Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Nama saya
Durratul Kayyisa bt Fhaizulhaffeq. Pada hari ini saya nak cerita
tentang “ Rama – rama dan si Beluncas”.

Di dalam sebuah taman tinggal SEEKOR RAMA – RAMA


BERSAMA SAHABAT BAIKNYA ULAT BELUNCAS.

Ulat beluncas dan rama-rama bersama-sama mencari


makanan di dalam taman itu.

Rama-rama selalu membawa ulat beluncas terbang


bersamanya. Rama-rama suka menghisap madu bunga yang
segar manakala ulat beluncas pula suka menikmati pucuk-
pucuk daun yang enak di taman itu.

Pada suatu pagi, seperti biasa rama-rama menunggu ulat


beluncas di sepohon pokok bunga.Setelah beberapa lama
menunggu, ulat beluncas tidak juga muncul. Rama-rama
berasa sangat bimbang dan sangat susah hati.

Rama-rama terbang ke sana- ke sini mencari ulat

beluncas, namun tidak berjumpa. Sejak dari hari itu, ulat

beluncas tidak kelihatan lagi. Rama-rama tidak tahu ke mana

ulat beluncas pergi. Rama-rama berasa sangat sedih kerana

kehilangan sahabat baiknya.

Ke mana perginya ulat beluncas?

Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi Pupa,

ia kini berada di dalam kelongsong yang dipanggil kepompong.

Kepompong Ulat Beluncas dipanggil Pupa.

Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu pun

pecah. Kemudian muncullah seekor rama-rama kecil yang

sangat cantik. Pada suatu petang, seperti biasa rama-rama

terbang dan hinggap di pohon bunga untuk menghisap

madu.Tiba-tiba, rama-rama melihat ada seekor rama-rama

kecil didalam taman itu. Rama-rama segera terbang ke

tempat rama-rama kecil.

Ia menyapa rama-rama kecil dengan riang .


“Hai rama-rama kecil,kelihatannya kamu masih baru di

taman ini?”

“Ya rama-rama, sebenarnya saya adalah ulat beluncas

yang pernah menjadi sahabat mu dahulu, saya sangat

gembira dapat berjumpa dengan kamu lagi”.

Oh, barulah si rama-rama sedar bahawa ulat beluncas

sahabat baiknya itu kini telah bertukar menjadi rama-rama .

Ia berasa sangat gembira dan bersyukur. Kini kedua-dua

rama-rama itu menjadi sahabat semula. Mereka terbang

mencari madu bunga bersama-sama.

Sekian ,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai