Anda di halaman 1dari 8

Definisi Latihan

Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk
memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki
prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja
melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan
pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan
pengetahuan mereka.
Menurut Cascio (1989), latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk
menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan/atau organisasi. prestasi yang
bertambah baik, sebaliknya, menyiratkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur
dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan/atau kelakuan sosial.
Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha/ikhtiar untuk menambahkan
pengetahuan , kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara
yang berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara
yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah
merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direkabentuk untuk membangunkan kemahiran,
pengetahuan , dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugastugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar
kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam
penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru.
Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission )
latihan boleh didefinasikan seperti berikut:
"Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau kemahiran melalui
pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang berkesan melalui sesuatu aktiviti atau
pelbagai aktiviti. Tujuanya adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan
seseorang dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi
tersebut"

Kepentingan / Tujuan Latihan


Tujuan utama diadakan latihan adalah untuk memastikan bahawa organisasi tersebut dapat
mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat, terutamanya daripada
sumber yang paling penting (dan yang paling mahal) iaitu pekerja mereka. Oleh sebab itu, tujuan
utama latihan adalah mencapai sebarang perubahan dalam pengetahuan , kemahiran,
pengalaman, tingkahlaku, atau perangai yang mana melonjakkan keupayaan seseorang pekerja
itu. (Barry, 1994)
Menurut Poon (1994), latihan perlu diadakan apabila wujud suatu jurang kelainan antara
kebolehan seseorang individu dengan keperluan kerjanya, iaitu prestasinya berbeza daripada
prestasi yang dikehendaki oleh majikan. Khususnya, antara tujuan latihan adalah:

Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang


tertentu.

Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada
kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan..

Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu
kerja baru dalam organisasi.

Terdapat pekerja baru.

Bagi pendapat G. A. Cole (1983), keperluan latihan timbul apabila terdapat kekurangan
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan tingkahlaku dikalangan pekerja jika dibandingkan
dengan kehendak pekerjaan, atau keperluan organisasi akibat dari transformasi.

Jenis-jenis Latihan
Pada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling utama
iaitu :
1. Latihan Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).
2. Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB TRAINING).
Latihan Semasa Bekerja.
Latihan Sambil Bekerja maliputi beberapa kaedah seperti:

Demonstrasi (Demonstration)

Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)

Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)

Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)

Latihan berasaskan teknologi. (technology based training (TBT).

Demonstrasi.
Demonstrasi atau kadang kala di gelar sitting next to Nellie, adalah merupakan kaedah yang
selalu digunakan ketika latihan dijalankan. Ia meliputi kaedah persembahan oleh jurulatih untuk
menyampaikan kandungan latihan menerusi pengalaman yang telah sedia ada. Kaedah ini
menekankan konsep model atau contoh-contoh fizikal untuk memudahkan pemahaman pelatih.
Hasilannya pelatih cepat memahami berdasarkan kepada model yang ditunjukkankan tadi.
Walaubagaimanapun, kaedah ini memberi kesan negatif kepada jurulatih sendiri. Kepayahan
untuk mendapatkan model yang benar-benar sesuai ujud apabila penerangan yang diberikan
bersama model yang ditunjukkan tidak dapat membantu pemahan pelatih. Sebaliknya pelatih
keliru dengan model tidak sesuai semasa penerangan. Disamping itu juga kos yang agak tinggi
diperlukan kerana implikasi dari model yang hendak digunakan tadi.
Latihan bersama Jurulatih.

Kaedah ini adalah berbeza dengan kaedah Demonstrasi dimana ianya adalah hubungkait secara
terus antara pelatih (individu) dan jurulatih dalam memberi arahan-arahan yang jelas. Jurulatih
akan bertindak sebagai juru pandu dan memberi sokongan kepada pelatih, dengan lain perkataan
jurulatih lebih membantu secara langsung kepada individu-individu supaya segala persoalan
tentang pengetahuan, skil dan pengalaman terjawab. Kaedah ini juga boleh memudahkan
pemahaman pelatih dimana sebarang bentuk kemusykilan akan dijawab oleh jurulatih secara
terperincidari satu individu kepada individu yang lain. Walaubagaimanapun kaedah ini
memerlukan masa dan kawalan yang lebih semasa latihan dijalankan. Masalah akan ujud apabila
jurulatih tidak mencukupi bagi satu-satu sesi latihan disamping kos yang agak tinggi implikasi
dari jurulatih yang lebih ramai.

