Anda di halaman 1dari 16

PECAH AMANAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Apa itu Amanah?


Amanah berasal daripada perkataan Arab, amana, yang bermaksud
tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam konteks akhlak, amanah
ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan
melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah
dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang
dipercayai dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa
mengabaikannya.

Apabila

amanahnya

dihargai,

itu

tanggungjawab
maka

orang

itu
yang

ditunaikan

dan

menerima

dan

melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan


harmoni.
Pecah amanah atau mengabaikan amanah yang diberikan merupakan
suatu kesalahan yang amat berat di sisi Islam sehinggakan ia tidak
dapat ditebus sekalipun dengan pengorbanan seseorang yang berjuang
pada jalan Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Daripada Abdullah Bin Masud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Menyertai perang fisabilillah akan menghapus segala dosa kecuali


amanah. Amanah itu ada dalam solat. Amanah juga ada dalam puasa.
Amanah juga ada dalam percakapan. Maka amanah yang paling berat
adalah menyimpan sesuatu yang telah diamanahkan.

Sikap amanah juga telah disebut dalam Al-Quran sebagai asas utama
pengambilan seseorang pekerja dan pengurus. Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:

Salah seorang anak Nabi Syuib berkata:Wahai ayah, ambillah dia


menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya
sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi
amanah.
(Al-Qasash: 26)

Pada zaman Rasulullah, para pegawai kerajaan diarahkan supaya


menyimpan apa sahaja yang mereka terima sebagai hasil Negara dalam
Perbendaharaan Awam. Rasulullah turut memberi peringatan, "Wahai
manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil
pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami
walaupun hanya sebatang jarum, ataupun lebih, dia telah berkhianat,
dan akan membawanya di Hari Kebangkitan" (riwayat Abu Dawud).
Peringatan Rasulullah itu selaras dengan amaran Allah dalam al-Qur'an,
"sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta (kepunyaan
semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan itu pada
Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai" (Ali 'Imran, 3: 161).
2

Peringatan

tersebut

sangatlah

penting,

kerana

mereka

yang

diamanahkan untuk memerintah memiliki kuasa yang sangat besar


terhadap cara hasil Negara dibelanjakan. Untuk mendokong sifat
amanah terhadap kuasa inilah Allah merakamkan dalam al-Qur'an
keperluan untuk menyerahkan kerja kepada seseorang yang berperibadi
kuat (al-qawiyy), iaitu yang berupaya lagi berkebolehan (al-Qasas,
28:26).
Justeru itu juga, Rasulullah pernah memberi peringatan bahawa ada
tiga tanda seseorang yang munafiq: apabila dia berbicara, dia berdusta;
apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan apabila dia diamanahkan,
dia berkhianat. Hadith sahih ini diriwayatkan oleh banyak imam
termasuklah Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat yang dirakamkan oleh
Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah bahawa ini "walaupun
dia turut puasa, sembahyang dan menganggap dirinya Muslim."
Keprihatinan akhlak yang menjadi lunas Islam ini tidaklah berlawanan
dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Marcus Tullius Cicero (m. 43
SM) dalam risalahnya De Officiis, bahawa "tidak ada perbuatan aniaya
yang lebih menonjol daripada perlakuan seseorang hypocrite, yang
serentak

dengan

sifatnya

yang

khianat,

berpura-pura

berbuat

kebajikan."
Sesungguhnyalah perlakuan aniaya yang paling membinasakan kepada
diri sendiri, masyarakat dan Negara berkisar sekitar tiga kejahatan
tersebut, iaitu berdusta, mungkir janji, dan mengkhianati amanah.
Dunia

Islam

semasa

telah

lama

diperingatkan

untuk

mengawal

kebobrokan tersebut semenjak Persidangan Pertama Sedunia mengenai

Pendidikan Islam di Mekah, dalam bulan April 1977, apabila Prof. Dr.
Syed Muhammad Naquib al-Attas membentangkan kertas-kerja sidang
pleno mengenai "the Dewesternization of Knowledge". Beliau juga
mengingatkan bahawa, walaupun tiga sifat tersebut kedengarannya
seperti tiga perlakuan yang berbeza, pada hakikatnya ia adalah tiga
darjat

pendustaan-berdusta

apabila

berbicara,

berdusta

apabila

memungkiri janji, dan berdusta melalui perlakuan pecah amanah dan


menyelewengkan kuasa.
Banyak

ayat-ayat

al-Qur'an

dan

hadith-hadith

sahih

yang

lain

memperkuatkan lunas Islam ini. Dalam agama Islam, sifat khianat


adalah musuh kepada keimanan yang hakiki dan kesedaran untuk
menyerahkan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa tidak
kepada yang selain-Nya. Seseorang Mukmin atau Muslim tidak mungkin
berakhlak dusta atau pecah amanah.
Rasulullah bersabda bahawa sesiapa yang tidak memiliki kejujuran,
tidak memiliki iman; dan sesiapa yang tidak memelihara janji, bukanlah
seorang yang beragama (riwayat Tabrani dan Bayhaqi).
Penting untuk diamati bahawa kesarjanaan Islam telah mentakrifkan
insan sebagai al-hayawan al-natiq. Secara harfiah, insan adalah
"hidupan yang berkata-kata", dengan makna bahawa bertalian dengan
tutur-katanya, seseorang itu akan mencerminkan jiwa dalamannya (nutq
sebagai 'aql).
Berkenaan dengan perkara ini, pemikir Perancis Michel Eyquem de
Montaigne (m. 1592) pernah menyatakan bahawa, "Sebagai manusia,

kita terikat hanya dengan apa yang kita tuturkan...Oleh kerana


persefahaman antara seorang manusia dengan manusia yang lain boleh
dinyatakan hanya melalui tutur-kata, sesiapa yang berdusta dalam
tutur-bicaranya adalah mengkhianati masyarakat manusia. Tutur-kata
adalah satu-satunya alat untuk menyampaikan iradat dan fikiran kita;
tutur-bicara merupakan penterjemah jiwa. Dengan berdusta, tiadalah
lagi tali yang mengikat antara manusia. Pendustaan memutuskan
semua perhubungan masyarakat dan meleburkan semua ikatannya."
Bijak-pandai Melayu telah mengungkapkan lunas akhlak yang bersifat
alami ini menerusi pepatah kerbau dipegang pada tali, manusia
dipegang pada janji. Justeru manusia yang berkhianat pada janji dan
ikatan-amanah adalah lebih hina dari kerbau dan lembu, persis
peringatan al-Qur'an, "mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat
lagi" (al-A'raf, 7: 179). Rosak sifat insaniahnya, mereka adalah musang
yang berbulu ayam.
Demi mempertegaskan kewajiban untuk tidak berkhianat terhadap
amanah, dalam ayat pertama surah al-Ma'idah, Allah memerintahkan
orang-orang yang beriman supaya menyempurnakan 'uqud, iaitu satu
istilah al-Qur'an yang cukup sempurna untuk merujuk kepada "ikatan
janji-amanah yang kukuh" (shadd wa shiddat wuthuq).
Al-Raghib al-Isfahani telah menjelaskan bahawa perjanjian yang dirujuk
dalam ayat ini terdiri dari tiga jenis ikatan-amanah. Pertama-tamanya,
Perjanjian antara insan dengan Tuhan, iaitu kewajiban manusia kepada
Allah yang berpandukan Agama Islam (al-A'raf, 7: 172). Keduanya, janji
antara manusia dengan dirinya sendiri. Iaitu, untuk meletakkan sifat-

sifat haiwaniahnya di bawah kendalian akal dan kalbu. Dan yang


ketiganya, janji antara seseorang manusia dengan manusia yang lain
yang

serasi

dengan

persyaratan

Agama.

Misalnya,

perjanjian

perdagangan antara penjual dengan pembeli, persepakatan masyarakat


antara

pelbagai

kelompok

kaum,

akad-nikah

perkahwinan,

dan

persetiaan antarabangsa.
Para ahli dalam pentafsiran al-Qur'an telah menerangkan bahawa
kewajiban ini turut merangkum perjanjian yang tersirat, yang kerana itu
perlu ditunaikan dengan saksama. Sebagai contoh, terdapat perjanjian
yang tersirat antara seorang tuanrumah dengan tetamunya, antara
seorang pengembara dengan pengiringnya, antara seorang majikan
dengan pekerjanya, dan seterusnya. Abdullah Yusuf Ali menyatakan
bahawa seseorang yang meninggalkan mereka yang berada di bawah
tanggungjawabnya dan sebaliknya pergi "beribadah" berseorangan di
padang pasir adalah seorang yang bacul yang telah mengabaikan 'uqud
atau tugas-tugas wajibnya.
Tambahan

