Anda di halaman 1dari 11

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1.0 PENGENALAN
Perancangan dalam konteks Islam, memerlukan keseimbangan antara kerohanian dan
kebendaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Untuk mencapai kehidupan yang
lebih baik di dunia dan akhirat, setiap insan perlu membuat perancangan supaya perjalanan
kehidupan seharian menjadi lebih teratur dan tersusun.
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya, rebutlah lima perkara sebelum datang lima
perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa berharta
sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.
Kita juga terbiasa dengan pepatah Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Namun begitu, kita sewajarnya tidak hanya berserah pada ketentuan takdir. Sebaliknya kita
perlu berusaha dan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kesenangan di masa hadapan.
Hadis ini wajar dijadikan panduan dan mengaplikasikannya dalam membuat perancangan.
Kita perlu merancang kerana ianya merupakan Sunnah. Dalam hal ini, kisah Nabi Yusof
seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dapat memberikan kita suatu pengajaran yang jelas
bagaimana pentingnya perancangan untuk masa depan. Kisahnya diterangkan dalam AlQuran, Surah Yusof, Ayat 46 yang membawa maksud:
Yusof, wahai orang yang sangat dipercayai! Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi)
tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang
kurus, tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai lainnya kering, agar aku kembali
kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahui.
Dalam hal ini, Nabi Yusof telah meminta mereka bercucuk tanam selama tujuh tahun dan
hasilnya disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu, datangnya musim kemarau yang
panjang selama tujuh tahun dan hasil yang disimpan itu dapatlah digunakan sepanjnag masa
sulit tersebut.
Begitulah sebahagian manfaat daripada perancangan yang rapi dan tersusun. Setiap apa jua
yang dinikmati pada hari ini seharusnya kita juga perlu merancang untuk sesuatu yang baik di
masa hadapan, lebih-lebih lagi untuk menghadapi kesukaran dan kesulitan yang tidak
terjangka.

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.0 DEFINISI PERANCANGAN


Perancangan adalah proses melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk
mencapainya. Perancangan juga memerlukan pembuatan keputusan iaitu menerangkan
strategi-strategi dan membangunkan perancangan-perancangan untuk menyelaraskan aktiviti
kerja.
Di dalam asas pengurusan Islam, perancangan (takhtit) merupakan asas utama. Perancangan
ialah mengkaji aspek-aspek yang berkaitan sebelum melakukan sesuatu kerja. Kemudian
memilih satu cara yang terbaik yang dirasakan boleh untuk mencapai matlamat mengikut
keupayaan dan keadaan tertentu. Perancangan merupakan aspek paling penting dalam
pengurusan. Sejarah awal perkembangan agama Islam menunjukkan betapa rapinya
perancangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum Islam tersebar dengan meluas.
Dalam mewujudkan persekitaran bagi keberkesanan prestasi individu yang bekerja bersamasama dalam kumpulan, tugas pengurus yang paling penting adalah memastikan bahawa setiap
orang memahami tugas dan objektif kumpulan dan cara-cara untuk mencapainya. Sebagai
seorang pengurus, hendaklah mengetahui apakah yang dijangkakan untuk dicapai melalui
perancangan yang berkesan.
Meskipun masa hadapan tidak dapat diramalkan, namun dengan adanya perancangan yang
efisyen kita dapat mengawal faktor luaran dan dalaman yang mungkin mengganggu
rancangan yang telah dirangka. Proses perancangan menuntut daya kecerdasan dalam
menentukan halatuju, tindakan, dan membuat keputusan.
Perancangan adalah suatu proses menggabung segala sumber yang terhad secara optimum
untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Dalam proses perancangan ini pengurus
hendaklah mengenalpasti apa yang ingin dicapai dengan menyusun sumber-sumber, langkahlangkah dan tindakan betul yang perlu diambil. Perancangan yang berkesan adalah penting
kerana sumber-sumber yang dimiliki sangat terhad. Justeru itu kepentingan perancangan
dalam kehidupan dapat dirumuskan dari firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah SWT (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang
telah dia sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyeluruh pengetahuanNya akan segala yang kamu
kerjakan. ( Surah al-Hashr 59:18 )

