Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN PENUTUPAN BULAN

KEMERDEKAAN PERINGKAT SK BATANG MARO 2022

Perhatian… Minta kerjasama semua pelajar dan hadirin sakalian untuk memberi laluan
kerana kerana majlis kita akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih.

Para pelajar diingatkan berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke Dewan Sri Beting.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Ahmad bin Alli, Guru Besar SK Batang
Maro, diiringi Yang Berusaha _______________________, Ketua Kampung Beting
Maro, Yang Berusaha , En Jonny Bin Ramlee, En. Yaakub bin Jelani & En Kasim bin
Jarawi, para jemputan masuk ke dalam dewan.

Hadirin sekalian dijemput berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku,
lagu pertiwiku, lagu sekolah dan diiringi beberapa lagu patriotik

Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan. Hadirin di jemput duduk.

PENGENALAN

Bismillahirahmanirahim… Assalamualaikum… Salam sejahtera…dan selamat pagi

Yang berusaha Encik Ahmad bin Alli, Guru Besar SK Batang Maro

Yang berusaha, ____________________________, Ketua Kampung Beting Maro

Yang berusaha Encik Jonny bin Ramlee, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

  Yang berusaha Encik Yaakub bin Jelani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha, Encik Kassim bin Jarawi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati, ___________________________, Yang dipertua PIBG SK Batang


Maro,

Para jemputan, barisan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, PIBG,


barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan ibu bapa serta para murid  yang
dikasihi sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Pada pagi ini, kita berkumpul di dewan demi
satu tujuan, iaitu untuk menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 16 September dan
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2022.

Negeri Sarawak aman sentosa,


Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Kita mulakan atucara pertama

Para hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dengan sukacitanya
dijemput yang berusaha, ____________________________Ketua Kampung Beting
Maro untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan aluan sebentar tadi.

Sambut Merdeka setahun sekali,


Keringat tercurah pejuang berjasa,
Hari Malaysia tibalah kini
Lahir bertuah di tanah Sentosa

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha, En Ahmad bin Alli, Guru
Besar SK Batang Maro untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan majis
penutupan bulan Kemerdekaan bagi sesi Tahun 2022. Majlis mempersilakan.

Sebagai gimik tanda penutupan bulan kemerdekaan, sekali lagi dijemput En Ahmad bin
Alli untuk tampil bagi upacara simbolik dengan menyumpit belon yang telah disediakan.
Terima kasih sekali lagi atas gimik majlis penutupan Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Sepanjang sambutan bersempena Hari Malaysia pada hari ini, pelbagai pertandingan
telah diadakan yang telah dianjurkan Bersama SK Batang Maro dan Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beting Maro antaranya adalah pertandingan
basikal berhias dan pertandingan pakaian beragam.

Senarai nama pemenang juga telah diketahui. Majlis diteruskan dengan penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang di adakan. Untuk itu, majlis
menjemput yang berusaha ______________________________________ untuk
memyampaikan hadiah.

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Anda mungkin juga menyukai