Anda di halaman 1dari 12

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEM LINUS PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

1.0 TUJUAN 1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan kaedah pelaksanaan Kem Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi membimbing dan membantu murid-murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1

Program Saringan Literasi dan Numerasi atau dikenali sebagai LINUS ialah salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan LINUS dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi seawal mungkin supaya program-program pemulihan yang bersesuaian dapat disediakan.

2.2

Sasaran LINUS supaya semua murid-murid kecuali yang mempunyai masalah pembelajaran atau murid dari golongan orang kelainan upaya (OKU) dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah. Sebanyak 3 saringan akan dijalankan setiap tahun mulai Tahun 1 sehingga murid tersebut berada pada Tahun 3.

2.3

Selepas Saringan 4 dijalankan ke atas murid Tahun 2 pada tahun 2011, didapati murid yang belum menguasai literasi dan numerasi didapati masih tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jawatankuasa Kerja LINUS telah mencadangkan setiap PPD menganjurkan satu program bagi membantu murid-murid tersebut.

2.4

Sehubungan dengan

itu,

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM SOP) pada 15 Julai 2011 telah memutuskan semua daerah yang masih mempunyai bilangan murid yang belum menguasai asas literasi dan numerasi yang tinggi selepas Saringan 5 perlu menjalankan program khusus atau dipanggil Kem LINUS untuk membantu murid-murid ini. 3.0 PUNCA KUASA PELAKSANAAN 3.1 Punca kuasa pelaksanaan Kem LINUS berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja LINUS pada 15 Julai 2011 dan arahan pelaksanaan berdasarkan Surat Siaran dengan rujukan ...................... bertarikh ......................................

4.0

TAKRIFAN KEM LINUS 4.1 Kem LINUS ditakrifkan sebagai satu program intervensi khas kepada murid-murid Tahun 2 yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi yang dijalankan di peringkat daerah sama ada dengan kaedah berpusat atau kaedah berkelompok.

5.0

OBJEKTIF DAN SASARAN KEM LINUS

5.1

Objektif kem adalah untuk memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi khusus dalam kumpulan LINUS Tegar dapat menunjukkan peningkatan kepada satu tahap yang lebih tinggi. Contohnya : Murid A yang tidak mengenali abjad sebelum mengikuti kem, diakhir kem Murid A perlu mengetahui sekurang-kurang boleh mengenali 26 abjad.

6.0

KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Setiap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu mewujudkan Jawatankuasa Kem LINUS (JKKL) yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang diurusetikan oleh FasiLINUS di PPD masing-masing. Peranan pegawai di JPN sebagai penyelaras peringkat negeri. rujukan JKKL adalah untuk : a) merancang pelaksanaan Kem LINUS di daerah masing-masing bersama-sama dengan Guru Besar, guru Bahasa Malaysia, Guru Matematik dan guru pemulihan yang mengajar kelas-kelas LINUS termasuk ; i) penetapan tarikh dan jadual pelaksanaan Kem LINUS ( tentatif jadual pelaksanaan kem seperti pada Lampiran A1) ii) menentukan kaedah pelaksanaan sama ada Kaedah Berpusat atau Kaedah Berkelompok b) mendapatkan khidmat pakar * untuk membimbing dan membantu murid murid yang mengikuti kem; c) memantau pelaksanaan Kem LINUS dan pencapaian murid yang mengikuti kem; dan
3

Terma

d)

menyediakan laporan pencapaian setiap murid yang mengikuti kem untuk dipanjangkan kepada pihak JPN dan BPSH. ( Format laporan seperti pada Lampiran A2)

* khidmat pakar

- bermaksud pensyarah universiti, konsultan atau pihak

pihak lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemulihan, teknik pembelajaran dan pengajaran, bidang bahasa dan matematik.

6.2

Kumpulan Sasaran Setiap murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi khusus dalam kumpulan murid Tahun 2. LINUS Tegar dengan keutamaan

6.3 Tarikh dan Jadual Pelaksanaan Setiap PPD digalakkan untuk melaksanakan kem ini selepas keputusan Saringan 5 diperoleh tetapi sebelum Saringan 6 dijalankan. Walau bagaimanapun, PPD boleh melaksanakan Kem LINUS pada bilabila masa yang sesuai dengan syarat mempunyai sumber kewangan yang sewajarnya. (Dicadangkan pada pertengahan September hingga awal Oktober setiap tahun)

6.4

Pengoperasian Kem LINUS Pengoperasian kem boleh dilaksanakan menggunakan 2 kaedah utama sama ada i) Kaedah Berpusat atau ii) Kaedah Berkelompok. Setiap PPD boleh menggunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian mengikut keperluan daerah masing-masing.

i.

Kaedah Berpusat: Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Semua murid dikumpulkan di sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan asrama dan murid dikehendaki tinggal di asrama sekolah tersebut. Penglibatan ibu bapa juga digalakkan terutamanya bagi sekolah Orang Asli. Kemudahan penginapan, makan dan minum akan disediakan oleh pihak PPD kepada semua yang terlibat.

ii.

Kaedah Berkelompok: Dilaksanakan selama 2 hari. Semua murid dikumpulkan di sebuah sekolah tanpa melibatkan penginapan. Kaedah ini sesuai untuk sekolah yang berdekatan di antara satu sama lain. Makan dan minum akan disediakan oleh pihak PPD kepada semua yang terlibat.

