Anda di halaman 1dari 7

Pantun 

Teka-Teki
Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati


Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal


Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara


Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya


Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa


Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

Kelip-kelip kusangka api


Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu


Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar


Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?
Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang


Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan


Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak


Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah


Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai


Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja


Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana


Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera


Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari


Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?

Jawapan semua teka-teki di atas, sila lihat di bawah sekali.

——————————-

Teka-Teki dan Jawapan

Soalan:

Ulat daun tidur berembun


Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?

Jawapan:

Banyak orang pergi ke dusun


Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan

—————————

Soalan:

Ada satu teka-teki


Pada tuan saya bilang bagi
Kalau tuan bijak sekali
Apa binatang tiada kaki?

Jawapan:

Jangan fikir aku budak-budak


Aku tahu kamu punya cabar
Di tengah padang terlengkak-lengkak
Yang tiada kaki binatang ular
———————————

Soalan:

Cendawan bulat ditepi paya


Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?

Jawapan:

Bawa orang dari hulu


Cendawan bulat tepi paya
Kecil segan, besar tak malu
Itulah nama kuntum bunga.

———————————-

Senarai Jawapan

Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2: Gasing
Jawapan 3: Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8: Jarum
Jawapan 9: Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur
Soalan 1

Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?

Jawapan

Ikan sardin cap ayam 

Soalan 2

Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah? 

Jawapan Ayer Hitam 

Soalan 3

Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa? 

Jawapan Ikan jadi banyaklah. 

Soalan 4

Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut? 

Jawapan Ikan kembung

Soalan 5

Lembu apakah yang selalu dicari? 

JawapanLembu apalagi... lembu yang lembu yang hilanglah.

Soalan 6

Bom apakah yang tak pernah meletup? 

Jawapan kuih bom. 

Soalan 7

Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta? 

Jawapann Teksi . 

Soalan 8

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan Penguin
Soalan 10

Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru,
kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan Stokin tu basah lah....

Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapann Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik

Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya

Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan Buang tebiat

Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu? 

Jawapan Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je.

Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital.
Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan Sebab anak dia tu perempuan

Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan Kutu kepala ler...Sebab memang dok kat kepala orang!

aiwan apakah yang paling tidak sopan?

Jawapan Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.


Kenapa pokok kayu balak ditebang???

Jawapan Abis dah tak boleh di cabut, di tebanglah

2.Ade sorang makcik,die thn teksi..pas 2 makcik 2 nak byr duit dulu..driver taxi tu xnak.nape??

Sebab duit dulu mane laku

4.Kenape org gali kubur tak pakai spender??

sebab org gali kubur pakai cangkul la

Anda mungkin juga menyukai