Latihan Buat Kendiri.


Ia adalah merupakan asas terhadap kaedah pembelajaran kendiri dimana anggapan bahawa
pembelajaran yang paling efektif adalah apabila pelajar atau pelatih itu sendiri dapat mengenal
pasti apakah dia permasalahan yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan pada permulaannya,
adalah pelatih dikehendaki mengenal pasti apakah tanggungjawab efektifnya bersesuaian dengan
maklumat yang mungkin ditemui, dan kemudiannya memberi pelatih outline terhadap
maklumat yang diperlukan dan berharap pelatih dapat menggunakannya untuk menyiapkan
sesuatu projek. Ia adalah sebahagian dari program yang dirancang bersama laporan yang dihantar
kepada seseorang seperti pengurus bahagian, ketua bahagian atau orang yang bertanggungjawab
didalam memastikan latihan dapat dijalankan dengan jayanya.
Pembelajaran Tindakan.
Dalam pembelajaran tindakan, sekumpulan pelatih pengurusan dikehendaki bekerja sepenuh
masa mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan
organisasi sendiri atau yang dihadapai oleh organisasi-organisasi lain. Setiap pelatih akan diberi
tugasan dalam projek-projek yang tertentu. Dari masa ke semasa, pelatih yang terlibat akan
bermesyuarat akan membincangkan penemuan dan kemajuan tugasan atau projek masingmasing. Ahli-ahli kumpulan pembelajaran tindakan lazimnya akan mahu memperbaiki sebarang

kekurungan mereka jika kekurangan dirasakan sedang menjejskan keberkesanan mereka dalam
menjalankan tugasan mereka.
Pusingan Kerja
Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih dibeberapa jabatan
organisai secara bergiliran. Dengan cara ini, pelatih akan dapat memperolehi pelbagai
pengalaman kerja serta berpeluang melihat hubungan bahagian-bahagian organisasi secara
keseluruhannya. Pusingan kerja juga merupakan suatu cara yang baik untuk melengkapkan
pekerja dengan kemahiran pengurusan am. Pusingan kerja haruslah disesuaikan dengan
keperluan dan keupayaan pelatih supaya berkesan.

Latihan Luar Masa kerja


Latihan Luar Masa Bekerja maliputi beberapa kaedah seperti:

Kaedah Kuliah (Lecture)

Kaedah Kajian Kes. (Case Study)

Latihan Vestibul. (Vestibule Training)

Main Peranan. (Action Learning)

Permainan Pengurusan. (Business Games).

Kaedah kuliah.
Kuliah atau syarahan boleh ditakrifkan sebagai penyampaian kandungan kursus oleh seseorang
pakar dalam bidang yang tertentu kepada sekumpulan pelatih atau pelajar yang tertentu kepada
sekumpulan pelatih atau pelajar yang memainkan peranan yang pasif semasa kuliah
disampaikan. Objektif utama kaedah ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan maklumat.
Kaedah ini berguna untuk menerangkan isi pelajaran yang sukar dipelajari dengan membaca
buku sahaja dan menyampaikan isi pelajaran terbaru yang belum dapat diperoleh daripada buku.
Semasa kuliah disampaikan, para pelatih boleh belajar dengan cara mendengar, memerhati,
membuat ringkasan, mengambil nota dan meminta penjelasan. Kandungan kuliah haruslah

