Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Covid 19 Ku

Hari demi hari, makin ramai yang kena Covid 19. Jiran-jiran aku juga yang
terkena dengan jangkitan Covid 19.
Akhirnya diri sendiri disahkan positif Covid 19 dan aku bersegera
menghubungi dan melaporkan kepada doctor dan pihak KKM bahawa aku
disahkan dijangkiti Covid 19.
Jangkitan itu diperolehi dari tempat kerja ibuku, tetapi kami hanya
mengalami gejala ringan sahaja. Nasib baik keluarga aku negatif. Setelah
menghubungi pihak KKM, pihak KKM pun mengambil kami dari rumah dan
aku serta keluarga akan ditempatkan di pusat kuarantin di Betong.
Semua pesakit yang berada di tempat itu juga akan diberikan tempat yang
selesa dan diberikan makanan yang berkhasiat seperti ikan, buah-buahan, sayur-
sayuran dan yang lain-lain.
Kami juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari seperti
melihat suhu badan. Kami bersyukur kerana kami tidak mempunyai gejala
seperti demam, muntah dan pelbagai lagi.
Kami sekeluarga akan dibenarkan balik ke rumah pada hari ke 10, dan
dipesan agar menyambung kuarantin di rumah selama 4 hari yang diarahkan
pihak KKM sendiri kepada kami.
Alhamdulillah, pada hari ke 14, kami dihubungi oleh pihak KKM untuk
arahan pelepasan kuarantin. Kami di potong gelang kuarantin di Betong.
Ini pesanan dari saya, jagalah kesihatan, jagalah SOP dan patuhi arahan KKM.

Anda mungkin juga menyukai