3.0 PERANCANGAN RASULLULLAH SAW


Apabila kita membaca sirah Rasullullah SAW kita juga dapati beliau membuat perancangan
untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan
dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya. Sebagai contoh, beliau
mengarahkan sebahagian sahabat berhijrah ke Habshah bagi mengelakkan daripada dizalimi
oleh kafir Quraish. Baginda amat arif tentang latarbelakang geografi, keagamaan serta politik
negara tersebut dan pasti bahawa Habshah tempat yang paling sesuai bagi orang-orang Islam
yang dizalimi itu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa orang-orang Islam pada masa itu pun
tidak terputus daripada apa yang berlaku didunia walaupun keadaan pengangkutan sangat
daif. Dengan teknologi ICT yang terkini, umat Islam tiada alasan untuk tidak mengetahui
keadaan dunia sekeliling dan membuat perancangan yang sewajarnya.
Kepekaan umat Islam terhadap apa yang berlaku didunia juga jelas dengan sikap mereka
terhadap konflik yang berlaku di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Byzantium pada masa itu.
Sehubungan dengan ini Al-Quran menyatakan;
Telah dikalahkan bangsa Rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan
itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah
(mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang
yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan
Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah. Allah
tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya
mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan)
akhirat adalah lalai. Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?
Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan
dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di
antara manusia benar benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Rum 2 : 8)

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Antara contoh yang paling ketara tentang kepentingan perancangan ialah hijrah Rasulullah
SAW ke Madinah. Hijrah telah menggabungkan unsur perancangan yang rapi dengan
meletakkan keyakinan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW telah menyediakan segala sumber
dalam kemampuannya sebagai manusia biasa dan pada waktu sama mengambil segala
langkah berjaga-jaga bagi memastikan kejayaannya. Baginda telah mendapatkan tempat untuk
berhijrah dengan melakukan dua perjanjian dengan penduduk Madinah, yang mana mereka
(penduduk Madinah) akan melindungi Baginda dan orang-orang Islam yang akan berhijrah ke
Madinah sepertimana mereka akan melindungi diri mereka dan keluarga mereka sendiri.
Kemudian Baginda memilih rakan yang sangat dipercayai, Saidina Abu Bakar untuk
menemani beliau dalam perjalanan ke Madinah; dan Abu Barkar memanglah orang paling
tepat. Baginda juga memilih orang terpecaya, Saidina Ali untuk menggantikan Baginda
ditempat tidur bagi memperdaya kafir Quraish yang telah berjaga sepanjang malam untuk
membunuh Baginda. Sebaik saja Baginda meninggalkan rumah Baginda, Saidina Ali telah
menjalankan tugas beliau dengan yakin dan berani walaupun ia mengancam nyawa beliau.
Baginda Rasulullah SAW juga menyediakan seorang pakar penunjuk jalan, Abdullah bin
Uraiqat, untuk membawa beliau dan Saidina Abu Bakar ke Madinah. Walaupun penunjuk
jalan itu seorang musyrik, ia seorang yang boleh dipercayai. (Sehubungan dengan ini fuqaha
Islam telah menjadikan peristiwa tersebut sebagai hujjah membolehkan orang-orang Islam
mendapatkan bantuan orang bukan Islam dalam urusan dunia mereka selagi mereka boleh
dipercayai.) Disamping itu Rasulullah SAW juga memilih sebuah gua yang telah ditinggalkan
(gua Thaur), untuk bersembunyi selama beberapa hari sehingga kafir Quraish mengurangkan
tindakan memburu Baginda. Gua Thaur juga dipilih kerana kedudukannya yang melawan arah
Madinah. Ini adalah untuk mengelirukan lagi kafir Quraish.
Rasulullah SAW juga menyediakan satu pasukan untuk membawa makanan dan berita
sepanjang penyembunyain Baginda di gua tersebut. Pasukan tersebut terdiri daripada Asma
dan Abdullah, anak-anak Saidina Abu Bakar , dan Amir bin Fuhairah, pembantu Saidina Abu
Bakar Asma dan Abdullah ditugaskan untuk membawa makanan dan berita sementara Amir
ditugaskan untuk menutup jejak Asma dan Abdullah dengan membawa kambing-kambing
melalui jalan yang telah dilalui oleh Asma dan Abdullah. Peristiwa di atas menunjukkan
kepada kita bahawa perancangan Baginda merupakan perancangan yang paling baik. Baginda
tidak membiarkan suatu pun kepada taqdir dan telah menugaskan setiap orang yang
Baginda telah pilih untuk memainkan peranan yang tertentu. Namun, walaupun Baginda telah
4