pula,

"Allah

telah

memerintahkan

kamu

supaya

menyerahkan Amanah kepada yang berhak" (al-Nisa', 4: 58). Ayat alQur'an ini merangkum segala amanah, sama ada yang berkaitan dengan
harta-benda, mahupun yang berkaitan dengan akhlak. Sekiranya ada
sebarang tugas yang perlu ditunaikan kepada seseorang yang lain, tugas
tersebut

adalah satu

amanah yang

wajib

ditegakkan.

Sekiranya

seseorang itu ditugaskan untuk mengusahakan sesuatu kerja, maka


mengerjakannya dengan sempurna dan penuh rasa tanggung-jawab
adalah satu perbuatan menyerahkan amanah kepada yang berhak.

Punca Berlakunya Pecah Amanah

Pecah amanah atau khianat boleh menyebabkan kefasadan dan boleh


juga

dimaksudkan

dengan

pecah

rahsia

seseorang

yang

anda

percayakannya adalah suatu pekerti untuk harus dibasmi dari dalam


diri. Kelakuan ini disebabkan jahil akan akibat kesudahannya, baik di
dunia dan di akhirat. Di dunia, dia dapat menimbulkan permusuhan
orang yang dikhianatinya dan dia akan menjadi marah dan tidak
dikembalikan bila dituntut ataupun jika rahsianya dibocorkan padahal
ia amat mempercayainya.

Jenayah Komersil

Bilangan Kes

Tipu
Pecah Amanah
Jenayah Komputer
Jumlah
Jumlah Jenayah
Keseluruhan

3,684
1,498
245
5,427
170,481

Nisbah daripada
keseluruhan jenayah
(%)
2.16
0.88
0.14
3.18

Jadual 1: Statistik Jenayah Komersial di Malaysia:Januari hingga


September 2006
Daripada Jadual 1, daripada statistik tahun 2006 didapati jenayah yang
paling banyak dilakukan adalah menipu dengan 3,684 kes dan
menyumbangkan 2.16% daripada keseluruhan jenayah di Malaysia. Ini
diikuti dengan jenayah pecah amanah sebanyak 1,498 kes (0.88%) dan

jenayah komputer sebanyak 245 kes (0.14%). Kes jenayah ini sebenarnya
melibatkan jenayah komersial yang dilakukan oleh sebahagian besarnya
adalah golongan yang berpendidikan.

Kesan

Walaupun ia lebih bersifat sosial, namun kesan negatif yang timbul


akhirnya boleh menyebabkan daya produktiviti, pengeluaran dan
sebagainya akan menurun. Oleh itu aspek pembangunan nilai-nilai
murni atau sosial perlu dititikberatkan seiring dengan pembangunan
manusia yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Jalan
penyelesaian yang baik adalah kembali kepada Islam dan ini adalah
sejajar dengan proses kematangan fikiran umat Islam sendiri setelah
mengharungi cabaran hidup yang semakin mencabar oleh kecanggihan
sains dan teknologi (Abdullah Ishak, 1995)
Pengenalan konsep modal insan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan
(RMK9) adalah bertepatan dengan langkah membendung jenayah
komersial yang berlaku sebelum ini. Modal insan yang diketengahkan
adalah modal insan yang berkualiti yang menjadi terus utama kejayaan
RMK9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik
merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal
intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan
teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif
melalui pendidikan, latihan dan

Antara kesan-kesan buruk lain adalah seperti berikut :-

1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, pecah amanah


mencerahkan peluang seseorang untuk ke Neraka.
2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan
penjagaan harta, maruah, nyawa dan diri seseorang.
3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah
masyarkat

yang cekap

, mahir dalam tugasan dan ilmu akan

berkurangan kerana skill' dan ilmu kemahiran semakin tiada erti lagi,
yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap tidak amanah.
4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing
memikirkan diri mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk
terhadap mangsa bagi jangka pendek dan Negara bagi jangka panjang.
5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan
dan keharmonian serta kerjanya tidak berkualiti.
8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan pecah amanah
menikmati hasil dari ketidak ikhlasan dan memberikan kelaurga makan
harta tidak berkat. Justeru, Seluruh keluarganya bakal menjadi kaki
pecah amanah di setiap sektor selepas ini. Maka bertambah si jahat dan
yang telah jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-







Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah
penyakitnya " ( AlBaqarah : 10 )

Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan


hasil rasuah
Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang
dan ruangnya
untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal
runtuh, kecoh dan
hancur.
9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya
bertambah kaya
dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya
kerana tidak
punayi cable' yang baik, wang yang tidak mencukupi.