mudah difahami dan tidak terlalu implisit atau kompleks. Kandungan kuliah tersebut juga harus
disusun mengikut arahan yang lagik. Kaedah kuliah akan lebih berkesan lagi jika digunakan
bersama-sama dengan kaedah-kaedah lain seperti perbincangan kumpulan dan teknil alat
pandang dengar. Kaedah kuliah merupakan suatu kaedah yang cepat dan mudah untuk
mencapaikan pengetahuan kepada kumpulan pelatih yang besar dan tidak memakan belanja yang
banyak. Ini disebabkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan adalah ringkas sahaja. Akan
tetapi, kaedah ini melibatkan perhubungan sehala sahaja dan tidak memberi seseorang pelatih
peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses latihan. Tambahan lagi, kaedah ini tidak
begitu sesuai bagi pelatih yang kurang berpendidikan atau kurang cerdas.
Kaedah kajian kes
Kes ialah penguraian sesuatu situasi atau masalah yang sebenar atau yang dicipta khas bagi
tujuan pengajaran. Kaedah kajian kes bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih dalam
penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Kaedah ini memmerlukan pelatih mengenal
pasti dan mengkaji masalah atau isu sesuatu kes dan menentukan penyelesaiannya. Pelatih juga
dikehendaki menyediakan rancangan tindakan untuk melaksanakan keputusan mereka. Satu
variasi pada kaedah kes ialah kaedah kajian. Jika kaedah kes yang biasa digunakan, pelatih diberi
semua maklumat yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu kes; tetapi, jika proses kejadian
digunakan cuma satu kejadian kes yang genting dihuraikan. Dari sini terpulanglah kepada pelatih
untuk mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan untuk mendapatkan fakta-fakta dan
maklumat-maklumat tambahan untuk kes itu. Setelah semua maklumat yang penting diperolehi,
pelatih boleh mula mengkaji kes yang berkenaan secara perseorangan atau berkumpulan. Kaedah
kes membolehkan pelatih mengkaji isu-isu perniagaan yang realistik. Jika kaedah ini
dikendalikan secara perbincangan, pelatih boleh bertukar-tukar pandangan dan idea dengan
pelatih yang lain.
Latihan Vestibul
Dalam latihan Vestiubul prosecdur dan peralatan yang sama atau yang hampir asama dengan
prosedur dan peralatan yang digunakan ditempat kerja disediakan di ruangan latihan khas (atau
Vestibul). Di Vestibul ini pelatih dapat belajar dalam keadaan terkawal dan mengikut keupayaan

mereka sendiri tanpoa menghadapi tekanan kerja yang sebenar. Misalnya, bakal juruwang boleh
dilatih dipusat latihan yang disediakan dengan beberapa daftar tunai.
Peralatan yang disediakan di Vestibul tidak semestinya peralatan yang digunakan ditempat kerja.
Peralatan atau mesin simulasi yang hampir sama dengan peralatan sebenar juga boleh digunakan.
Walaubagaimanapunb peralatan ini harus direkabentuk dengan cara yang dapat memaksimum
permindahan pembelajaran. Ini bermaksud peralatan simulasi harslah mempunyai sifat-sifat
fizikal dan psikologi yang seakan-akan sama dengan kerja sebenar. Mesin simulasi biasanya
digunakan sebagai pengganti mesin sebenar untuk menjimatkan kos dan kerana sebab-sebab
keselamatan. Umpamanya, syarikat-syarikat penerbangan seper MAS sanggup membelanjakan
beribu-ribu ringgit untuk membeli simulasi penerbangan untuk melatih para pelatihnya. Mesin
simulasi sedemikian memungkinkan latihan dijalankan dalam keadaan yang selamat dan
terkawal. Pelatih dapat diajar tanpa sebarang gangguan luar disamping berpeluang mengulangi
prosedur-prosedur yang dikehendaki sehingga faham dan mahir.
Main Peranan
Pada asasnya, main peranan ialah lakonan spontan berkenaan sesuatu situasi atau kejadian.
Pelatih diminta bertindak balas terhadap sesuatu situasi dengan beraksi sebagai watak yang
tertentu dalam situasi itu. Pelatih dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah tertentu dengan
membayangkan diri mereka sebagai watak yang sedang menghadapi masalah dalam situasi
tersebut. Selainitu pelatih juga digalakkan mencuba pelbagai reaksi dan tingkahlaku dalam sesi
main peranan. Lazimnya, tidak semua pelatih diberi peranan untuk dilakonkan. Setengahsetengah pelatih di beri tugas sebagai pemerhati yang bertanggungjawab mencatatkan
pemerhatian mereka dan memberikan komen pada akhir sesi latihan main peranan. Teknik main
peranan biasanya digunakan untuk melatih penyelia hubungan manusia dan jurujual teknikteknik jualan. Selain itu, teknik ini seringkali digunakan untuk memperbaiki kemahiran pengurus
dalam menjalankan aktiviti kaunseling, temiduga pekerjaan, penilaian prestasi, pembuatan
lkeputusan, perundingan kontrak dan sebagainya. Teknik main peranan memberi pelatih peluang
mempraktiskan teori-teori dan konsep-konsep yang telah dipelajari dalam kelas biasa. Teknik ini
juga membolehkan pelatih memperoleh kemahiran komunikasi dan interaksi. Tambahan lagi,
pelatih berpeluang memerhati dan mengkaji tingkah laku mereka sendiri serta tingkah laku
pelatih lain, menetukan kelebihan dan kelemahan diri berpandukan maklum balasyang diberikan

