Anda di halaman 1dari 1

Terima Kasih Sang Lebah

Di sebuah pulau, tingaal Sang Lebah dan sekeluarga Sang Rama-rama. Pulau itu
sentiasa meneriam kunjugan pelancong dari dalam dan luar Negara.
Kebanyakan pengunjung tertarik akan rama-rama itu. Mereka menangkap rama-rama itu
untuk dijadikan cendaramata. Keadaan ini berterusan selama beberapa tahun sehinggakan
jumlah rama-rama di situ semakin berkurangan.
Pada suatu pagi yang cerah, tatkala kebanyakan rama-rama sedang menghisap madu,
seekor rama-rama yang besar dan cantik kelihatan sedih hinggap pada daun. Tidak lama
kemudian, datanglah seekor lebah menyapanya.
Hai, Sang Rama-rama! Mengapakah kamu bersedih?Tanya Sang Lebah.
oh, Sang Lebah, kamu tahu keadaan pulau ini sekarang? Banyak sekali penghujung
yang sengaja mahu menangkap teman-temanku untuk dijadikan cenderamata. Saya khuatir
bilangan kami akan pu[us pada suatu hari nanti, jawab Sang Rama-rama.
Sang Lebah sedih mendengar cerita Sang Rama-rama. Sang Lebah lalu pulang
memberitahu rakan-rakannya tentang masalah Sang Rama-rama. Mereka pun berbincang dan
mencapai kata sepakat untuk menangkap keluarga Sang Rama-rama.
Apabila para pengunjung hendak menangkap rama-rama, maka lebah-lebah akn
terbang mengelilingi rama-rama. Akhirnya, para pengunjung tidak jadi menangkap rama-rama
kerana takut disengat lebah.
Lama-kelamaan, timbul rasa kesedaran dalam kalangan pengunjun. Mereka mulai insaf
dan sedar bahawa mereka harus menjaga alam semula jadi di pulau itu di samping
melestarikan rama-rama di situ.
Keluarga Sang Rama-rama berasa tenang dan gembira. Mereka mengucapkan terimak
kasih kepada keluarga Sang Lebah kerana sanggup menolong mereka ketika dalam
kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai