Anda di halaman 1dari 32

Soalan 1 Binatang apa seperti harimau tetapi lebih kecil daripada harimau?

Jawapan : Anak Harimau

Soalan 2
Orang yang tidak akan mati, tidak tidur, tidak sakit, tidak makan, tetapi hidup. Siapa?

Jawapan : Raja

Soalan 3 Lampu trafik, mula kuning kemudian merah kemudian hijau. Lepas hijau, apa?

Jawapan : Jalan

Soalan 4 Buah apa apabila hendak makan kena langkah?

Jawapan : Buah Dam

Soalan 5
Dalam satu bulan ada berapa hari?

Jawapan : 7 hari

Soalan 6
Burung apakah paling berbudi?

Jawapan : Belatuk

Soalan 7 Di sebatang sungai ketam jadi ikan, udang jadi ikan, ikan jadi apa?

Jawapan : Banyak.

Soalan 8
Merah tolak hijau, bila jatuh jadi kelabu. Benda apakah itu?

Jawapan : Ubat nyamuk.

Soalan 9
IX tambah satu huruf jadi enam. Apakah huruf itu?

Jawapan : S

Soalan 10
Benda apa orang putih tidak nampak tetapi kita nampak?
Saya nampaklah!!!! I cannot see!

Jawapan : Air

Soalan 11
Bilakah masanya sebuah jam itu tidak betul?

Jawapan : Tiga suku

Soalan 12
Apakah yang lebih besar sedikit daripada tikus?

Jawapan : Lubang Tikus

Soalan 13
Di luar ayam di dalam ikan. Apakah itu?

Jawapan : Sardin cap ayam

Soalan 14
Bunga apakah semakin hitam semakin cantik?

Jawapan : Bunga tayar

Soalan 15
Apa pasal ceti suka pakai kain putih dan berpayung hitam?

Jawapan : Dia punya pasal la!

Soalan 16
Kenapa itik tidur sambil mengangkat satu kaki?

Jawapan : Kalau angkat dua kaki itik akan jatuh.

Soalan 17
Hari apa yang paling ditakuti?

Jawapan : Harimau.

Soalan 18
Sakit apakah yang paling sakit?

Jawapan : Sakit Tengkok

Soalan 19
Jatuh di bawah cari di atas. Apakah bendanya?

Jawapan : Hujan/ tahi cicak

Soalan 20 Pernahkah anda melihat bangau? Biasanya bila bangau berehat, ia akan mengangkat sebelah kakinya. Kaki manakah yang diangkatnya?

Jawapan : Suka hati bangau hendak angkat kaki yang mana.

Soalan 21
Orang sakit AIDS, berapa hari dia boleh hidup?

Jawapan : 3 hari (Ahad,Isnin dan Selasa)

Soalan 22
Pisang apakah habis sedap?

Jawapan : Pisang busuk

Soalan 23
Binatang apakah duduk lebih tinggi daripada berdiri?

Jawapan : Kucing

Soalan 24 Kita berjalan dia berjalan, kita berhenti dia terus berjalan. Apakah itu?

Jawapan : Umur.

Soalan 25 Apakah bendanya, semasa kecil dia bertanduk, bila besar tanduknya hilang?

Jawapan : Bulan.

Soalan 26 Yang mengejar tidak berkaki, yang dikejar tidak berekor, yang melihat tidak berkepala.

Jawapan : Ketam melihat ular mengejar katak.

Soalan 27
Tembak di lantai, kena di hidung. Apakah itu?

Jawapan : Kentut.

Soalan 28
Sebut sekali anda, sebut dua kali di laut.

Jawapan : Awak.

Soalan 29 Berangkai bukannya bunga. Boleh menjerit bukannya gajah. Apakah bendanya?

Jawapan : Kereta api

Soalan 30
Sebut sekali seronok, sebut dua kali haiwan.

Jawapan : Riang.

SEKIAN. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai