Anda di halaman 1dari 11

ITEM PENTAKSIRAN

MODUL HEBAT BACAAN


TEMA : KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN ESTETIKA (2)
SOALAN (Soalan Pelbagai Pilihan)
Item 1/8

Mengenal pasti dan memadankan ciri-


ciri umum bahan kesusasteraan
Melayu

Tunjukkan jawapan anda dengan


menandakan pangkah dalam kotak
yang betul dalam jadual. Kotak yang
pertama telah ditandakan untuk anda.
SOALAN (Aneka Pilihan)
Item 2/8

Manakah antara Cerita Rakyat berikut


diklasifikasikan sebagai Cerita Rakyat?

A Pokok Semalu yang Pemalu


B Puteri Gunung Ledang
C Batu Belah Batu Bertangkup
D Si Luncai
E Malim Kundang
Isteri Pak Kadok berkata,"jika begitu
baiklah, pergilah awak menyabung bawa
ayam kita., Sahut Pak Kadok," jahitkan
Soalan Aneka Pilihan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang
Item 3/8 baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya. Kata
Mengapa pakaian yang dijahit oleh
isteri Pak Kadok, "bagaimana hendak
isteri Pak Kaduk menggunakan kertas membuat baju dan seluar ini?, kalau
sebagai bahan asasnya? dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa
buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak
A. Supaya pakaian tersebut dapat Kadok.
disiapkan dalam tempoh terdekat.
B. Pakaian yang diperbuat Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi
menggunakan kertas lebih mudah
disediakan berbanding
melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia
menggunakan kain. mengambil gunting dan mula mengunting
C. Kertas mempunyai pilihan corak kertas tersebut untuk dibuat seluar dan
dan warna yang lebih pelbagai
berbanding kain.
baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya
D. Harga kertas lebih murah dan
tidak menjahit seluar dan baju tersebut
mampu dimiliki oleh Pak Kaduk. hanya perlu guna pelekat sahaja supaya
E. Pak Kaduk seorang yang lurus cepat siap.
bendul dan kurang pemikiran.
CERITA PAK KADUK
Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri. Rajanya bernama Indera Seri.
Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya
menjadikan judi sebagai amalan seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan
berjudi. Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya diikuti oleh mereka kerana pada
ketika itu raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka melakukan pemaksiatan tersebut.
Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur pertengahan bernama Pak Kadok.
Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kadok berkata
pada isterinya Siti, "Aku ingin pergi menyabung di gelanggang baginda Raja kerana aku amat suka
melihat keadaan orang yang ramai menyabung di situ". "Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni
amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan
mendapat duit daripada Raja" sambung Pak Kadok lagi.
Isteri Pak Kadok berkata,"jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita., Sahut Pak
Kadok," jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya. Kata
isteri Pak Kadok, "bagaimana hendak membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak
mengapa buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak Kadok.
Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia mengambil gunting dan mula
mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya tidak
menjahit seluar dan baju tersebut hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.
Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah dia ke gelanggang tersebut.
Selang tiada berapa lamanya Pak Kadok sampai di gelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak
Kadok, apabila baginda terlihat Pak Kadok lalu disapanya, "hai Pak Kadok apa khabar? menyabung
kita?".
Maka Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada baginda. Setelah diamati
baginda berasakan ayam sabungan Pak Kadok amat berpontensi untuk menang. Lalu baginda
mencadangkan agar ayam sabung Pak kadok ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata " Pak
kadok ambillah ayam sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kadok yang
kurang tuahnya".Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka citanya bersetuju untuk
menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak
Kadok "apakah pertaruhannya kita kali ini?". Maka sembah Pak Kadok, "Ampun tuanku, patik ini tiada
harta hanya kampung tempat tinggal patik yang ada, jadi kampung tersebut patik pertaruhkan". Baginda
Raja bersetuju dengan apa yang Pak Kadok persembahkan.
Pak Kadok menggadaikan kampung halamannya sebanyak 100 Rial atas persetujuan bersama baginda
Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan
pertaruhan selesai penyabungan pun bermula.
Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kadok Si Kunani telah berjaya mengalahkan ayam
sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan
sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat
kegembiraan seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak
Kadok di khalayak ramai.
Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah Pak Kadok. Baru Pak Kadok
perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan
dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.
Baginda Raja berkata, "malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai.
Soalan Pelbagai Pilihan
Item 4/8

Mengenal pasti punca tindakan yang


diambil oleh watak utama berdasarkan
peristiwa dalam cerita Pak Kaduk.

(Soalan di sebelah berpandukan


petikan Cerita Pak Kaduk di atas)
Di tepi hulu sungai negeri tersebut
tinggal seorang tua dalam umur
Soalan Aneka Pilihan pertengahan bernama Pak Kadok. Pak
Item 5/8
Kadok seorang yang lurus bendul dan
Mengapakah aktiviti sabung ayam kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari
menjadi kegemaran masyarakat
Melayu tradisional pada suatu masa Pak Kadok berkata pada isterinya Siti, "Aku
dahulu? ingin pergi menyabung di gelanggang
A. Berpeluang memperoleh kuasa baginda Raja kerana aku amat suka melihat
yang dianugerahkan oleh raja.
B. Mengisi masa lapang setelah
keadaan orang yang ramai menyabung di
selesai melaksanakan rutin situ". "Kita bawa si Kunani ayam kita sebab
harian.
C. Berpotensi untuk menjadi kaya ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan
sekiranya memenangi
pertandingan tersebut.
kampung kita kepada Raja, kalau kita
D. Mendapat penghormatan yang menang tentulah kita akan mendapat duit
tinggi dalam kalangan masyarakat
setempat. daripada Raja" sambung Pak Kadok lagi.
E. Boleh mempamerkan kehebatan
diri dalam pertandingan tertentu.
Soalan Aneka Pilihan
Item 6/8

Mengapakah wayang kulit menjadi satu


persembahan teater tradisional di
kebanyakan negara di Asia?
A. Selain di Jawa dan Malaysia,
wayang kulit juga terdapat di Bali,
Kemboja dan China.
B. Cerita wayang kulit di negara Asia
berasaskan kepada Hikayat
Mahabrata dan Hikayat Ramayana.
C. Walaupun terdapat persamaan dari
segi cerita dan rupa, bentuk patung
wayang kulit dari pelbagai negara
mempunyai fungsi dan ciri yang
tersendiri.
D. Wayang kulit telah menjadi teater
popular sebelum kedatangan seni
persembahan moden.
E. Wayang kulit menjadi medium
hiburan yang dikaitkan dengan
unsur ritual yang terdapat dalam
sesuatu masyarakat.
SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk


Soalan Kompleks Ayamnya menang kampung tergadai
Item 7/8
Ada nasi dicurahkan
Mengapakah Pak Kaduk dikatakan Awak pulang kebuluran
bernasib malang?
Mudik menongkah surut
(Membuat refleksi terhadap
kandungan teks seloka Pak Kaduk
Hilir menongkah pasang;
untuk mengenal pasti idea utama Ada isteri dibunuh
seloka tersebut.)
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Soalan Berstruktur Terbuka
Item 8/8

Senaraikan ciri-ciri cerita rakyat di


Malaysia.

1. .....................................................
......................................................
2. .......................................................
.......................................................
3. .......................................................
.......................................................
4. .......................................................
.......................................................
5. .......................................................
.......................................................
6. .......................................................
.......................................................

Anda mungkin juga menyukai