oleh pelatih lain serta mencotohi tingkahlaku pealatih lain yang baik. Oleh sebab main peranan
merupakan lakonan sahaja, jadi ia tidak memberi kesan buruk jika berlaku kesilapan dalam
penyelesaian dalam penyelesaian sesuatu masalah. Pelatih masih ada peluang untuk
membetulkan kesilapan mereka.
Permainan Pengurusan.
Permainan pengurusan merupakan suatu latihan yang berasaskan sesuatu situasi perniagaan yang
direka dan mirip pada keadaan yang sebenarnya. Jenis latihan ini bertujuan untuk
mengembangkan lagi kemahiran pelatih dalam pembuatan keputusan dan pengurusan organisasi.
Dalam permainan pengurusan pelatih dibahagikan pasukan-pasukan yang tertentu. Setiap
pasukan mewakili golongan pekerja yang tertentu (misalnya pihak pengurusan) dan mereka
dikehendaki bersaing dengan pasukan lain dalam pasaran atau situasi perniagaan simulasi yang
tertentu. Setiap pasukan perlu membuat keputusan-keputusan yang tertentu dalam permainan ini.
Umpamanya permainan pengurusan yang berbentu pertandingan pasaran memerlukan pelatih
membuat keputusan tentang harga keluaran, kapasiti pengeluaran, belanja pengiklanan, jumlah
pinjaman yang dikehendaki dan seumpamanya. Keputusan setiap pasukan akan diproses secara
manual atau dengan bantuan komputer dab hasilnya dalam bentuk laporan prestasi akan
dipulangkan kepada setiap pasukan untuk penganalisisan dan keputusan masing-masing
selanjutnya. Jenis latihan ini membolehkan keputusan bagi tempoh masa yang tertentu
(misalnya, 10 tahun) disimulasikan. Selalunya, kriteria yang digunakan untuk menentukan johan
permainan pengurusan ialah kriteria kuantitatif seperti keuntungan, pulangan daripada aset dan
bahagian pasaran. Permainan pengurusan membolehkan pelatih memperoleh pengalaman
membuat keputusan pengurusan dalam masa yang singkat. Hasil keputusan yang diambil dapat
diketahui dengan segera. Pelatih juga berpeluang memperoleh permahaman tentang operasi
orbanisai, proses ian interaksi kumpulan, kepimpinan, komunikasi dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kos yang mesti ditanggung untuk mengadakan janis latihan ini agak tinggi,
terutamanya apabila kemudahan komputer digunakan memproses input keputusan pelatih.

Anda mungkin juga menyukai