Kaduk menang nanti, beta akan hadiahkan
sejongkong emas sebagai taruhan.
Pencerita: Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk pun bersetuju dengan permintaan raja
tersebut. Maka perlawanan sabung ayam pun bermula…
Babak 3 (Latar tempat : Gelanggang sabung ayam)
Pengadil: Baiklah, kita akan memulakan perlawanan. Sila lepaskan ayam masing-
masing. 1,2,3 mula…
(ayam dilepaskan & ayam mula berlawan)
Pak Kaduk: (bersorak) Lawan dia, Biring Si Kunani! Matikan ayam itu!
Pencerita: Akhirnya, perlawanan sabung ayam itu dimenangi oleh Biring Si Kunani
manakala ayam Pak Kaduk mati tertusuk tajinya sendiri.
Pak Kaduk: Horey!!! Gembiranya hatiku! Ayam bertuahku, Biring Si Kunani menang!
(melompat-lompat kegembiraan)
Raja: Eh, lupakah kamu Pak Kaduk? Kita telah bertukar ayam sebelum
perlawanan dimulakan tadi.
Pak Kaduk: (menggaru-garu kepalanya) Eh, lupa pula aku! Aduhai, malang sungguh
nasibku hari ini.
Pencerita: Kekalahan Pak Kaduk menyebabkan dia kehilangan kampungnya. Akhirnya,
Pak Kaduk pulang ke rumah dengan penyesalan akibat tindakannya yang
tidak berfikir panjang.
(Semua yang berada di atas pentas bersedia untuk menyanyikan lagu)
Kisah Pak Kaduk ini patut kita jadikan teladan supaya berfikir panjang
sebelum melakukan sesuatu tindakan yang kelak merugikan diri sendiri.
Selain itu, janganlah kita mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang
lain.
Penutup: Menyanyikan lagu Seloka Pak
Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk Chorus:
Ayamnya menang kampung tergadai Masa belayar kematian angin
Ada nasi dicurahkan Sauh dilabuh bayu berpuput
Awak pulang kebuluran Ada rumah bertandang duduk
Aduhai… malang Pak Kaduk
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang Ulang 2 kali
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan

Anda mungkin juga menyukai