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

menyediakan segala persiapan, perancangan tersebut hampir gagal apabila kafir Quraish
berada di mulut gua Thaur hampir menjumpai Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Pada
ketika itu Abu Bakar yang khuatir tentang keselamatan Rasulullah SAW berbisik;
Kalau salah seorang daripada mereka menjenguk kedalam, mereka akan menjumpai kita.
Rasulullah SAW yang penuh yakin dengan bantuan Allah menjawab, Apa pandangan kamu,
Abu Bakar, tentang dua orang sahabat yang dibantu oleh Yang Ketiga? Janganlah kamu
berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. Peristiwa ini dirakamkan oleh Al-Quran
apabila Al-Quran menyatakan;
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah
menolongnya (iaitu) ketika orang orangkafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari
Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di
waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah
beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quraan menjadikan
orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At Taubah : 40)
Jawapan Rasulullah SAW merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap
Allah SWT. Melalui peristiwa ini Baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa
yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang diluar kemampuan kita
kepada Allah SWT. Inilah pengertian sebenar bertawakkal kepada Allah SWT. Selain daripada
peristiwa Hijrah, terdapat banyak contoh daripada sejarah Islam yang menunjukkan bahawa
bertawakal kepada Allah SWT bukan bererti kita harus berpeluk tubuh tanpa merancang.
Salah satu contoh ialah apabila Rasulullah SAW bertanya kepada seorang Arab Badwi
mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu: Aku
bertawakkal kepada Allah. Rasulullah SAW kemudian bersabda: Tambat unta kamu dahulu,
kemudian bertawakkal kepada Allah.

4.0 PERANCANGAN HARTA


Rasullullah SAW juga berpesan agar kita agar merancang untuk masa depan, termasuk
perancangan harta. Sehubungan dengan ini Rasulullah bersabda;
5

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Gunakan lima sebelum lima; masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, kaya
sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidupsebelum mati.
Ini bermakna kita harus menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan yang
menimpa; yang mana harta kekayaan yang ada digunakan sebaik mungkin sebelum kesusahan
yang menjelang tiba. Pesanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu kita
agar membuat perancangan yang sewajarnya.
Perancangan harta juga secara tidak langsung dinyatakan oleh Al-Quran melalui satu ayat
yang
menyuruh kita membuat pelaburan. Al-Quran menyatakan, Dan janganlah kamu serahkan
kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam
kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan
pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.
(An-Nisa : 5)
Turunnya ayat ini ditujukan kepada semua penjaga harta anak yatim dan menurut setengah
mufassirin, yang dimaksudkan dengan safih (belum sempurna akal) disini ialah orang yang
yang membazirkan hartanya atau tidak betul membelanjakannya samada ia kanak-kanak
ataupun orang dewasa. Menurut mereka lagi, adalah wajib bagi penjaganya menahan harta
tersebut daripadanya supaya tidak sia-sia. Seterusnya mereka mengatakan harta mereka baru
boleh diserahkan jika mereka bijak mengendalikannya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa
merancang harta adalah penting terutama dalam zaman moden ini dimana pengurusan harta
memerlukan perancangan yang baik memandangkan terdapat banyak godaan yang mengajak
kita untuk berbelanja berlebihan seperti tawaran-tawaran jualan, diskaun, penggunaan kad
kredit dan sebagainya. Adalah menarik direnungkan bahawa ramai di antara mufassirin
mentakwilkan kalimat fiiha (dari hasil harta itu) digunakan didalam ayat di atas dan bukannya
kalimat minha (daripada harta itu) untuk mengisyaratkan bahawa perbelanjaan itu hendaklah
diambil daripada keuntungan harta yang dilaburkan dan bukan daripada harta pokok yang
dibekukan begitu sahaja.
Sesungguhnya membiarkan harta dibekukan sahaja tidak memerlukan perancangan, tetapi
untuk mendatangkan hasil atau pulangan pelaburan yang baik memerlukan perancangan
seperti mengambilkira risiko dan pulangan pelaburan, mempelbagaikan pelaburan dan lain6

