Anda di halaman 1dari 2

1

BAB 1

1.0

LATAR BELAKANG

Internet adalah salah satu daripada media canggih yang mana semakin ramai orang menggunakannya. Di Malaysia, berdasarkan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (2008), pengguna Internet di rumah sahaja telahpun mencapai lebih 2.5 juta pengguna. Laman web sosial Facebook, hari ini menjadi salah satu daya penarik kepada golongan remaja khususnya, dan ianya tidak terkecuali menarik minat golongan dewasa dan professional untuk melayan laman web sosial ini. Laman rangkaian sosial seperti Facebook merupakan budaya baru yang menjadi trend kepada pengguna Internet pada masa kini. Penggunaan Media member latar belakang kepada sosial, emosional dan pembentukan kognitif remaja mengambil kira yang dihabiskan oleh remaja (Roberts, Foehr & Ride Out 2005). Aplikasi yang paling popular di internet yang telah berkembang dengan cepat dari segi penyebaran dan popularity di laman sosial. Laman sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Taged, instagram merupakan laman sosial yang bersifat global yang membolehkan pengguna menggunakannya sebagai medium yang lebih interaktif untuk menghantar pesanan kepada oarng lain. Nielsan (2006) melaporkan bahwa sepuluh laman sosial paling popular di Amerika Syarikat berlaku peningkatan pengguna dari 46.8 juta pengguna pada tahun 2005 kepada 68.8 juta pengguna pada tahun 2006. Peningkatan penggunaan laman sosial ini menunjukkan bahawa pengguna yang terdiri dari golongan remaja dan dewasa menggunakan laman sosial ini untuk berinteraksi antara satu sama lain tidak mengira peringkat umur. Facebook merupakan salah satu laman sosial yang paling popular digunakan di Malaysia. Facebook memberi pelbagai faedah kepada pengguna anataranya memudahkan derakan dakwah, mencari sahabat lama dan tidak terkecuali dalam sector ekonomi boleh

mengembangkan perniagaan. Selain itu, tokoh agama boleh menyampaikan dakwah tanpa pelu bersemuka menerusi laman peminat yang ditubuhkan. Sebagai contoh Dato Harun Din menggunakan Facebook untuk menyampaikan maklumat mengenai kuliah yang bakal diadakan.

2.0

PERNYATAAN MASALAH

Dewasa ini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Siapa di antara kita yang masih tidak mengenali apa itu laman web sosial? Tidak perlu dipertikaikan lagi mengenai kehebatan laman web sosial pada masa kini. Ruang . Pilihan terhadap laman web sosial seperti facebook memberi peluang kepada mereka membentuk interaksi sosial dan pergaulan maya yang luas. Facebook adalah laman web sosial yang paling popular pada masa kini. Melihat kepada trend penggunaan Facebook masa kini, penggunaan terutamanya remaja banyak menghabiskan masa di hadapan komputer semata-mata untuk mengemaskini status, membalas mesej, bermain permainan atas talian dan sebagainya. Jika dikaji secara kritikal, menimbulkan beberapa persoalan mengenai tujuan penciptaan facebook. Adakah terdapat agenda tersembunyi di sebalik penciptaan Facebook. Pemerhatian yang dilakukan mendapat seolah-olah fenomena Facebook yang menjadi satu keperluan dan budaya baru kepada golongan muda terutamanya remaja yang menjadi peneroka teknologi komunikasi kini.

Anda mungkin juga menyukai