Anda di halaman 1dari 4

1.

Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari

anda semua kerana saya ada di internet. Siapakah

saya?

2. Masa dia hidup, orang seronok gembira menyanyi, dan

masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.

3. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan.

4. Jika anda melemparkan batu ke dalam laut, apa akan

terjadi?

5. Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan

tiada pokok?

6. Bom manakah yang tidak dapat meletup?

7. Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?

8. Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

9. Buka baju, pakai pendek, terjun kolam. Apakah itu?


10. Ikan apa yang miskin?

11. Ada seorang budak, rumahnya tingkat 10. Tetapi

kenapa dia tiap-tiap hari naik lif sampai tingkat 8 dan

naik tangga lagi 2 tingkat?

12. Dia mempunyai bulu lebat, isi dan juga batang, apakah

ia?

13. Kereta banyak jenis, malah lambing kemewahan orang

tapi apa yang susah untuk dicari?

14. Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa

paling pemalas dan tidak terurus?

15. Dari jauh nampak menjalar,


Tempat dituju sudahlah pasti;
Badannya panjang bukannya ular,
Berhenti di stesen bukannya jeti.

16.Tak boleh diminum atau dimakan,


Simpan ia janganlah lalai;
Apakah benda berilah jawapan,
Gunanya membunuh serangga dan rumpai.

17.Camar pulang di waktu petang,


Hati melihat terasa sepi;
Apakah dia wahai Cik Abang,
Luas terbentang tiada bertepi.

18. Terbang tinggi si burung helang,


Hinggap di atas pohon meranti;
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-api.

Jawapan
1. Google
2. Lilin
3. Kerusi dan meja
4. Batu akan basah
5. Peta
6. Bomba
7. 4 ekor burung
8. Telur
9. Pisang goreng
10. Ikan kering
11. Kerana dia terlalu pendek, tidak dapat picit butang tingkat 10.
12. Jagung
13. Singa
14. Kereta kena curi
15. Kereta api
16. Racun
17. Laut
18. mancis

Anda mungkin juga menyukai