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

lain tindakan. Dalam ayat yang berikutnya, iaitu ayat 6 daripada surah yang sama, Allah
menyatakan;
Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut
pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada
mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas
kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa.
Barang siapa (diantara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari
memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin,maka bolehlah ia makan harta
itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka
hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah
Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
Menurut satu riwayat, sebab turunya ayat tersebut adalah mengenai Thabit bin Rifaah yang
masih kecil yang dijaga oleh bapa saudaranya selepas kematian bapanya, Rifaah. Bapa
saudaranya telah datang bersamanya kepada Rasulullah dan berkata, Anak saudara saya yang
yatim dalam jagaan saya, tiadalah halal bagi saya untuk membelanjakan hartanya, bilakah
masanya saya menyerahkannya. Sehubungan dengan ini Allah SWT berfirman;
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut,
jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya
secara ma'ruf (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah : 180)
Ayat mewajibkan meninggalkan harta pusaka kepada kaum kerabat diturunkan untuk
mencegah perbuatan orang-orang jahiliyah dahulu yang berwasiat sebelum mati untuk
memberikan harta pusakanya kepada orang yang jauh daripada pertalian kerabat. Tujuan
mereka adalah untuk bermegah-megah, mengaharapkan puji serta bermuka-muka sedangkan
kaum kerabat mereka sendiri terhindar, terbiar dan terlantar. Islam bukan sahaja mengajar kita
agar menyediakan bekalan yang secukupnya untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia
tetapi juga menentukan kadar yang minima untuk perbelanjaan keluarga apabila kita
meninggal dunia. Allah SWT berfirman;
Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteriisteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun
7

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri),
maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka
berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah : 240)
Daripada kedua ayat tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa seseorang itu harus
merancang harta pusakanya agar isteri, anak-anak serta kaum kerabat mempunyai
perbelanjaan yang cukup untuk meniti hari-hari depan mereka. Kita dapat membuat
kesimpulan bahawa pada puratanya seseorang itu hendaklah merancang meninggalkan
bekalan selama empat atau lapan tahun perbelanjaan bergantung samada beliau mempunyai
anak atau tidak. Ini adalah kerana jika seseorang itu meninggal dunia, isterinya akan
mendapat seperempat atau seperlapan daripada harta pusaka dan selebihnya adalah untuk
kaum kerabat yang lain termasuk ibu bapa.. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas dimana Rasulullah saw bersabda,;
...Sesungguhnya meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan
mereka miskin meminta-minta manusia.

5.0 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI


Terdapat empat tanggungjawab asas yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus dalam
memakmurkan sesebuah organisasi. Keempat-empat tanggungjawab yang dimaksudkan itu
meliputi aspek perancang, penyusun, pendorong dan pengawal. Keberkesanan pelaksanaan
terhadap keempat-empat peranan ini bergantung kepada kesediaan pengurus untuk
memutuskannya melalui syura.
Asas pengurusan yang perlu diputuskan oleh syura melibatkan perancangan (takhtit),
penyusunan (tartib), dorongan (attasyjik) dan pengawalan (hirasah). Peranan nilai tauhid
dalam perancangan akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap ketentuan Allah SWT
melalui qada dan qadarnya. Qadar adalah perancangan dan penetapan oleh Allah SWT
terhadap segala sesuatu sejak azali lagi. Qada adalah pelaksanaan perancangan dan
ketetapanNya. Sementara itu, bagi pengurus mereka tidak akan lupa diri dengan kejayaan dan
tidak juga kecewa dengan kegagalan. Bagi mereka, setiap yang berlaku itu terdapat hikmah
yang tersembunyi disebaliknya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Sesiapa yang diberikan hikmah itu,
maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Hanya orang yang berakal
sahaja akan dapat mengambil pengajaran. ( Surah al-Baqarah 2:269 )
Perancangan yang rapi akan memastikan objektif sesebuah organisasi berjaya dicapai. Tiada
satu pun aktiviti sebuah organisasi dapat dijalankan tanpa adanya perancangan. Merancang
tidak bererti menolak takdir. Sebaliknya ia merupakan suatu usaha yang diambil untuk
merealisasikan kemampuan diri atau syarikat dengan mengambil langkah yang tersusun rapi
lagi teratur bagi memastikan objektif yang telah ditentukan berjaya dicapai dengan sebaik
mungkin. Lebih kompleks dan sukar sesuatu yang ingin dicapai maka lebih rapi dan
sistematik perancangan yang perlu dilakukan.
Ajaran Islam menegaskan bahawa kegagalan yang dialami oleh sebuah organisasi bukan
kerana kekuatan yang dimiliki oleh pesaing tetapi sebalikna kelemahan mereka dalam
membuat perancangan menyebabkan mereka kalah dalam persaingan. Tanpa perancangan
yang baik sudah tentu usaha-usaha pembangunan yang dijalankan akan berakhir dengan
pelbagai masalah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Perancangan adalah sebahagian dari penghidupan. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebagai seorang pengurus, tidak sepatutnya terlalu yakin dengan kekuatan akal mereka dalam
membuat perancangan dan tidak sepatutnya membelakangkan ketentuan Allah SWT. Manusia
hanya mampu merancang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya perancanganNya
adalah lebih baik. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membuat
perancangan ialah disiplin, masa dan maklumat. Untuk menghasilkan kerja yang berkualiti,
disiplin merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan sepertimana yang difirmankan
oleh Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya (untuk membela
agamaNya) dalam barisan yang teratur bagaikan sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(Surah al-Saff 61:4)
Disiplin melibatkan penganalisisan yang teliti dengan pemikiran yang rasional dan sistematik.
Tanpa disiplin dan kesabaran, perancangan rapi mungkin tidak dapat dihasilkan. Seterusnya
perancangan yang berjaya memerlukan penumpuan usaha dan susun atur kerja yang baik.
Tanpa disiplin, segala perancangan yang telah dilakukan akan hanya menjadi impian di atas
9