6.5

Peruntukan Kewangan dan Prosedur Pembayaran


i)

Setiap PPD perlu menggunakan baki peruntukan cetakan instrumen saringan yang telah diturunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii)

Sekiranya PPD yang tidak mempunyai baki peruntukan, kertas cadangan perlu dikemukakan kepada Unit NKRA untuk kelulusan selewat-lewatnya 23 Ogos 2011 ke JPN masing. Kertas permohonan dan maklumat hendaklah mengikut format seperti dalam Lampiran A3. masingkewangan

iii) Prosedur

pembayaran menggunakan khidmat pakar luar kepada Pekeliling

tertakluk

Kewangan............................................

iv)

Prosedur pembayaran menggunakan perkhidmatan lain-lain tertakluk Pekeliling Kewangan ......................

6.6

Pemakaian Garis Panduan

Pemakaian Garis Panduan adalah sah dan terpakai untuk arahan pelaksanaan Kem LINUS berdasarkan surat siaran yang dikeluarkan dan pembatalan pemakaian Garis Panduan apabila dimaklumkan oleh Unit NKRA atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

7.0

CARTA ALIR PELAKSANAAN KEM LINUS


MULA

Arahan melalui Surat Siaran KPM

JPN menerima arahan pelaksanaan Kem LINUS

PPD menubuhkan JKKL dan melaksanakan Kem LINUS

JKKL di PPD menyediakan laporan untuk dihantar ke JPN Pegawai penyelaras LINUS JPN menyelaras semua laporan daripada PPD di negeri masing-masing Pegawai JPN menghantar laporan ke pegawai LINUS di BPSH

TAMAT

7.0

Penutup 7.1 Pelaksanaan Kem LINUS merupakan satu langkah intervensi yang diharap dapat meningkatkan penguasaan murid murid dalam literasi dan numerasi khususnya murid-murid LINUS Tegar. Harapan pihak KPM, kem LINUS ini akan berjaya meningkatkan peratus murid

menguasai asas Literasi dan Numerasi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang tahun 2012. 7.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Kem LINUS, maka pihak JPN/PPD/sekolah boleh menghubungi :

Unit NKRA Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4, Blok E8, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. Tel : 03 88846000 Faks : 03 - 88721538 Atau

Unit Akademik Rendah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3, Blok E2, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. Tel : 03 88849581 Faks : 03 - 88849553

LAMPIRAN A1

TENTATIF JADUAL PELAKSANAAN 1. KAEDAH BERPUSAT

Hari Pertama

8.30 10.30

11.00 12.30 Perjalanan dan Pendaftaran

2.30 4.30 Majlis kenal/pre test Input pakar Bersurai dan perjalanan balik suai

Kedua Ketiga

Input pakar Input fasiLINUS

Input pakar post test/penutup

2. KAEDAH BERKELOMPOK Hari Pertama Kedua 8.30 10.30 Pendaftaran/suai kenal/pre test Input pakar 11.00 12.30 Input pakar Input fasiLINUS 2.30 4.30 Input pakar Post test/penutup

LAMPIRAN A3 Format Kertas Cadangan Pelaksanaan Kem LINUS 1.0 2.0 3.0
4.0

5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0

Negeri PPD FasiLINUS Tarikh Pelaksanaan Tempat Kaedah Pelaksanaan Bilangan Sekolah dan Guru Terlibat Bilangan Murid Terlibat Khidmat Pakar Kewangan (seperti jadual di bawah) BIL
1 2 3 4 5 6

PERKARA
Makan/ Minum Murid Makan / Minum Guru Makan Ibu Bapa (Orang Asli) Khidmat Pakar ABM/BBM Tuntutan perjalanan

Pengiraan Kos
____ murid x RM 10 X 3 atau 2 hari* ___ sekolah x RM10 x 3 atau 2 hari* _____ ibu bapa x RM10 x 3 atau 2 hari* ____ jam x RM 350 x ___ jam** _____ murid x RM 5 __ guru x __ km x __sen

OS29000

OS21000

* bergantung kepada kaedah perlaksanaan (berpusat atau berkelompok) ** bergantung kepada pekeliling yang sedang berkuatkuasa

10

LAMPIRAN A2 Contoh :

Format Pelaporan Kem LINUS Negeri PPD FasiLINUS : : :

BIL 1 2 3 4 5 6

NAMA MURID

PENCAPAIAN PENCAPAIAN SEBELUM SELEPAS KEM KEM

Catatan

Cadangan Penambahbaikan Kem

11

ANGGARAN PERBELANJAAN PELAKSANAAN KEM LINUS TAHUN 2011

BIL
1 2 3 4 5 6 7

PERKARA
Makan/ Minum Murid Makan / Minum Guru Pemulihan Makan Ibu Bapa (Orang Asli) Penceramah ABM/BBM Tuntutan perjalanan (Semenanjung)

BIL. TERLIBAT
4003 orang murid 1200 sekolah 860 Orang 140 PPD 4003 Orang Murid 800 Buah Sekolah

BIL HARI
4003 X RM 10 X 3 hari 1200 X RM 10 X 3 hari 860 X 10 X 3 hari 140 x RM 350 X 4 jam 4003 X RM 5 800 X RM 50 X 2 Hari 400 X 500 X 2 Hari

OS29000
RM 120,090.00 RM 36,000.00 RM 25,800.00 RM 196,000.00 RM 20,015.00

OS21000

RM 80,000.00 RM 400,000.00 RM 397,905.00 RM 877,905.00 RM 480,000.00

Tuntutan perjalanan 400 Buah Sekolah (Sabah, sarawak, Labuan) JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH KESELURUHAN

12

Anda mungkin juga menyukai