Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.

t dan Salam Perpaduan


Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Hari saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk sahabat yang setia.
Di dalam sebuah taman tingal pelbagai jenis serangga, ada kumbang,
lebah, semut, belalang, rama - rama dan ulat beluncas. Rama- rama
menrupakan serangga yang paling cantik dalam hutan itu, namun ia sangat
baik hati dan tidak sombong. Semua serangga suka berkawan dengannya.

Di taman ini juga menpunyai pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan dan pokok
bunga – bungaan yang sangat cantik. Semua penghuni di taman itu hidup
aman dan gembira. Biarpun rama-rama banyak kawan, namun dia paling suka
berkawan dengan ulat beluncas walaupun ulat beluncas tidak boleh terbang
sepertinya. Ulat beluncas pula sering memuji-muji kecantikan dan kebaikan
rama-rama.

Rama - rama selalu membawa ulat beluncas terbang bersamanya


Rama-ma suka menghisap madu bunga yang segar dengan mengguna
sesungutnya, manakala ulat beluncas pula suka menikmati pucuk-pucuk daun
yang enak di taman itu. Mereka berdua menjadi sahabat yang sangat baik dan
akrab sekali.

Pada suatu pagi, seperti biasa rama- rama menunggu ulat beluncas di
sepohon pokok bunga. Setelah lama menunggu, ulat beluncas ridak juga
muncul. Rama-rama berasa gelisah dan sangat susah hati, ia bimbang sesuatu
yang buruk berlaku kepada ulat beluncas.

Si Rama - rama terbang kesana, kesini, kesana kesini mencari ulat


beluncas, namun tidak berjumpa. Sejak hari itu , ulat beluncas tidak kelihatan
lagi. Rama - rama tidak tahu kemana rakannya pergi. Ia berasa sangat sedih
atas kehilangan sahabat baiknya itu.
Kemana perginya ulat beluncas?

Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa, ia kini berada di dalam
kelongsong yang dipanggil kepompong. Setelah beberapa lama, akhirnya
kepompong itu pecah, kemudian muncullah seekor rama-rama yang sangat
cantik. Kawan-kawan nak tahu?..... kitaran hidup rama-rama bermula dari telur
menjadi beluncas bertukar menjadi pupa dan akhirnya menjadi rama-rama
dewasa.

Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama terbang dan hinggap di


pohon bunga untuk menghisap madu, tiba-tiba ia melihat ada seekor rama-
rama kecil di dalam taman itu. Rama- rama segera terbang ke tempat rama-
rama kecil tersebut, Ia tersenyum manis sambil menyapa kepada rama-rama
kecil dengan riang dan penuh kasih sayang, “ Hai Si Rama -Rama kecil,
kelihatan kamu masih baru di sini?” Ya, sebenarnya saya adalah ulat
beluncas yang menjadi sahabatmu dahulu. Saya sangat gembira dapat
berjumpa denga kamu lagi”.

Ohhhhhhh…. Barulah Si rama-rama sedar bahawa ulat beluncas sahabat


baiknya itu telah bertukar menjadi seekor rama-rama. Ia berasa sangat
gembira dan bersyukur. Kini kedua-dua rama-rama itu menjadi sahabat
semula. Mereka terbang mencari makanan madu dan bunga bersama-sama.

Dari ulat jadi kepompong


Tidur lena dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
Pong!!
Jadilah rama-rama yang indah
Dari cerita di atas kita dapat menimba pengetahuan bahawa :
1. Kitaran hidup rama-rama bermula dari telur, bertukar kepada, ulat beluncas,
bertukar kepada pupa dan seterusnya menjadi rama-rama.
2. Makanan bagi rama-rama adalah madu ddan pucuk tumbuhan. dan
makanan bagi ulat beluncas adalah hanya pucuk tumbuhan sahaja.
3. Rama-rama mempunyai sepasang sayap untuk terbag dan sesungut untuk
menghisap madu.

Nilai murni yang boleh dapat dari cerita ini ialah :


1. Kita hendaklah sentisa bersikap kasih dan sayang terhadap kawan-kawan.
2. Kita hendaklah tolong menolong terhadap kawan-kawan dan semua orang.
3. Kita tidak boleh memperkecilkan kekurangan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai