Anda di halaman 1dari 4

CERPEN

“Aik Cheong ! Aik Cheong !” sayup sayup kedengaran suara pemanggil tersebut.
Dengan pantas Aik Cheong menolehkan kepalanya ke arah pemanggil tersebut. “ Hah
Suzy ! Kamu baru sampaikah ?” Suzy dan Aik Cheong merupakan dua orang murid
darjah 5 yang berbangsa cina. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung
Jeri. Hanya mereka berdua sahaja yang berbangsa lain daripada yang lain. Oleh itu,
mereka berdua sering dipulau oleh rakan-rakan yang lain. Walaupun begitu, kecintaan
mereka terhadap Bahasa Melayu amatlah tinggi. Mereka suka dan amat gemar untuk
membaca karya-karya sastera yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh negara. Mereka
menyanjungi dan amat memandang tinggi akan mereka. Guru-guru di sekolah mereka
turut memuji sikap kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka berdua untuk belajar dan
memahirkan diri dengan ilmu berkaitan Bahasa Melayu. “Cikgu amat terpegun dengan
kesungguhan dan minat yang kamu berdua tunjukkan dalam subjek Bahasa Melayu
dan cikgu berharap kamu akan terus berusaha untuk menimbah ilmu”. Dengan
berbekalkan sokongan dan dorongan daripada guru di sekolah tersebut mereka mampu
untuk memberanikan diri menceburi pertandingan syarahan yang akan berlangsung
tidak lama lagi. Mereka sedar bahawa akan perasaan tidak puas hati yang akan
diberikan oleh rakan sekeliling tetapi mereka akhirnya berbuat keputusan sedemikian
rupa selepas guru Bahasa Melayu mereka mencadangkan penyertaan mereka bagi
pertandingan tersebut. “Suzy dan Aik Cheong, kamu tidak teringin untuk cuba mengikuti
pertandinga syarahan yang akan berlangsung tidak lama lagi? Cikgu lihat kamu berdua
mempunyai potensi untuk pergi jauh.” Pada awalnya, mereka menepis dan cuba untuk
menolak tawaran tersebut kerana merasakan yang mereka belum cukup layak dan
berbakat. “Tidaklah cikgu, Bahasa Melayu kami berdua tidaklah sebaik rakan-rakan
yang berbangsa Melayu.” Guru bahasa Melayu mereka menyangkal dakwaan tersebut.
“Kamu berdua silap, cikgu nampak yang kamu mampu lakukannya jika kamu berusaha
dan lakukan yang terbaik.” Kata-kata yang disampaikan guru mereka yang bernama
Cikgu Dayang menusuk hati mereka sehinggakan membuatkan timbul rasa ingin
menyertai pertandingan tersebut. Mereka akhirnya memberikan nama untuk menyertai
pertandingan tersebut kepada Cikgu Dayang. Cikgu Dayang memberikan respons yang
amat teruja kerana beliau amat mengharapkan penyertaan daripada mereka berdua.
“Cikgu amat gembira yang kamu mempertimbangkan cadangan cikgu dan akhirnya
bersetuju untuk menyertai pertanding tersebut, cikgu berharap kamu berdua akan dapat
lakukan yang terbaik.” Suzy dan Aik Cheong diberikan jadual untuk bagi mengikuti
latihan daripada Cikgu Dayang. Mereka perlu rajin dan komited bagi memastikan
kemahiran syarahan mereka akan berada pada tahap yang terbaik apabila masa
pertandingan berlansung. ”Suzy adakah kamu fikir kita mampu lakukan tugas dengan
baik semasa pertandingan nanti?” Tanya Aik Cheong kepada Suzy kerisauan. “Saya
pasti yang kita mampu melakukannya.” Balas Suzy kepada pertanyaan Aik Cheong.
Mereka berdua mula mengikuti latihan yang dibimbing oleh Cikgu Dayang bersama
peserta yang lain. Pada awalnya, mereka berdua mengalami kesukaran untuk
melafaskan perkataan berdasarkan teks syarahan mereka dengan lurus tetapi berkat
kerja keras mereka berdua, mereka mampu untuk menyampaikan syarahan mereka
dengan fasih. “Cikgu amat bangga dengan peningkatan yang kamu berdua tonjolkan
dalam masa yang singkat ini.” Komen Cikgu Dayang kepada mereka. Mereka berdua
mampu melakukan hal sedemikian rupa hasil daripada usaha gigih untuk terus berlatih
tanpa kenal rasa lelah. Dalam proses persediaan, rakan-rakan kelas mula menunjukkan
ketidakpuasan hati mereka dengan mengejek cara percakapan Suzy dan Aik Cheong
yang masih kedengaran loghat cina mereka. Suzy dan Aik Cheong saling memberikan
kata-kata semangat antara satu sama lain supaya tidak terjejas dengan pandangan
orang lain. Terdapat segelintir rakan-rakan kelas mereka yang turut memberikan
semangat dan berani mempertahankan mereka apabila diejek oleh rakan yang lain.
“Jangan ganggu mereka berdua.” Kata salah satu rakan rakan Suzy dan Aik Cheong.
Hari perlahwanan hanya bersisa beberapa hari lagi dan rasa gementar mula
menyelubungi mereka berdua. Suzy dan Aik Cheong mula melipat gandakan usaha
mereka dengan berlatih siang dan malam. Mereka terlalu memaksa diri sehinggakan
mula berasa tidak sihat sehinggakan perlu mengambil cuti selama dua hari daripada
hadir ke sekolah. Hari pertandingan hanya berbekal sehari sahaja dan Cikgu Dayang
mengarahkan untuk para peserta untuk bersiap sedia dan hadir awal pagi di sekolah
pada keesokan harinya. “ Kamu perlu berkumpul di kantin sekolah pada pukul 7 pagi,
sebelum dibawa ke lokasi tempat pertandingan.” Pesan Cikgu Dayang kepada semua
peserta termasuk Suzy dan Aik Cheong. Seramai 4 orang wakil daripada Sekolah
Kebangsaan Kampung Jeri yang akan bertanding pada pertandingan syarahan pada
kali ini. Keesokan harinya, Suzy, Aik Cheong beserta peserta yang lain berkumpul di
lokasi tempat pertandingan. “Aik Cheong saya berasa sangat berdebar-debar, giliran
saya akan tiba tidak lama lagi.” Luah Suzy kepada Aik Cheong. “Saya juga dapat
merasakan debarannya.” Balas Aik Cheong pula. Cikgu Dayang yang melihat murid-
muridnya yang cemas mula memberikan kata-kata semangat kepada mereka. “Cikgu
tahu yang kamu semua akan melakukan tugas dengan baik jadi lakukanlah sehabis
baik yang kamu boleh.” Kata-kata daripada Cikgu Dayang tersebut sedikit sebanyak
telah dapat membantu mengurangkan rasa cemas yang ada pada diri Suzy dan Aik
Cheong. Ibu bapa Suzy dan Aik Cheong datang untuk memberikan sokongan kepada
mereka. Perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan mereka berdua berasa
gembira dan menguatkan azam mereka untuk melakuakan yang terbaik. Nama Suzy
dipanggil untuk bersiap sedia bagi mempersembahkan syarahan selepas sahaja
peserta sebelumnya selesai. Suzy cuba untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dan
mula untuk mengingati segala latihan yang dia telah lakukan. “Suzy kamu boleh
lakukannya.” Kata semangat daripada Aik Cheong kepada Suzy. Suzy menganggukkan
kepalanya sebagai tanda dia bersiap. Giliran Suzy telahpun tiba dan dia naik ke atas
pentas. Suzy memulakan syarahannya dengan sangat baik dan menyampaikannya
dengan penuh yakin. Cikgu Dayang yang duduk berhampiran pentas mengangguk-
angguk menunjukkan tanda yang Suzy melakukan benda yang betul. Giliran Suzy
akhirnya habis dan dia dapat melakukannya dengan lancar sekali. Para penonton
memberikan tepukan yang gemuruh kepadanya sejurus sahaja persembahannya tamat.
“Syabas Suzy, kamu melakukan kerja yang sangat bagus sekali.” Kata daripada semua
rakan sekolah yang juga merupakan wakil pertandingan syarahan tersebut. Selepas itu,
giliran Aik Cheong sampai untuk dia menyampaikan syarahan yang telah
disediakannya. Aik Cheong berasa gentar tetapi dia cuba tidak menghiraukan
perasaannya itu. Aik Cheong naik ke atas pentas dan menyampaikan syarahannya.
Pada awalnya, Aik Cheong berhati-hati dalam penyampaiannya dan kelihatan seperti
yang dia tidak yakin tetapi setelah mendapatkan momentum, dia mula lantang.
Penyampaiannya kelihatan lebih berkeyakinan dan lebih baik. Gilirannya berakhir
dengan baik tanpa ada kesilapan. “Akhirnya, semuanya telah berakhir, aku sangat
bersyukur semuanya berjalan dengan lancar.” Kata hati Aik Cheong. Sejurus sahaja
giliran peserta daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Jeri telah habis, Cikgu Dayang
memberikan ucapan tahniah kepada mereka. “Cikgu sangat bangga akan kamu
semua.” Kelihatan senyuman lebar terpampang di muka Cikgu Dayang. Ibu bapa Suzy
dan Aik Cheong juga datang ke belakang pentas untuk memberikan ucapan tahniah
kepada mereka berdua. Mereka turut menyatakan bertapa mereka berasa bangga atas
pencapaian Suzy dan Aik Cheong. Perkara tersebut menyebabkan air mata Suzy dan
Aik Cheong mula mengalir dengan deras. Masa yang ditunggu-tunggupun tiba iaitu
masa keputusan pertandingan syarahan tersebut. Semua orang tertanya-tanya
siapakah yang akan memenangi pertandingan tersebut. Tempat ketiga diumumkan dan
tanpa disangka-sangka Suzy telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga
pertandingan tersebut. Malang sekali, tempat kedua dan pertama tidak dimenangi oleh
wakil daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Jeri. “Pengalaman ini tidak akan saya
pernah lupakan untuk masa yang lama, saya amat gembira kerana diberikan peluang
untuk mewakili sekolah kita.” Kata Aik Cheong, apabila ditanya berkenaan
perasaannya. Setelah daripada peristiwa tersebut rakan-rakan pelajar di sekolah
mereka mula telah menerima dan melayan Suzy dan Aik Cheong berlainan. Mereka
berdua mampu membuktikan bahawa perbezaan bangsa bukan menjadi penghalang
terhadap kecintaan mereka terhadap bahasa kebangsaan negara kita iaitu, Bahasa
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai