Anda di halaman 1dari 2

4.

Pandangan Barat terhadap Jihad




Pada pandangan sarjana-sarjana barat, jihad disamakan dengan perang suci dalam
Kristian. Akibat dari terjemahan erti jihad yang salah ini mereka membuat gambaaran buruk
terhadap jihad. Mereka menggambarkan jihad itu tidak mengenali batas kemanusiaanm
memaksa manusia menganut slam dan mara membunuh musuh di bawah laungan
"Allahuakbar, sesorang kafir yang ditemui akan diberi dua pilihan sama ada mengucap
"Lailaha illallah yang akan menyelamatkan nyawa atau jika enggan dipancung batang
lehernya. Demikianlah tuduhan yang sengaja dibuat untuk member gambaran buruk
terhadap slam.
Menurut Al-Maududi, kefahaman yang salah oleh sarjana-sarjana barat tentang
pengertian jihad adalah akibat dari kesilapan mereka dalam memahami maksud dua
kalimah berikut iaitu "slam dan Ummah. Mereka mengira slam sebagai "Religion (agama)
yang berkeadaan seperti agama-agama lain. Religion pada mereka adalah merupakan
kumpulan-kumpulan akidah, ibadah perlambangan dan ianya perkara peribadi. Terpulang
kepada individu berkenaan untuk memilih akidah mana yang disukai dan cara pengabdian
mana yang direlainya. Kalau dia dimusuhi tetapi dia masih berpegang teguh dengan
kepercayaannya, maka dia patulah berpindah ke tempat lain. Dia hanya boleh berhujah
secara lisan; senjata dan kekerasan tidak boleh digunakan sama sekali.
Manakala "nation (Negara) pada mereka ialah sekumpulan manusia yang
bersepakat dan berhubung erat sesama mereka serta berbeza dari kumpulan-kumpulan lain
kerana adanya beberapa ciri persamaan. Oleh itu, nation dengan erti seperti ini hanya akan
bertindak menggunakan senjata dalam dua keadaan; iaitu apabila diganggu serta dirampas
hak-haknya yang telah dirampas oleh musuh.
Gambaran- gambaran yang dilukiskan oleh orang-orang barat serta golongan yang
takut slam pada umumnya, dapat menimbulkan salah tafsir akan sebab yang mendinamisir
sikap dan sifat umat slam yang senantiasa bergerak, bergolak dimanapun mereka berada.
Tambahan lagi, mereka melakukan tuduhan tanpa menghiraukan sejarah yang
mengandungi rentetan peristiwa sebelumnya. Masih pula belum hilang dari benak mereka
bahawa Nabi Muhammad s.a.w digambarkan sebagai ketua dari suku perompak buas yang
melabrak suku-suku dan negeri-negeri lain untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan dunia
serta memaksakan agama mereka yang khas kepasa korban-korban mereka yang tak
berdaya.
Kultur slam sering mereka pandang sebagai sebuah contoh klasik dari sebuah kultur
yang sama sekali tertutup dan merupakan perkembangan dari adat-istiadat. a merupakan
suatu keanehan jika para ilmuwan yang terlatih untuk mengamati kultur-kultur yang paling
primitif, ritual-ritual serta mitos-mitos yang paling mejijikkan dengan sikap penuh simpati dan
sering pula dengan sikap yang kagum, dan ternyata sangat benci untuk mempelajari agama
dan sejarah slam secara objektif tanpa prasangka.
Dunia slam akhirnya dipandang sebagai "orang sakit dan sumber penyakit yang
membawa manusia kearah kemunduran. Mereka memandang bahawa Dunia slam tidak
lebih dari tempat pertarungan dalam negeri, perpecahan, kegoncangan dan kontradiksi.
Lembaran sejarah umat slam digambarkan seperti lembaran sejarah paling hitam. "Muslim
menurut kacamata mereka adalah perosak, pemberontak, teroris, kasar, fanatik, berfikiran
aneh, mundur dan otak berkudis.
Tetapi menurut sejarah, orang-orang Barat itulah yang tidak berperikemanusiaan,
perang yang tidak suci dan perang untuk memuaskan nafsu yang rendah yang dilakukan ke
atas bangsa-bangsa yang lemahbaik di Barat mahupun di Timur.
Mereka keluar berperang jauh dari negeri mereka dengan tujuan hendak menjajah
dan mengaut hasil kekayaan Negara berkenaan untuk dibawa balik ke negeri asal mereka.
Peperangan yang mereka lakukan bukanlah peperangan suci tetapi peperangan untuk
memuaskan nafsu, keinginan dan ketamakan mereka. Merek menyerang dan membunuh
dengan zalimnya penduduk Negara berkenaan yang tidak berdosa selain dari memilki bumi
yang kaya dengan hasil-hasil galian dan tanaman.

Anda mungkin juga menyukai