Anda di halaman 1dari 2

Jawapan: Stokin itu akan basah lah. 1. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?

Jawapan: Hang Tuah

2. Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?

Jawapan: Saterika

3. Gajah terbang dengan apa?

Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah

4. Ada dua orang bapak dan dua orang anak, mereka pergi ke hutan untuk memburu kancil,
malangnya mereka hanya dapat tiga ekor, tetapi waktu kembali ke rumah, masing-masing membawa
pulangg satu ekor. Macam mana boleh jadi begitu

Jawapan: Yang pergi berburu itu hanya tiga orang, seorang datuk, seorang anak dan seorang ayah,
bukannya 4 orang.

5. Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?

Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.

6. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

7. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau,
biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin itu akan basah lah.


8. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

9. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak
dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

10. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak
sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)

11. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

12. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila aku toleh kebelakang, tiada
kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

13. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke
kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Ke bawah! Ia masih menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Anda mungkin juga menyukai