Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
1.1 Definisi Cerpen
Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada kata
cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa
Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Dari segi kriteria, keperluan, acuan dan
teknik atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen daripada short story
sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26).
Menurut Hussain dan rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula
mendefinisikan cerpen sebagai singkatan 'cerita pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif pendek
dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya, sesebuah cerpen biasanya
mengandungi antara 500-15,000 patah perkataan. Ia mempunyai kesatuan terutamanya dalam
plot disamping unsur lain seperti tema, kesan, watak, mood dan gaya.
Manakala menurut pendapat Arena Wati (1995: 112) cerpen iaitu cerita pendek yang
menentukan tentag dirinya sendiri, atau orang yang meneliti cerpen itu yang memberikan batas
lingkungan untuk dunia cerita pendek. Kalau cerita pendek membentuk dirinya begitu dan
persoalan genesis yang tumbuh secara wajar. Para pengarang tanpa sedarnya, menumbuhkan
asas, lalu para peneliti sastera kemudiannya menemukan ciri dalam tubuh cerita pendek, dan
daripada penemuaan ini mereka menggariskan suatu komponen norma sebagai suatu pensyaratan
identiti cerita pendek.
Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif fiktif.
Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan karya-karya fiksi
yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian modern) dan novel.

Cerita pendek berasal dari anekdot, sebuah situasi yang digambarkan singkat yang dengan
cepat tiba pada tujuannya, dengan parallel pada tradisi penceritaan lisan. Dengan munculnya
novel yang realistis, cerita pendek berkembang sebagai sebuah miniatur, dengan contoh-contoh
dalam cerita-cerita karya E.T.A. Hoffmann dan Anton Chekhov.
Sebenarnya, tidak ada rumusan yang baku mengenai apa itu cerpen. Kalangan sasterawan
memiliki rumusan yang tidak sama. H.B. Jassin Sang Paus Sastra Indonesia- mengatakan
bahawa yang disebut cerita pendek harus memiliki bagian perkenalan, pertikaian, dan
penyelesaian. A. Bakar Hamid dalam tulisan Pengertian Cerpen berpendapat bahawa yang
disebut cerita pendek itu harus dilihat dari kuantitas, iaitu banyaknya perkataan yang dipakai:
antara 500-20.000 kata, adanya satu plot, adanya satu watak, dan adanya satu kesan. Sedangkan
Aoh. KH, mendefinisikan bahwa cerpen adalah salah satu ragam fiksi atau cerita rekaan yang
sering disebut kisahan prosa pendek. Dan masih banyak sastrawan yang merumuskan definisi
cerpen. Rumusan-rumusan tersebut tidak sama persis, juga tidak saling bertentangan satu sama
lain. Hampir semuanya menyepakati pada satu kesimpulan bahawa cerita pendek atau yang biasa
disingkat cerpen adalah cerita rekaan yang pendek.
1.1.1

Ciri-Ciri Cerpen

Cerpen mempunyai ciri khusus yabg dapat dilihat dari sudut jumlah perkataan, tema dan
persoalan, binaan plot, watak dan latar.
I.

Jumlah perkataan. Jumlah perkataan dalam cerpen adalah lingkungan 500 - 200 000
patah perkataan. Cerpen yang mengandungi 500 patah perkataan diistilahkan sebagai
cerpen mini manakala yang mengungkapkan 20 000 patah perkataan dikenali sebagai
cerpen panjang. Namun dalam keadaan lazim panjang cerpen yang disiarkan dalam

majalah ialah sekitar 2 000 hingga 2 500 patah perkataan dengan kepanjangan 10 hingga
II.

12 halaman.
Tema dan persoalam. Cerita hanya satu sahaja dan tidak mungkin bercabang atau
meranting seperti dalam novel. Seluruh pemusatan cerita tertumpu pada satu persoalan

III.

atau fenomena hidup sahaja.


Memiliki hanya satu plot yang dikenali sebagai plot utama dan tidak mungkin adanya

IV.

plot sampingan.
Penampilan watak dalam cerpen terhad bilangannya. Memadai satu hingga tiga watak
yang dominan yang menghidupkan cerita. Gambaran watak dan perwatakan secara

V.

terperinci pastinya tidak dilihatkan secara tuntas.


Latar, singkat, terhad dan ruang cakupan yang tidak luas. Masa yang diambil untuk
sesuatu perjalanan ataupun garapan cerita tidak lama mungkin dalam tempoh beberapa
jam sahaja, atau sehari sahaja. Kalaupun mangambil tempoh yang lama namun waktu-

VI.

waktu yang penting sahaja yang difokuskan.


Meninggalkan kesan kesatuan. Ciri cerpen yang bersifat tunggal daripada segi tema, plot,
dengan watak yang terhad perkataan yang ekonomis perlu terhasil digarap secara satu
untuk meninggalkan kesan keutuhan yang semula jadi.

1.2 Definisi Tema

Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang terpenting di
dalam karya adalah di antara pengertian yang sangat popular. Bagaimanapun tema ialah pusat
penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema
muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita. Tema sangat dekat dengan
premis. Maksud premis di sini adalah pemikiran atau motivasi yang berada di belakang
penciptaan, seperti tubuh badan manusia, yang menjadi premis tubuhnya ialah tulang
belakangnya. Jadi, tulang belakang kepada karya ialah premis. Ada sesuatu pemikiran, desakan,
sandaran, falsafah atau apa sahaja yang mendorong sesebuah karya itu diciptakan. Tema
mempuyai dua bahagian iaitu tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah yang pusat pencarian
dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang turut membantu menguatkan tema
besarnya. Ada juga yang berpendapat, sebuah karya itu banyak mengandungi persoalan. Ada
persoalan kekeluargaan, perang, maut, nilai-nilai hidup dan sebagainya. Kesemua persoalan itu
dicantumkan menjadi suatu tema, iaitu tentang unsur-unsur kehidupan dan nilai tradisi dalam
zaman mencabar sekarang ini.
Apabila seorang itu membaca karya, yang sering menarik perhatiannya ialah ceritanya. Dengan
itu di dalam cerita ini, sebenarnya terkandung tema. Dalam proses penciptaan, seorang itu
selalunya akan dimulai dengan keinginan untuk mengemukakan sesuatu cerita. Dan seorang
pembaca pun membaca sesebuah

penceritaan akan dimulai dengan pertanyaan, apakah

ceritanya? Hakikat ini sangat perlu difahami, supaya sampai kepada suatu titik pertemuan,
bahawa seorang penulis itu dalam apa hal pun akan segera mementingkan apakah cerita yang
boleh disuguhkannya kepada pembaca. Tema ada hubungannya dengan soal mesej dan falsafah.
Setiap karya harus ada kedua-keduanya sekali, sekurang-kurangnya pemikiran. Yang

dimaksudkan dengan mesej ialah perutusan, ajaran, amanat atau apa juga penyampaian buah
fikiran yang bersifat positif. Ia mempunyai kaitan dengan aspek moral dan didaktisme.
1.2.2

Teknik Menganalisa atau Menganalisis Tema

Menerangkan apakah tema penting kepada novel tersebut dengan disertakan hujah untuk
membuktikan penjelasan tersebut.
Setelah menjelaskan temanya, terangkan pula bagaimana tema itu dikemukakan.
Dibincangkan pula apakah tema novel itu penting atau tidak. Penting atau tidaknya selalu
bergantung kepada keperluan semasa.
Hal-hal lain yang berhubung dengan tema juga perlu dihuraikan seperti kaitannya dengan
watak, bahasa dan plot.

1.3 Rumusan Peribadi


Tema merupakan suatu perkara yang penting dalam sesebuah penceritaan lebih tepat lagi ia
merupakan persoalan pokok dalam penceritaan. Ini kerana ia adalah penentu kepada jalan cerita
dalam karya. Tema membawa maksud pokok persoalan atau perkara penting yang ingin
disampaikan oleh pencerita kepada pembacanya.Tema dapat diketahui melalui maksud yang
dihuraikan di mana melalui maksud, persoalan dapat diperolehi. Kemudian, melalui persoalan
bagi setiap rangkap inilah yang akan menunjang kepada tema bagi sesebuah karya. Persoalan
yang paling banyak boleh disampaikan sebagai tema.
Persoalan merupakan perkara-perkara yang penting yang berkaitan dengan tema. Dalam erti
kata yang lain, persoalan adalah bukti untuk menguatkan lagi tema bagi sesebuah karya
penulisan itu.Di dalam sesebuah karya, penulis mungkin sahaja mempunyai beberapa persoalan
yang ingin diketengahkannya. Antara persoalan yang diketengahkan oleh penulis adalah seperti
kemiskinan, nasionalisme, ketuhanan, peperangan dan sebagainya. Persoalan boleh didapati
dalam setiap bentuk tulisan. Cara untuk mendapatkan persoalan di dalam setiap bentuk penulisan
hendaklah dengan memberikan maksud setiap bab penulisan terlebih dahulu. Ini adalah kerana
persoalan dapat diperolehi melalu maksud yang dihuraikan itu.

2.0 SINOPSIS CERPEN


2.1 Cerpen Usia Emas
(Penulis : Abdullah Hussain)
Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya yang
bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di
daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh
kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan
penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar malu alah saja. Hal ini
menimbulkan persoalan kepada pengarang.Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai
yang harus dibanggakan? Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca
beberapa petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya.Anugerah
warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut berasal usul
daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian award termasuk
kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan
anugerah yang nyata tiada memberimanfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian
orang yang tua bukan untuk diratapi sebagai satu kehilangan besar sebaliknya perlu dilepaskan
dengan reda dan diiringi doa ke atas rohnya.

2.2 Zuhud
(Penulis : A.Rahman C.M)
Karya cerpen Zuhud yang saya dapati adalah berkisar tentang sikap seorang bapa
Bedul yang membawa masalah kerja dan membawanya ke rumah. Di pejabat, Bedul telah
diperli oleh rakan-rakannya kerana tidak amanah di dalam melakukan tugasan. Ini kerana
Bedul telah mengikut ajaran yang kebenarannya di ragukan. Dia terlibat megikut jemaah
Imam Derauf di Bukit Merah. Akibat masalah kerja yang dialaminya di pejabat, anak
lelaki Bedul, Azmi menjadi mangsa. Oleh kerana tertekan mendengar Azmi dan Azmah
anak perempuan kepada Bedul berkelahi, Bedul telah memukul Azmi tanpa usul periksa
dan teguran terlebih dahulu. Kejadian yang berlaku disedari oleh Pak Long Bedul yang
kebetulan berlalu di situ untuk pergi ke surau. Pak Long terus menumbuk ke dahi Bedul
apabila melihat sikap anak saudaranya itu bagaikan dirasuk syaitan semasa memukul
Azmi. Tumbukan itulah yang membuat Bedul terjatuh dan membuatkan die sedar bahawa
tindakannya itu adalah diluar kawalan. Kemarahan Pak Long diselangi dengan nasihat
seperti seorang ayah menasihatkan anaknya. Selama ini Pak Long yang menjaga Bedul
dan keluarganya selepas kematian arwah bapanya semasa berusia setahun. Pak Long juga
mempersoalkan,adakah ini ilmu yang diajar oleh Tok Guru Bedul kepadanya di dalam
mengikuti Jemaah Imam Derauf. Pada malamnya, semua kata-kata Pak Long menusuk
kekalbu dan akalnya. Dia mengingat semua kemarahan dan nasihat yang dilemparkan
oleh Pak Long kepada dia. Dia betul-betul sedar dan insaf diatas perlakuaannya. Dia juga
telah masuk ke dalam bilik Azmi untuk melihat anaknya yang telah dipukul tadi dengan
rasa yang insaf dan menyesal.

Anda mungkin juga menyukai