Penutup
Salah satu aspek yang sangat diberi perhatian oleh Islam bagi
memastikan

supaya

berlangsung

dalam

perjalanan
suasana

sistem

yang

hidup

sihat

dan

manusia
harmoni

dapat
ialah

kesempurnaan akhlak. Ini kerana akhlak yang baik dan mulia sahaja
dapat

menjamin

kesejahteraan

dan

kejayaan

dalam

menjalani

kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Secara umumnya akhlak


boleh dipecahkan kepada dua pembahagian. Pertama, akhlak Islam, dan
yang kedua ialah akhlak falsafah atau lebih dikenali sebagai etika.
Akhlak Islam ialah akhlak yang bersumberkan wahyu (Quran dan
sunah), bersifat kudus, mutlak, rabbani dan tetap sepanjang zaman.

10

Sementara akhlak falsafah pula berdasarkan kepada kemampuan


pemikiran manusia, yang pastinya tidak kudus, berubah-ubah mengikut
zaman dan kepentingan dan tidak mutlak.
Oleh yang demikian, apabila membincangkan mengenai akhlak dan
etika yang menjadi asas kepada kejayaan sesuatu profesionalisme, maka
seringkali dua bahagian akhlak ini ditemui sama ada secara seiring
ataupun bertentangan. Dengan itu, apabila membicarakan antara
kerjaya profesional dan akhlak yang dilihat dari perspektif Islam, maka
beberapa perkara berikut perlu diambil kira, iaitu;

1. Kesesuaian kod etika yang berkaitan dengan profesion.


2. Masalah-masalah yang akan timbul yang berkaitan dengan kejayaan
dan kegagalan sesuatu profesion.

3. Adakah amalan sesuatu profesion itu menurut tuntutan akhlak?


4. Sejauh manakah kebenaran sesuatu profesion itu dari sudut
penilaian akhlak?
Dari perspektif akhlak, sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan
mestilah tidak membawa bencana atau kerosakan, sama ada terhadap
diri sendiri, masyarakat ataupun alam sekitar. Pekerjaan tersebut

11

hendaklah selaras dengan tujuan akhlak Islam, iaitu untuk melindungi


agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Di samping itu juga, kerjaya tersebut hendaklah tidak bercanggah
dengan larangan agama seperti menjadi tukang sihir, pengedar arak
atau dadah, pengurus perjudian, pemakan riba, sama ada dikerjakan
secara profesional ataupun tidak.
Pada umumnya, kerjaya yang dibenarkan oleh Islam juga harus benar
dan sah dari segi pelaksanaannya. Atau dengan perkataan lain,
walaupun pada hakikatnya pekerjaan itu mungkin benar dan sah, tetapi
jika dilaksanakan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam, maka ia
tetap haram dan ditegah.
Kerjaya yang selaras dengan syarak iaitu sesuai dengan al-Quran, Hadis,
Qias dan Ijmak, maka ia dianggap sebagai ibadah umum dan
pelaksanaannya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Sebaliknya
pula, kerjaya yang dianggap tidak syarie dan bercanggah dengan Islam
adalah dianggap tidak mempunyai nilai-nilai akhlak.
Daripada pengalaman yang dilalui dan perkembangan profesion itu
sendiri menunjukkan bahawa etika profesion adalah sesuatu yang perlu
diadakan untuk menghadapi gejala keruntuhan akhlak seperti pecah
amanah, rasuah, penyelewengan dan berbagai masalah yang mungkin

12

timbul dalam amalan kerjaya tertentu. Usaha untuk mewujudkan etika


ini sudah pasti menambahkan kewibawaan kerjaya berkenaan.
Sungguhpun

begitu,

kod

etika

ini

sering

diasaskan

kepada

pertimbangan akal semata-mata yang tidak semestinya sesuai dengan


nilai akhlak Islam. Oleh itu akan timbul pertembungan antara kod etika
buatan manusia dengan nilai akhlak Islam ciptaan Allah s.w.t.
Keadaan ini sudah pasti akan menyulitkan pada kebanyakan orang dan
menyebabkan terhakisnya kecenderungan orang ramai untuk mematuhi
kod etika yang telah disediakan.
Oleh itu, apa yang penting ialah, kod etika bagi mana-mana profesion
hendaklah berasaskan kepada konsep bekerja menurut Islam iaitu yang
selaras dengan tuntutan syarak dan akhlak Islam, sama ada terhadap
individu, masyarakat, majikan dan juga teman sekerja.
Islam melihat akhlak bukan hanya sekadar pada tingkah laku luaran
sahaja tetapi ia juga harus berakar umbi di hati nurani. Kesedaran
dalam melakukan amalan-amalan yang baik tidak berlaku sekali-sekala
sahaja tetapi hendaklah menjadi darah daging dan amalan setiap masa.

Dalam Islam, akhlak diperkukuhkan dengan peneguhan keimanan


kepada Allah s.w.t. serta iltizam yang tinggi terhadap undang-undang
agama, di samping menanamkan nilai tauhid yang mendalam dan
13

akhlak yang mulia. Sungguhpun begitu, suasana masyarakat yang kita


miliki tidak sedemikian sifatnya. Apa yang kita lihat dan dengar setiap
hari ialah penipuan, penyelewengan, pecah amanah, rasuah dan seribu
macam

keruntuhan

akhlak

yang

meningkat

pada

kadar

yang

membimbangkan. Masyarakat terus-menerus menanggung kerugian


akibat daripada salah laku golongan-golongan profesional yang tidak
bertanggungjawab
Sepatutnya,

kerjaya

profesional

yang

baik

menuntut

kepada

persekitaran kerja yang baik. Persekitaran yang bersih ini memerlukan


kepada manusia profesional yang berakhlak dan dididik dengan nilainilai akhlak Islam yang murni. Ia juga menuntut pengurusan yang
menjauhkan diri daripada maksiat sama ada di dalam ataupun di luar
pejabat.
Dengan

adanya

penghayatan

nilai

akhlak

yang

merata

dalam

masyarakat di setiap peringkat, maka diharapkan masalah kecurangan


dalam kerjaya profesional di negara kita dapat dikurangkan. Dalam
usaha untuk memantapkan ketinggian akhlak dalam kerjaya profesional,
beberapa langkah perlu diambil, antaranya;
1. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang bersih dari segala
faktor yang meransang keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sama ada
di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun institusi pengajian
tinggi.

14

2. Kegiatan kokurikulum hendaklah seiring dan selaras dengan usaha


dan matlamat untuk memupuk rohaniah, kecintaan kepada Yang Maha
Pencipta dan juga menanam komitmen yang kuat kepada nilai-nilai
akhlak yang mulia.
3. Di peringkat pengajian tinggi pula, boleh diserapkan subjek etika
profesional dari kacamata Islam, dengan pelbagai huraiannya terhadap
konsep, falsafah dan amalan bekerja menurut Islam serta langkahlangkah pengukuhannya menurut bidang-bidang kerjaya yang tertentu.

4. Tenaga-tenaga pengajar hendaklah terdiri daripada mereka yang


mempunyai nilai akhlak yang tinggi agar menjadi model yang dapat
dicontohi oleh pelajar.
5.

Pembangunan

negara

seperti

ekonomi,

pendidikan

dan

seumpamanya, hendaklah berasaskan kepada nilai-nilai akhlak Islam.

6. Etika kerja dan amalan pengurusan kerjaya hendaklah diterapkan


lunas-lunas yang sesuai dengan syarak dan akhlak Islam.
Ringkasnya, setiap ciri dan nilai yang dapat membentuk akhlak yang
mulia dalam seseorang individu atau profesional itu hendaklah dipupuk
dan ditanam supaya ia menjadi amalan sama ada dalam masyarakat

15

mahupun di tempat bekerja.

Semoga dengan ini usaha untuk

melihat golongan profesional dan masyarakat yang berakhlak yang bebas


daripada gejala keruntuhan moral dapat dicapai, dan seterusnya
membentuk sebuah negara yang progresif dan dinamik.

16

Anda mungkin juga menyukai