Anda di halaman 1dari 9

Merangsang pengkajian dan hafazan: -memberi kemudahan dan merangsang manusia mengkaji ,mempelajari dan menghafal Al-Quran - Jika

Al-quran dibuat tanpa pembahagian surah,ia sukar untuk dihafal,ataupun difahami.

Menumpukan sesuatu tema: -Mengisyaratkan tema atau tajuk perbincangan -Setiap surah membicarakan tentang satu-satu tema yang jelas misalnya surah Yunus,AlImran,Al-Fiil dan sebagainya

Membuktikan kemukjizatan Al-Quran - Setiap surah memiliki kemukjizatannya tanpa mengira panjang-pendek surah-surah tersebut.Misalnya,Surah al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat,surah Al-Kautsar mengandungi 3 ayat.Masing-masing mempunyai kemukjizatannya.

Memudahkan pengkajian dan pemahaman -pembaca akan semakin bersemangat untuk meneruskan surah atau bab yang berikutnya setelah selesai membaca surah yang sebelumnya. -lebih berkesan dalam memahami maksud berbanding apabila hanya terdiri dari satu surah.

Melepasi tahap-tahap tanggungjawab kepada Al-Quran -Apabila sudah menghafal sesuatu surah,seseorang akan merasa yakin dia telah menyimpan sebahagian dari AlQuran secara utuh dan menimbulkan rasa kepuasan/bangga dalam diri -Bacaan satu surah yang lengkap dalam solat lebih afdal berbanding sebahagian surah.

Menghuraikan sesuatu dengan terperinci : -menghuraikan secara terperinci berdasarkan masalah-masalah yang serupa sehingga pengertian dan penyelesaian menjadi jelas

Menurut Sheikh Abdul Fatah alQadhi - Tarikh Mushaf Syarif

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai