Anda di halaman 1dari 7

Definisi Pengurus

Pengurus adalah satu pemahaman dalam mentadbir organisasi.

Pengurus bertindak sebagai pengarah dan mengawal sebuah


kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih untuk tujuan
menyelaraskan dan harmonikan kumpulan tersebut untuk
mencapai matlamat.

Pengurus akan mengurus penggunaan sumber manusia,


kewangan, teknologi dan semula jadi di dalamsesebuah
organisasi.

Pengurus juga merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang


yang menjalankan fungsi pengurusan

Definisi Pemimpin

Pemimpin boleh didefinisikan sebagai cara dan gaya seorang


pemimpin dalam menerajui,merancang, menggerak,
mempengaruhi, mengembang dan melaksanakan sesuatu
denganberlandaskan visiyang jelasdenganmempertimbangkan
segalarisiko untukmencapai matlamat yang spesifik.

Pemimpin juga boleh dan akan mempengaruhi orang lain yang


melibatkan ketua dan pengikut di dalam sesebuah organisasi.

Pemimpin melibatkan pengagihankuasa kepada pekerja.

CIRI YANG MEMBEZAKAN ANTARA


PEMIMPIN DAN PENGURUS
Bersifat
Peribadi

Kedudukan
dalam
Organisasi

Sikap &
Motivasi

Skop
Pendekatan

BERSIFAT PERIBADI
PEMIMPIN

PENGURUS

Bercorak peribadi kerana


pemimpin perlu memujuk,
mendorong dan mempengaruhi
subordinat agar mereka
melaksanakan arahan untuk
mencapai matlamat.

Lebih mengutamakan fungsi


pengurusan yang tidak bersifat
peribadi.

KEDUDUKAN DALAM ORGANISASI


PEMIMPIN

PENGURUS

Tidak semestinya dilantik secara


formal dan mempunyai jawatan
formal di dalam sesebuah
organisasi.

Seorang pengurus dilantik


kerana kedudukannya yang
formal dalam organisasi
tersebut.

Bagi pemimpin yang tidak


mempunyai kedudukan formal
dalam organisasi, beliau dilantik
disebabkan oleh ciri-ciri
kepimpinan yang dimilikinya.

Mempunyai kuasa autoriti dan


tanggungjawab tertentu.

Tidak semestinya mempunyai ciri


pemimpin yang baik kerana
dilantik berdasarkan
pengetahuan, kemahiran &
keupayaan mengurus yang
dimilikinya.

SIKAP & MOTIVASI


PEMIMPIN

Mempunyai sikap yang aktif dan


lebih mengambil berat tentang
cara yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat.

PENGURUS

Mempunyai sikap yang tidak


bersifat peribadi kerana
tugasnya untuk memastikan
matlamat yang ditetapkan
tercapai.

Tidak mengambil berat tentang


cara yang digunakan untuk
mencapai matlamat tersebut.

Pemimpin mengambil berat


tentang subordinat supaya
mereka dapat melaksanakan
arahan.

SKOP PENDEKATAN
PEMIMPIN

Diperlukan untuk menangani


perubahan kerana pemimpin
perlu menjelaskan hala tujuan
dengan membentuk visi yang
sesuai.

Menyelaraskan kesemua usaha


subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka
visi yang telah dibentuk &
memberikan semangat kepada
subordinat untuk menghadapi
halangan.

PENGURUS

Diperlukan untuk menangani


kerumitan di dalam organisasi.

Memastikan operasi organisasi


berjalan pada landasan yang
betul.

Anda mungkin juga menyukai