Anda di halaman 1dari 4

MEDIA SEBAGAI PENGAWAL SOSIAL & PEMANGKIN TRANSFORMASI

Seperti yang kita ketahui, media terdiri daripada media cetak dan media elektronik
yang semakin hari berkembang maju sejajar dengan perkembangan semasa dunia
hari ini. Media-media di Malaysia ketika ini juga, tidak ketinggalan dalam mengikuti
arus kemajuan dunia masa kini. Melihat kepada peranan utama media iaitu medium
untuk menyebarkan berita dan maklumat, tidak hairanlah jika media-media ini
diamalkan oleh masyarakat yang tidak mengenal usia dan pangkat. Saluran-saluran
media ini terdiri daripada media elektronik seperti radio, tv dan internet dan media
bercetak seperti akhbar-akhbar. Media elektronik seperti radio, tv dan internet
menjadi sumber berita utama kepada masyarakat. Melalui radio dan tv, banyak
siaran yang disediakan sama ada oleh pihak kerajan melalui saluran RTM mahupun
syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di negara ini seperti TV3 dan Astro yang
banyak menyediakan isu-isu semasa untuk sajian masyarkat hari ini. Tidak
ketinggalan juga, syarikat-syarikat akhbar bercetak seperti Berita Harian, Utusan
Malaysia, New Street Times dan media-media tempatan yang lain setiap hari akan
menyediakan

akhbar

yang

memuatkan

berita-berita

terkini

mengenai

perkembangan semasa dunia. Akhbar-akhbar ini juga mudah diperolehi dan mampu
dimiliki oleh semua golongan kerana harganya yang murah. Syarikat-syarikat
akhbar ini juga tidak ketinggalan untuk menyediakan berita online yang mudah
dicapai oleh semua pihak melalui computer di rumah mahupun pejabat dengan
melayari laman-laman web yang disediakan. Ini dapat kita lihat seperti seperti
Utusan Malaysia, Berita harian dan New Street Times yang begitu popular di
kalangan masyrakat hari ini.
Melihat kepada pengaruh media yang amat besar kepada masyarakat hari
ini, tidak hairanlah jika media-media massa boleh membawa kepada pengawalan

social dan dikaitkan dengan pemangkin transformasi. Kesan transformasi yang


tercetus disebabkan oleh media kepada masyarakat sama ada baik atau buruk
terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai sejauh mana kebenaran yang
dibawa oleh sesebuah media. Namun pada masa yang sama kita tidak boleh
menolak bahawa perubahan yang tersecus disebabkan oleh media merupakan satu
landasan ataupun platform bagi membuat pengawalan kepada manusia khususnya
masyarakat untuk berubah kepada yang lebih baik lagi. Perubahan yang berlaku ini
juga boleh menyebabkan kita membuat persiapan untuk membawa kepada
perubahan social setelah memikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut.
Bagaimana

media

dikatakan

boleh

mempengaruhi

masyarakat

dalam

sesuatu perkara? Ini kerana media memainkan peranan penting dalam menyiarkan
sesuatu. Syarikat-syarikat besar sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
industri pengiklanan jenama-jenama yang dikeluarkan untuk menarik minat
masyarakat sekeliling. Contohnya, penyiaran produk-produk terbaru keluaran
jenama terkenal seperti Levis, Dove dan perkhidmatan-perkhidmatan sesuatu
jenama. Pengiklanan yang dilakukan oleh media memulakan usaha-usaha untuk
menyebarkan kepada masyarakat tempatan bahawa sesuatu produk itu adalah
yang terbaik di pasaran. Melalui bunyi-bunyian, pemandangan yang mengasyikkan
dan penyebaran kebaikan-kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan jenama
tersebut, pihak media dapat mempengaruhi pemikiran seseorang untuk membeli
sesuatu produk sama ada produk kecantikan, fesyen dan makanan. Sebagai
pengguna,

kita

kebanyakannya

ditentukan

oleh

iklan-iklan

ini,

yang

boleh

mempengaruhi dan menyebabkan cara hidup kita mula berubah. Ini adalah selaras
dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan kelihatan cantik dan bergaya di mata
orang lain.

Namun begitu, kebiasaannya perubahan yang berlaku kepada diri seseorang


individu tersebut ada kebaikan dan ada keburukkannya. Sebagai contoh, seseorang
individu

yang

sanggup

membelanjakan

wang

ringgit

yang

banyak

untuk

memperolehi sesuatu bagi memuaskan hati masing-masing ada kalanya dilakukan


secara tidak sedar akibat pengaruh media tersebut. Ini akan membawa kepada
penyesalan dalam diri seseorang individu. Dari situ wujudlah kesedaran untuk
membuat perubahan bagi mengawal sikap dan keinginan diri dalam membuat
sesuatu keputusan.
Kerajaan juga tidak ketinggalan menggunakan media bagi mencapai sesuatu
objektif dalam sesebuah masyarakat. Kerajaan mengarahkan media-media sama
ada media cetak mahupun media elektronik bagi menyebarkan maklumatmaklumat penting untuk membawa kepada pengawalan social di kalangan
masyarakat. Contohnya kempen-kempen kesedaran social seperti iklan gaya hidup
sihat. Dalam iklan ini, pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak media bagi
memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mengamalkan gaya
hidup yang sihat bagi menjamin kualiti hidup yang baik. Pihak media akan
menyalurkan iklan-iklan yang berbentuk nasihat seperti pengambilan makanan
yang sihat dan aktiviti-aktiviti riadah.
Peranan media juga dapat dibuktikan melalui kemunculan teknologi radio
yang turut memainkan peranan menyebarkan maklumat kepada orang ramai di
mana meninggal kesan kepada masyarakat Melayu pada masa dahulu. Penyebaran
maklumat melalui corong-corong radio pada masa dahulu telah membawa kepada
perubahan masyarakat melayu yang berfikiran lebih terbuka dan berpengetahuan.
Dalam pada masa yang sama juga, bermacam-macam maklumat yang dapat
disalurkan melalui radio seperti, berita, nyanyian, drama, dan sebagainya. Ini

menunjukkan bahawa kemunculan media-media ini membawa kesan implikasi pro


dan kontra.
Walaupun media cetak dan media elektronik di Malaysia ini dikawal melalui
akta-akta yang telah disediakan oleh kerajaan, namun masih ada media-media
tertentu yang melanggar peraturan penyiaran yang membawa kepada tranfrormasi
budaya yang kurang sihat di kalangan remaja masa kini. Perubahan budaya ini
selalunya hasil daripada pengaruh media yang sering mengagung-agung budaya
Barat yang jauh terpesong dari budaya timur. Perubahan yang amat ketara ini
menyebabkan pemerintah Negara menekankan peri penting konsep pembangunan
modal insan di kalangan rakyat di Negara ini agar sejajar dengan kemajuan
teknologi dan modenisasi. Ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk
mengawal dan memberi kesedaran social kepada rakyat di Negara ini.

Anda mungkin juga menyukai