Anda di halaman 1dari 3

PERSADA ILMU

yang indah itu bahasa, yang elok itu budi

BULETIN PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI BUNIAN


BIDALAN Ada udang sebalik batu ~mempunyai niat yang pertolongan yang diberi lain di sebalik

EDISI APRIL 2010

APA KATA APA MAKNA Pesan orang tua-tua yang tak telus mata yang menampi padi, antah dan sekam yang mengail di lubuk dalam terkilas ikan di air, tahu jantan betinanya katanya Kalau guru kencing berdiri Murid kencing berlari Kalau guru berak di tangga Murid berak atas kepala jadi, berwaspadalah tentang petah dan kata cakap malam dengar-dengar cakap siang pandang-pandang Demikianlah bahasa dahulu kala Benci - tak nampak jijik Tepat - tak terus terang Tajam - tak terasa luka Geram - tak nampak berang kalau bercinta rindu-rinduan kalau berahi menahan diri sebelum duduk bersila dahulu selepas makan basuhlah tangan Ah, alangkah halusnya makna tersisip tersemat di pantun lama Terang bulan di angkasa Bayangnya jatuh ke tanah rata Mana cantik rupa dan kata? Cantik lagi budi bahasa. sumber puisi! BAHA ZAIN, Kuala Lumpur Petikan dari: BERITA MINGGU; A ad !" MEI #$$$

Belakang parang diasah lagikan tajam ~orang yang bodoh jika rajin belajar akhirnya akan menjadi pandai Mencurah garam ke laut ~melakukan kerja yang sia-sia Nasi sudah menjadi bubur ~suatu keterlanjuran yang tidak dapat dibaiki lagi Rosak badan kerana mulut ~ mendapat kesusahan kerana terlanjur cakap Sudah terhantuk baru tengadah ~ sudah terkena baharu hendak beringat-ingat

KALAULAH GURU..
Kalau guru menunggu diarah Semua kerja kena kerah.. Kalau guru kurang mengajar Dapatlah murid kurang ajar.. Kalau guru tidak bersedia Di dalam kelas hanya bercerita.. Kalau guru kurang merancang Di dalam kelas banyak temberang.. Kalau guru suka berdamping Semua murid dapat dibimbing.. Kalau guru sentiasa sibuk Kelasnya jadi hiruk pikuk.. Kalau guru malas membaca Ilmu diajar tak tahu punca.. Kalau guru selalu marah Murid jadi tak tentu arah.. Kalau guru tak galak mencuba Murid sekadar asyik menerima.. Kalau guru ada kepakaran Tunjuk ajar ketua tak jadi kesan.. Kalau guru ada kepandaian Bantulah murid dengan kemudahan.. Kalau guru banyak ilmu Bimbinglah murid agar berilmu

HASIL NUKILAN MURID BULAN INI:

Nurazyan Fatihah binti Azli Tahun 6 Akif,


Ta uk ! Sya"ahan

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan uru Besar, Yang Dih!rmati Barisan uru"guru Pen!l!ng Kanan, guru"guru serta rakan"rakan sekalian. #adirin sekalian, Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, $Keburukan Internet Kepada Pelajar$. Pada %aman ini internet merupakan keperluan sampingan yang amat berguna. Internet sering digunakan kerana memngandungi pelbagai sumber maklumat dari seluruh dunia. Internet akan memba&a pelbagai keburukan jika disalahguna. Kandungan bahan"bahan lucah dalam internet akan mer!sakkan pemikiran terutamanya pelajar. Keadaan ini b!leh menyebabkan peningkatan masalah s!sial dalam masyarakat. Internet turut menyebabkan pemba%iran masa pelajar. Pelajar"pelajar kerap mengunjungi ka'e siber untuk melayari permainan (ide!. Masa berjam"jam yang diba%irkan sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Penyebaran 'itnah dan hasutan berleluasa dalam internet. #al ini akan mempengaruhi pelajar yang masih mentah. Para pelajar mungkin akan melakukan perkara yang menyalahi undang"undang negara. #adirin yang dih!rmati, Sekianlah syarahan saya tentang keburukaninternet kepada pelajar. Saya berharap para pelajar dapat meman'aatkan tekn!l!gi demi kebaikan diri. Tepuk dada tanya selera. Sekian, terima kasih.

Diselenggara oleh:

Pn Bahariyah binti Md Tahir

* * *

8 1A 3B 1C

323 65 % 17/22

Anda mungkin juga menyukai