Anda di halaman 1dari 10

MAKSUD SURAH

Oleh:
Asyraf bin Roslan
MAKSUD SURAH
 Wahyu al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. itu terbahagi kepada 114 bahagian.

 Setiap bahagian al-Quran itu dinamakan sebagai surah.

 Surah adalah berasal daripada perkataan arab iaitu


(‫ ) س'ورة‬bagi “bab di dalam al-Quran”.
 Maksud surah menurut erti kata bahasa Arab ialah:
i. Tingkatan ata martabat.
ii. Tanda atau alamat.
iii. Gedung yang tinggi serta indah.

iv. Sesuatu yang sempurna atau lengkap.

v. Susunan sesuatu atas lainnya yang bertingkat-tingkat.


 Surah-surah tersebut telah diturunkan sepanjang 23
tahun dan mempunyai ciri-ciri dan kronologi masa yang
tersendiri.

 Jumlah surah yang terdapat dalam Quran adalah 114,


yang mana nama-nama dan had-had bagi setiap surah
serta susunan ayat itu sendiri adalah menurut ketentuan
yang telah ditetapkan dan diajar oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Jika diperhatikn dengan bersunguh-sunguh, nama surah itu
memang mengandungi beberapa kepentingan, iaitu:
i. Barangsiapa yang membacanya akan mendapat tingkatan
yang mulia dalam ilmu pengetahuan, jika membacanya
itu memperhatikan sungguh-sungguh segala isinya.
ii. Surah-surah di dalam al-Quran itu sebagai tanda
permulaan dan penghabisannya tiap-tiap bahagian.
iii. Surah-surah itu pada hakikatnya merupakan gedung-
gedung yang indah, yang mengandungi berbagai-bagai
ilmu dan hikmah.
iv. Setiap surah di dalam al-Quran itu mengandungi acara
yang lengkap sempurna.
v. Setiap surah di dalam al-Quran itu satu dengan yang
lainnya ada berhubungan rapat, tidak dapat dipisahkan
dan seakan-akan merupakan tangga yang bertingkat-
tingkat.
 Nama bagi surah itu adalah suatu nama yang rasmi
daripada Allah, ada isinya yang panjang dan ada isinya
yang pendek.

 Surah yang paling panjang mempunyai 286 ayat dan


surah yang paling pendek hanya mempunyai 3 ayat
sahaja.

 Tiap-tiap surah ada namanya yang tersendiri dan nama


itu diambil daripada permulaannya melainkan hanya 35
surah yang namanya diambil dari pertengahannya, dan
kesemua nama-nama itu adalah rasmi dari pimpinan
ilahi.
 Sebahagian daripada surah-surah tersebut mempunyai
satu nama dan ada yang mempunyai lebih daripada satu
nama.

 Demikianlah tertibnya susunan surah-surah yang hingga


kini masih termaktub di dalam mashaf al-Quran.
BAHAGIAN SURAH
 Surah yang terdapat dalam al-Quran dikelaskan kepada
beberapa ciri kategori iaitu tempat penurunan dan
panjang.
 Bagi tempat penurunan, surah dikelaskan kepada dua
iaitu:
 Makkiyah – surah yang diturunkan di Makkah (13
tahun pertama).
 Madaniyyah – surah yang diturunkan di Madinah (10
tahun kemudiannya).
 Bagi pengkelasan berdasarkan kepanjangan pula, ia
dibahagikan kepada 4 bahagian:
 Al-tiwal – 7 surah panjang iaitu surah al-Baqarah, Ali
Imran, al-Nisa’, al-An’am, al-Maa’idah, dan Yunus.
 Al-Mi’un – surah yang melebihi 100 ayat seperti surah
Hud, Yusuf dan sebagainya.
 Al-Mathani – surah yang hampir kepada 100 ayat seperti
surah al-Anfal, al-Hijr dan sebagainya.
 Al-Mufassal – surah pendek seperti al-Dhuha, al-Ikhlas dan
sebagainya.
SEKIAN, TERIMA KASIH…

Anda mungkin juga menyukai