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

kertas. Manakala masa yang diberikan sama ada pendek atau panjang akan mempengaruhi
kualiti perancangan yang dihasilkan. Sekiranya masa yang diberikan panjang, akan
memperoleh kualiti perancangan yang baik, tetapi jika masa yang diberikan sedikit,
kemungkinan besar sebarang perancangan yang dibuat oleh syarikat akan berdasarkan
andaian-andaian lalu yang kurang tepat. Seterusnya maklumat merupakan aset utama di dalam
membuat perancangan. Maklumat yang ada mempengaruhi kualiti perancangan yang dibuat.
Keupayaan sesebuah organisasi untuk menghasilkan apa yang diingini bergantung kepada
perancangan teliti yang disusuli dengan pelaksanaan dan pengawalan (hirasah) yang baik.
Dalam hal ini, kualiti perancangan mestilah selari dengan tuntutan Islam. Islam
mengkehendaki serta mengggalakkan aspek penelitian dan penganalisisan sebelum sesuatu
keputusan dan tindakan diambil. Justeru, dalam memastikan kejayaan perancangan, mereka
perlulah memastikan segala maklumat dianalisis terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada
berlakunya sebarang kesilapan. Didalam Al-Quran menjelaskan bahawa aspek perancangan
perlu dititikberatkan seperti yang dijelaskan di dalam Surah al-Hasyr ayat 18 yang
bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
memperhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok.

Melalui perancangan yang rapi membolehkan mereka memberi keutamaan kepada aktiviti
yang sepatutnya diutamakan. Keutamaan adalah berdasarkan keperluan dan kemampuan pada
masa tertentu. Dengan mengatur strategi yang betul dan wajar sesuai dengan keutamaan yang
telah dikenalpasti akan membolehkan mereka meningkat pencapaian syarikat dari masa ke
semasa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
Tidakkah akal itu seperti suatu perencanaan? ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sungguhpun mereka memiliki kekuatan akal fikiran, mereka tidak dapat menandingi
kekuasaan dan ketentuan Allah SWT yang pernah mengingatkan bahawa manusia merancang
dan Allah SWT juga merancang dan sesunguhnya perancangan Allah SWT adalah yang lebih
baik.

6.0 KESIMPULAN
10

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan perancangan dalam Islam


amat dititikberatkan. Aspek perancangan yang berlandaskan ajaran Islam dan berpandukan Al
Quran dan Hadis dapat menghasilkan kesempurnaan dalam setiap hasil daripada apa yang
telah dirancang. Keberhasilan daripada setiap perancangan bergantung kepada faktor
bagaimana perancangan tersebut ditadbir urus. Sekiranya merancang dengan teliti, tetapi tidak
diurus dengan baik, juga tidak memberi hasil yang baik. Sebaik-baik perancangan adalah
merancang dan mengurus dengan sistematik dan efisen, maka dengan itu keberhasilan yang
diperolehi akan membuahkan hasil yang menepati kehendak perancangan.

BIBLIOGRAFI

1. Al Quran dan Terjemahannya.


2. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan Dalam Islam.Dewan Bahasa Dan
Pustaka,Kuala Lumpur.
3. Azman Che Omar (2001),Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam.Dewan
Bahasa Dan Pustaka.Kuala Lumpur.
4. Muhammad Nasri Hj Md Hussain dan Ab Aziz Yusof (2005),Pengurus Bertakwa Dari
Perspektif Islam.Prentice Hall,Petaling Jaya.
5. Mohd.Yusof Hj.Othman dan Md Zhahir Kechot (2005,9 September),Penyelidikan dan
Kualiti,Citra,halaman 2-5.

11

Anda mungkin juga menyukai